This is an example of a HTML caption with a link.

5 CARA BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN

Assalamualaikum.. Apa khabar iman?
Antunna semua mesti selalu baca quran kan setiap hari. Tapi pernah tahu tak yang kita ada cara nak berinteraksi dengan Quran? Kalau tak tahu lagi, jom baca selanjutnya...

PERTAMA : FAHAM BAHASA ARAB

Dalam Qur’an ada pelbagai jenis kisah, pengajaran, nasihat, dan etc. Seronok sebenarnya kalau kita faham Quran ni. Mesti anda pernah solat dimana imam nya membaca surah yang sangat panjang. Kita yang dibelakang ni dah nak ‘bosan’ atau dengan bahasa mudahnya, lenguh kaki dan mula fikir pelik sikit – “kenapa lah imam ni baca panjang-panjang sangat. Kalau nak mengulang hafazan pun, tak payah la waktu solat.” Ada juga imam yang macam suara nak menangis (tapi tak nangis la waktu tengah solat) waktu baca ayat tertentu. Pernah terfikir tak kenapa imam buat dan jadi macam tu? Sebabnya, dia sedang menghayati makna ayat yang dibacakan. Subnallah..


 Macam mana nak faham? Belajar lah bahasa Arab. Banyak tempat dan cara untuk belajar. Kalau ada kemahuan, mesti ada usaha untuk belajar. Kalau takut tak dapat bagi komitmen untuk ke kelas + tak dak duit, cari je online. Banyak tempat yang mengajar secara percuma. Download video dari youtube ke.. Livemocha.com pun boleh juga..  Boleh juga cari pen-pal (atau saya panggil sebagai kawan online). Kita berkenalan dengan dia dan minta dia ajar Arab. Orang Arab ni sangat baik dan akan cuba untuk ajar kita. Gunakan teknologi terkini untuk faedah kita, jangan biarkan teknologi yang menggunakan kita.

Bahasa Arab sangat mudah untuk dipelajari. Kalau anda belajar di sekolah agama, mesti ada ambil subjek bahasa Arab kan? Samada Bahasa Arab Komunikasi atau pun Bahasa Arab Tinggi. Kalau nak tahu, belajar bahasa ni sebenarnya dapat menajamkan ingatan dan menguatkan minda. Sama macam kita hafal qur’an. Jadi lepas belajar, mestila kena guna. Selalu-selalu lah sembang atau menulis atau apa-apalah dalam bahasa Arab. Lagi bagus kalau anda ajar pulak orang lain bahasa Arab.  Sebab kalau tak, nanti lupa. Apa-apa pun, kalau dah belajar, tapi tak praktik dan guna, memang akan lupa. Maklumla, kita kan manusia. 


KEDUA: FAHAM DENGAN HATI

Macam mana nak faham dengan hati? Jangan jawab dengan mulut. Kalau jawab dengan mulut, tu kira faham dengan mulut. Tak semestinya hati dah faham.  Salah satu cara nak faham dengan hati ialah dengan imagine yang Quran itu adalah surat cinta dari Allah. Allah turunkan khas untuk kita umat akhir zaman. Seronok tak? ke tak seronok…..?

Katakan, kalau lah anda tiba-tiba dapat surat dari Perdana Menteri Jepun menjemput anda untuk dinner bersama kerana anda telah menolong mengubati dia suatu ketika dulu (padahal kebetulan masa tu dah nak sembuh. Ubat sekejap je, terus sembuh).. Tiket penerbangan, makanan, tempat tinggal semua free. Apa perasaan masa tu? Mesti seharian senyum sampai telinga. Gembira.  Tu baru Perdana Menteri Jepun. Tak dak lah tinggi dan berkuasa sangat.. Nanti dah sampai seru, lucutlah jawatan, tua, dan akhirnya mati. Kegembiraan kita tu pun sementara saja. Paling lama pun, mungkin la seminggu dapat tinggal di Jepun tu.

Tapi, macam mana kalau Allah Tuhan sekalian alam yang Maha Berkuasa Maha Kaya Maha Pemurah Maha Bijaksana Maha Mengetahui yang menciptakan kita dan segala nya memberi jaminan dan tawaran yang jauh beeeeeerlipat kali ganda-ganda hebat dari itu?  Mesti la kita kata:

NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK~PLEASE~ONEGAISHIMASU~
 (*merayu-rayu nak sebab susah nak dapat tau)

 Kalau nak, tak boleh la free. Kena patuh dan ikut apa yang diperintah oleh Allah ; laksana amar makruf nahi mungkar.

Ok, jauh sangat lari dari topic kita iaitu faham dengan hati. Jadi, bila kita yakin yang itu adalah surat cinta dari Allah, mesti kita akan baca dengan penuh penghayatan. Kadang-kadang tu boleh sampai menangis sebab terharu. Ada juga waktu bila rasa mendapat semangat untuk buat lepas baca Quran.  Jadi jom kita cuba untuk faham dengan hati. 

