BulatanKami
This is an example of a HTML caption with a link.

Tak Main La 'Bulatan', Saya Pegi Seminar & Konferens je...



"Bang, saya bukan tak nak join 'bulatan', tapi perlu ke? Lagipun saya dah banyak baca buku-buku agama, dengar ceramah ustaz-ustaz, surfing ilmu di internet dan hadir dalam Seminar atau Konferens Islam." kata seorang Bro D dalam sebuah LDK.

Gulp! Aku menelan air liur. Iyalah, tatkala kami berdegar-degar berkongsi tentang betapa URGENT dan indahnya 'berbulatan', dengan video-video pertandingan APG yang OSEM, timbul pulak persoalan ini.

Si Abang Fasi melirik pada aku, aku melirik balik (aku bukan fasi pun, saja nak menyibuk dalam LDK tu. ^^). Pandangan mata bertemu, lalu frekuensi 'keikhwahan' terus tersalur dalam hati kami dan perbincangan ringkas berlaku dalam masa 0.5 milisaat tersebut.

Tiba-tiba, Si Abang Fasi sambil berpaling ke arah aku berkata, "Ya, Abang Bukan Fasi Tapi Nak Menyibuk Jugak (ABFTNMJ), macamana tu? Kita kan dah di zaman teknologi di hujung jari. Boleh dapatkan kefahaman Islam di internet, ceramah-ceramah di Youtube pun banyak dan boleh pula hadiri Seminar dan Konferens. Kenapa masih perlu 'berbulatan'?"

Ceh, baru aku nak suruh Si Abang Fasi yang jawab, dia dah tuju soalan dekat aku dulu. Maka, terpaksalah aku meng'goreng' di situ...

'Gorengan' Pertama:

Aku pun memulakan dengan sebuah pertanyaan, "Ok semua, kenapa budak-budak sekolah masih pergi tusyen, walaupun dah belajar banyak di sekolah?"

"Mestilah nak lagi faham pelajaran!" jawab Bro A. 

"Betul! Tapi, apa kelebihan pada tusyen hingga buatkan pelajar lebih faham?" soal aku kembali?

"Erm, sebab tusyen lebih fokus." jawab Bro B. 

"Benar! Tapi, kenapa pelajar lebih fokus dalam tusyen?" soal aku lagi.

"Macam ni bang, tusyen biasanya pelajarnya lebih sedikit berbanding kelas. Paling ramai dalam belasan orang, kelas menjangkau 30 orang. Jadi, cikgu di sekolah tak dapat nak fokus sangat semasa mengajar." jawab Bro C.

Aku tersenyum, si Abang Fasi pun tersenyum. Dia mula nampak ke mana arah tujuan 'gorengan' aku. 

Aku berkata, 

"Ok, dari jawapan-jawapan tadi, kita boleh simpulkan bahawa tusyen yang lebih sedikit jumlah pelajar sangat efektif bagi kefahaman mereka. Atau dalam kata lain, kumpulan yang kecil memudahkan cikgu mengajar, menguji kefahaman dan memantau prestasi setiap individu. Betul?"  

"Betul!" jawab mereka serentak. Bro D tadi mengangguk sambil terus memberikan perhatian.

"Gorengan" Kedua:

Aku memulakan dengan bertanya "Baiklah dalam kita memahami Islam, ada pelbagai cara. Apakah contoh-contohnya?"

"Dengar ceramah atau hadir seminar atau konferens." jawab Bro D.
"Baca buku agama" jawab Bro C.
"Surfing internet." jawab Bro B.
"Semua dah dijawab Bang. Ehh, takkk... 'Bulatan' la... hehe..." jawab Bro A sambil tersengih.

Di kala itu, Si Abang Fasi yang tak mahu ketinggalan dalam diskusi hangat itu menyampuk: 

"Kalau kita ambil analogi sekolah dengan tusyen, dikiaskan ceramah agama@seminar@konferens dengan 'bulatan', yang mana lebih efektif?"  

"Hmm, mestilah 'bulatan' Bang!" jawab Bro C. 

"Kenapa?" tanya Abang Fasi lagi. Nampaknya dia pun dah naik syeikh.... hehe... Aku pun memberi laluan untuk beliau meng'goreng' pula.

"Sebab bilangan ahli 'bulatan' tak ramai, pastu murabbi boleh fokus kot..." jawab Bro B, agak ragu-ragu. 

"Betul tu Bro B! Seperti dalam tusyen tadi, bilangan ahli 'bulatan' biasanya tidak lebih dari 10 orang. Oleh itu, murabbi boleh fokus kepada semua ahli. Semua ahli dapat dipantau kefahaman dan komitmen keislamannya." jelas Si Abang Fasi sambil tersenyum.