KETIGA : RASA QURAN DITURUNKAN KHAS UNTUK KITA

Imagine yang Allah sedang bercakap dengan kita melalui Quran. One-one.
Ala macam kita sembang dengan kawan-kawan melalui facebook, twitter, Friendster, myspace, etc.. Sahabat baik kita pulak tu.. Kenal sejak azali lagi..Dia la yang selalu tolong kita, dia la segalanya lah. (contoh je ni). Then, dia tegur dan nasihat dan nak sembangdengan kita. Layan atau tak?

KEEMPAT : FAHAM SIRAH (SEJARAH)

Mesti faham kenapa Ayat dan surah tu turun . Selalunya ayat tu turun kat spesifik masa dan waktu sesuatu benda tu berlaku.  Contoh macam kisah Aisyah isteri nabi yang difitnah, kisah Rasulullah yang dikatakan terputus zuriat sebab tak dak anak lelaki (padahal sebenarnya Aqidah lebih penting berbanding darah), kisah pengharaman arak secara berperingkat-peringkat dan sebagainya... Cuba rajin-rajin diri baca tafsir dan asbabun nuzul setiap ayat. Kita akan dapat lebih menghayati ayat tu lepas ni sebab kita dah tahu maksud secara tesurat dan tersirat..

KELIMA : BACA QURAN DENGAN MINDSET DAKWAH

Kalau kita tak rasa we are belong to the group, kita akan bosan dan jadi tak minat. Jadi macam mana nak bagi rasa kita belong to Quran group? Baca Qur’an dan terjun dalam dakwah ( buat praktikal). Kena buat baru kita dapat feeling tu..
Jadi, kesimpulannya, jom berinteraksi dengan Quran. Kalau kata macam susah nak buat semua, jangan tak buat terus.  Cuba buat sikit-sikit dan berterusan. Bahasa Arab kata ISTIQAMAH (bukan istimrar) Belum cuba belum tahu..
READ MORE

Musafir dan Yakin


Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.

Apabila kita keluar bermusafir, wajiblah keatas diri kita untuk mempercayai dan meyakini jalan yang akan kita lalui. Kita juga akan meredhai jalan yang kita pilih untuk sampai kepada destinasi yang kita ingin tuju.

Jika kita bermusafir menggunakan laluan yang kita tidak yakin padanya, mudah sekali untuk kita sesat dan hilang arah tujuan ketika dalam perjalanan. Kita akan cepat ragu-ragu dan saling tidak mempercayai diantara ahli musafir.

Maka perjalanan musafir kita akan terganggu kemungkinan besar juga kita akan berpindah ke jalan lain dan bercerai-berailah kita dengan ahli musafir yang lain.


Cerita sama di jalan dakwah. Kisah kita musafir di dunia.

Jalan dakwah bukan jalan bid‘ah, bukan jalan yang baru tetapi jalan sama yang pernah dilalui para anbiya dan salafus soleh.

Jalan dakwahlah yang sepatutnya terlebih utama dipercayai dan diyakini kerana inilah jalan asal dimana seorang Muslim mengikat segala urusan hidupnya dan kepada Nya lah dia menyerahkan segala apa yang dimiliki sama ada harta, jiwa atau usia, fikiran dan waktu kerana disinilah letaknya kesudahan dan masa depan yang hakiki.

Maka wajib keatas diri setiap Muslim yang memilih laluan ini untuk tahu tentang keselamatan jalan dakwah, mengetahui keasliannya dan meyakininya supaya usia tidak dibazirkan di jalan yang menyeleweng dan bengkok.
Katakanlah: Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” [12:108]
Jangan ragu-ragu dengan jalan dakwah. Sekiranya kita enggan, sesungguhnya kita akan terumbang-ambing diantara bimbang dan ragu-ragu. Dikala kita membiarkan jalan ini, sesungguhnya pasukan Allah akan terus berjalan tanpa mempedulikan sama ada bilangan mereka ramai atau sedikit.
“.. dan pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah yang maha kuasa, lagi maha bijaksana.” [3:126]
Wallahua’lam

 Sumber: Jahagifu
READ MORE

Tolong jangan kritik, permulaan mendekati seseorang.

[kredit]

Melihat kepada sahabat- sahabat yang bersemangat tahap tinggi untuk menjalankan amal ma’ruf dan nahi mungkar di sekeliling saya (tak kurang jugak pembaca), saya merasa tertarik untuk berkongsi dengan anda semua.

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi di mana anda bertemu dengan junior anda, dan anda melihatnya melakukan beberapa kesilapan yang perlu dibaiki lalu anda menegurnya secara direct lalu diapun melarikan diri dari anda tanpa membetulkan kesilapannya (panjangnya ayat tanpa noktah).

Jika pernah, anda mungkin telah melakukan kesilapan dalam langkah untuk membetulkannya.(Bajetla, takkan menegur orangpun merupakan kesilapan bang, kata anda yang sedang membaca).

Jadi di mana kesilapannya? Kerana tajuk di atas telahpun membocorkan point saya, maka biar saya berterus terang sajalah. Jawapannya ialah kerana anda bermula dengan mengkritik!