"Tapi abang, saya rasa kalau pergi ke Seminar atau Konferens, penceramah-penceramah biasanya orang-orang hebat dan sangat menggugah perasaan kita untuk komited dengan Islam. Di samping itu, kita dapat membina jaringan dengan orang-orang Islam di seluruh negara dan dunia.Tak terperuk dalam 'bulatan' kecil sahaja."  Bro D kembali meluahkan pendapatnya pula.

Suasana semakin hangat, Si Abang Fasi memberikan isyarat agar aku pula yang menjawab... Ok, no problem! ^^

"Baiklah semua, memang benar apa yang dikatakan oleh Bro D. Memang Seminar dan Konferens sangat memberi kesan dalam meningkatkan kefahaman umat kepada Islam. Terutamanya yang menampilkan tokoh-tokoh Da'i, ulama' kontemporari serta para cendiakawan terbilang dari luar dan dalam negara. Kita sebenarnya sangat digalakkan agar menghadirinya lalu mengambil mutiara-mutiara yang tidak ternilai daripada tokoh-tokoh ini." aku memulakan ulasan.

Kemudian aku menambah,

Walaupun begitu, program-program seperti Seminar, Konferens atau ceramah-ceramah ini sifatnya massa, iaitu ramai orang yang hadir, persoalannya adakah penceramah dapat memastikan setiap hadirin dapat memahami seperti yang dikehendakinya? Adakah penceramah dapat menemui satu per satu hadirin dan bertanya jika punyai persoalan atau permasalahan? Adakah penceramah dapat memantau setiap hadirin agar telah beramal dengan ilmu yang dibincangkan sebelum ini? Adakah penceramah dapat menyusun setiap hadirin agar berperanan secara aktif dalam amal Islami?"

"Maka, sudah pastilah jawapannya tidak mampu... walau sehebat manapun penceramah tersebut! Sedangkan di dalam 'bulatan' yang kecil itu, semua ahli dapat bertanya, memberikan pendapat, meyatakan masalah dan memberikan solusi. Kemudian, murabbi mereka memandu perbincangan secara objektif, menjelaskan jika ada kegalauan, menyelesaikan jika ada isu-isu, mengarahkan output amali perbincangan serta memantau pernjalanan komitmen setiap ahli. Bukankah lebih efektif jika 'berbulatan'?"  aku mengakhiri hujah.

Bro D mengangguk-aguk, nampaknya dia mula jelas. Bro A, B dan C juga membuat muka bersungguh-sungguh...

Si Abang Fasi pula tersenyum simpul... ^^ Kemudian, beliau menambah,

"Satu lagi, biasanya program-program besar ni sifatnya setahun sekali atau dua tiga bulan sekali, tidak menentu. Sedangkan 'bulatan' pula diadakan secara berkala, idealnya setiap minggu. Cuba kita bayangkan kita dah pergi Seminar, Konferens dan ceramah-ceramah yang penuh manfaat, kemudian kita hadiri juga 'bulatan'... bukankah kita dapat manfaat yang melimpah-limpah lagi?  

"Betul...betul...betul!!" jawab Bro D. Kami semua semua tertawa bersama-sama. 

Alhamdulillah. Tamat.

Isu ini mungkin kecil di ^^ anda, tapi sangat besar bagi si Dia...

p/s:-

1. 'Bulatan' = halaqah, usrah, liqa' tarbawi, study circle dsb.
2. Certarpen ini adalah rekaan, walaupun mungkin ada sedikit situasi yang hampir sama. 
3. Idea adalah inspirasi dari MUDAH '12.


sumber: Tarbiyahidup
READ MORE

10 malam terakhir





Menurut bacaan saya, di dalam buku karangan yusuf qardowi fiqh aulawiyyat, di bahagian awal buku tersebut beliau ada membincangkan amalan yang paling baik. Menurut pemahaman saya setelah membaca tulisan itu. Amalan yang paling baik ialah amalan yang paling sesuai dengan waktu dan tempat serta keadaan pada ketika itu. Beliau memberikan beberapa contoh antaranya, amalan yang paling afdhal pada sepuluh malam terakhir ialah amalan i'tikaf dan qiamullail. Berbanding dgn tugasan dakwah menyantuni orang lain amalan ini adalah lebih afdhal kerana inilah yang dilakukan oleh rasulullah dan generasi para sahabat. Kerana setelah setahun daie berhempas pulas menjalankan dakwah, 10 ramadhan terakhir ini menjadi medan muhasabah dan peningkatan amal bagi menambahkan kekuatan hati. Maka marilah kita imarahkan masjid2 dengan beritikaf dan menghidupkan amalan2 sunat dan tazkirah di sana bersama2. Wallahua'lam.

Sumber dari:
https://www.facebook.com/aizuddin.nasri/posts/3069425994067?notif_t=feed_comment_reply
READ MORE

Koleksi Buku Tarbiyyah





Salam, Apa khabar semua? Untuk update yang terbaru, kami telah menambah page koleksi buku-buku tarbiyyah yang kadang kala susah untuk diketemui bagi memudahkan para murabbi dan mutarabbi membuat rujukan dan bahan dalam usrah. Kami berterima kasih kepada hamba Allah yang telah berkongsi buku-buku tersebut kepada kami. Jika anda memiliki kolesi buku tarbiyyah dan ingin dikongsi bersama, anda boleh menghantarnya kepada kami di alamat bulatan.kita.ktn@gmail.com. Semoga dengan usaha yang kecil ini diharap dapat ganjaran yang besar disisiNYA.amin.wallahualam 



Untuk ke page Koleksi Buku Tarbiyyah [Klik di sini]
READ MORE

Tangisan malam-malam terakhir




Dikala dingin malam, aku terasa sunyi dengan hanya ditemani bunyi deruan angin yang menyejukkan suasana malam yang mendung diselangi dengan rintitan air hujan dan keadaan di luar ketika itu amat gelap gelita dan aku hanya ditemani oleh cahaya lampu kalimantang. Dalam tika itu, telintas di benak fikiranku betapa bumi ini turut menangis kerana takut kepada Allah SWT, walhal aku yang diciptakan lebih sempurna dari makhluk lain di muka bumi ini masih ragu-ragu dengan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Apakah aku akan terus begini? Apakah aku tidak sedar bahawa suatu masa kelak aku akan dihantar ke muka pengadilan dihadapan Allah SWT? Apakah aku tidak takut dengan janji seksaan yang amat pedih kepada hambanya yang lalai dan leka dengan nikmat dunia yang disalahguna?. Disaat itu, deras air mataku mengalir, terasa sebak didadaku, tiada jawapan yang dapat aku ungkapkan, tiada madah yang dapat aku bahaskan, baru aku sedar betapa jahilnye hidup menumpang di dunia ciptaan Allah SWT. Ingin sahaja aku meraung memecah kesunyian malam di atas kelalaian aku tetapi aku tidak mampu, adakah ruang untuk aku kembali kepada fitrah asal kejadian seorang manusia sebagai hamba yang sepatutnya mentauhidkan Allah dimuka bumi ini?. Aku mula melangkah longlai, dengan sedikit iman yang tersimpan didada, aku bangun berdiri menunaikan solat sunat. Setiap gerakan terasa berat tika fikiran singgah memikirkan azab yang disediakan untuk hamba lalai seperti aku, setiap bacaan menambah derasan dan sebak didada, terasa amat malu kepadaNYA tuhan sekelian alam dengan kejahilan lampau yang membutakan mata hatiku. Setiap saat aku merasa risau, dimanakah tempat aku kelak? Adakah lagi tempat aku disisiNYA? Berderai kembali air mataku. Aku amat berharap kepada Allah SWT, yang maha pengampun lagi maha penyayang agar mengampunkan segala dosaku, menerangkan kembali cahaya hati yang telah lama usang, memberi peluang lagi kepada aku untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan nikmatNYA yang tidak putus yang dikurniakan kepada semua hamba, tidak kira kepada yang beriman ataupun tidak. Maha Besar Tuhan sekelian alam. Sesungguhnya aku akan menyesali dosa ini hingga nafas terakhirku. 
READ MORE

Terima Kasih


Salam,
Terima kasih dari pihak admin kerana membantu kami dalam proses membangunkan blog. semoga ia dibalas dengan kebaikan dariNYA. Amin


READ MORE

Pembangunan Blog




salam, 

kami dari pihak admin amat berterima kasih kepada anda yang sudi melawat blog ini. Untuk makluman, blog yang sedang dalam proses pembangunan dan dijangkakan akan siap sepenuhnya pada bulan oktober ini. Bagi membangunkan blog ini, pihak kami memerlukan sedikit bantuan daripada anda untuk meng"like" page facebook kami bagi mengaktifkan beberapa function untuk kegunaan blog. selain itu, jika anda mempunyai idea, komen atau artikel yang menarik yang ingin di paparkan dalam blog ini anda boleh menghubungi kami di email bulatan.kita.ktn@gmail.com . Segala jasa baik anda amat kami hargai, semoga kebaikan anda untuk bersama membangunkan blog ini akan menjadi salah satu amal kebajikan yang akan dibalas dengan ganjaran yang lebih baik dari Allah SWT, wallahualam.



like di sini :


READ MORE