Bukankah kritikan itu membina? Anda cuba menyakinkan saya yang sedang menulis. Saya katakan, ada cara yang lebih baik daripada mengkritik.

Mari saya kongsikan, menurut buku How to Win Friends and Influence People tulisan Dale Carniegie (saya baca Da’ie Carnigie ;D), kritikan akan membuat orang yang dikritik memegang pendiriannya yang salah itu dengan lebih teguh. Penulis membuktikannya dengan kisah Crowley seorang pembunuh dan perompak bersenjata yang dikehendaki di Bandar New York. Kerana kelakuaan jahat mamat ini, beliau telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati di atas kerusi elektrik.

Anda mungkin mengharap Mamat ini bertanya, “ Adakah ini yang saya dapat kerana membunuh orang? Tetapi anda silap, Kerana Crowley berkata, “Adakah ini yang saya dapat kerana mempertahankan diri saya?”

Kita lihat, bagaimana Crowley tidak rasa bersalahpun dengan pembunuhan yang dilakukan.

Cuba kita lihat pula, Al Capone, mamat ni pulak merupakan gangster yang kejam yang pernah mengggegarkan Chicago. Dia tak pernah mengutuk dirinya, bahkan dia yakin yang dia ialah seorang dermawan yang tidak dihargai dan disalah ertikan.

Jadi apa pointnya di sini bang?

Ya, kita lihat Crowley dan Al Capone kedua- dua mereka tidak langsung rasa bersalah dengan kesalahan yang mereka yang lakukan. Kritikan dan kondeman (ade dalam kamus ke?) daripada masyarakat tidakpun mengubah pendirian mereka untuk merasa bersalah bahkan mereka menjustifikasikan perbuatan mereka sebagai sesuatu yang mulia.

Kritikan merupakan perkara yang sia-sia kerana meletakkan orang yang dikritik dalam posisi defensive, yang membuatkan mereka cuba untuk mempertahankan diri mereka.

Juga terbukti jika kita membela binatang peliharaan, ganjaran akan lebih baik untuk mengajar mereka daripada hukuman atas kesilapan yang dilakukan. Kajian juga menunjukkan hal yang sama berlaku kepada manusia. (penulis tidak menyamakan manusia dengan haiwan, tidak sama sekali)

Ada tak contoh bagaimana boleh dibaiki situasi ini?

Jawapannya mestilah adakan..(no poin la tulis artikel takda jalan penyelesaian)
George, seorang Koordinator Keselamatan berasa tensen dan pening kepala dek kerana pekerja- pekerja syarikat tempat dia bekerja tidak mengenakan topi keselamatan sewaktu bekerja. Maka, beliaupun membuat laporan apabila ternampak pekerja yang tidak mengenakan topi keselamatan sewaktu bekerja, lalu menyenaraikan dengan panjang lebar peraturan yang mereka perlu patuhi. Akibatnya, beliau tidak dihormati dan pekerjapun membuka topi keselamatan sejurus sahaja dia beredar dari kawasan mereka bekerja.

Belajar dengan situasi yang berlaku George mengubah pendekatannya. Apabila dia terjumpa saja pekerja yang tidak memakai topi keledar, beliau akan bertanya samada topi itu tidak selesa dipakai atau tidak muat. Kemudian dia mengingatkan dengan nada yang mesra yang topi ini direka untuk melindungi mereka daripada kecedaraan dan menyarankan supaya topi itu sentiasa dipakai.

Hasilnya?

Timbul kesedaran bagi mematuhi peraturan tanpa rasa kesal dan benci.
[kredit]
Nah, kita lihat daripada kisah di atas kritikan ternyata tidak menyelesai masalah bahkan lebih menambah masalah lagi.

Samalah juga dengan Da’ie, jika mahu menegur seseorang jangan terus terjah. Fahami dahulu mereka dan selami dahulu nilai positive yang ada pada mereka. Manusia ini gemar dipuji dan diberi ganjaran. Tidak suka dikritik dan dimarahi. Maka tegurilah dengan hikmah.

Tegur tidak bermakna kita perlu memberitahu kesalahan mereka secara terus, mungkin mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan itu salah. Jadilah pembimbing dan bukannya penghukum. Cubalah kita tukar perkataan kita daripada ‘kau tahu tak apa yang kau lakukan ini salah?’ kepada ‘ Biar aku tunjukkan cara yang baik yang boleh kau buat’.

Daripada ‘Orang tak pakai tudung masuk neraka’ kepada ‘Saya harap kita bersama bertemu di surga’. Daripada ‘kaki tidur dalam kelas!’ kepada ‘ Makan gula- gula ni, ubat tahan mengantuk, nak aku urut sekali ke?’.

Kesimpulannya, mari kita cuba menukar cara pendekatan daripada mengkritik kepada cara pendekatan membimbing dan membina. Tidak mengutuk tetapi memberikan penyelesaian. Cara ini lebih ‘human- friendly')

Seposen dua dariku. Harap boleh dipraktis oh!
READ MORE