This is an example of a HTML caption with a link.

Hijrah seorang Rocker…Hoyeahh..



Rocker itu siapa?
Anda mesti terbayang seorang yang memakai baju hitam, berambut panjang kerinting, tidak terurus, tangan kiri memegang gitar Karen sambil lengan kanannya diangkat ke langit dengan jari membentuk kepala kambing. Sambil bibir nipisnya menyebut, ‘Wrock!’ dengan gaya hanjutan kepala yang berlebihan seakan masa diperlahankan (Slow motion).

wrock!!..[kredit]
Jika anda membayangkan itu, maka penulis menyatakan yang bayangan anda salah.

Rocker hanyalah sekadar metafora penulis. Metafora buat seorang yang tersesat jauh dalam kehidupan jahiliyyah. Masih terumbang ambing dalam lautan kesesatan dan tercari- cari jalan keluar dari lembah kehinaan. Bukan saja untuk Rocker- rocker tetapi juga untuk anda yang tidak mengetahui untuk apa anda dihidupkan.

Dalam bahasa kasarnya rocker di sini bermaksud orang jahat. Ya, orang jahat yang menyangka dirinya jahat dan sukar diubah sampai tidak boleh dan allergic untuk mendekati kebaikan dari segenap segi.

Masakan mahu bercerita tentang rocker di sini. Bosan mungkin.

Hijrah pulak

Teringat tentang hijrah. Teringat tentang peralihan. Teringat rocker seperti Sham Kamikaze yang berhijrah. Tapi bukan nak cerita pasal beliau sini. Peristiwa hijrah nabi boleh baca dan banyak rujukannya. Tulis kat pakcik google then beratur la link untuk dibukak, tinggal perlu dibaca dan dihadam.

Cuma sangat tertarik untuk dikongsi. Dalam banyak kisah- kisah kecil berkaitan peristiwa besar hijrah itu, terselit sebuah kisah epic menarik yang menyentuh jiwa raga penulis. Kisah epic dalam hijrah yang dimaksudkan ialah~

Ialah~

Ialah~ sila jangan letih menunggu. Jeng. Jeng. Jeng.

Cerita tentang seorang mamat yang rock

Kisah Seorang mamat bernama Suraqah bin Malik. Mudah cerita Suraqah ini seorang jahat. Masakan tidak, niatnya untuk membunuh Rasulullah kerana putih mata dek tawaran seratus bijik Ferrari.. eheh unta. Unta dulu macam Ferrari zaman sekarang.

Suraqah ini hebat. Miliknya seekor kuda yang tangkas sama pergi dengan tuannya seorang penunggang kuda yang cekap. Dikurnia mata yang tajam seperti seekor helang dan tubuh yang mekar melangit.. Beliau sangat arif mencari jejak sang penghijrah.

woah.. [kredit]
Ironinya ketika mengejar baginda, kuda tunggangnya tergolek ibarat mat rempit terjatuh dari motor. Tidak berputus asa dengan niat jahat yang bersulam nafsu itu, beliau bangkit kembali dan terus memacu. Kali ini, kudanya tergolek lagi. Maka, bertambahlah tanda tanya di dalam jiwanya.

Tengah pening- pening menunggang, beliau ternampak kelibat buruannya tidak berapa jauh dari posisinya ketika itu. Ibarat harimau terjumpa kancil dengan pantas beliau menarik panah dan menghala busur tepat ke Rasulullah. “Memang konfem 100 ferrari milikku” Bayangan penulis meneka kata- kata hati Suraqah ketika itu (sila abaikan ajinomoto ini).

Tiba- tiba..?

Tangan Suraqah kaku. Oh tidak! Panah itu tidak dapat dilepaskan. Kaki kudanya terbenam pula ke dalam pasir. Parah nih! Dan debu- debu berterbangan menambah kepanikan Suraqah lagi. Tergetus secuit kesal di dalam hati Suraqah.

Suraqahpun surrender dan meminta Rasulullah untuk mendoakan agar kuda beliau dilepaskan. Bagai kacang lupakan kulit beliau terus meneruskan niatnya untuk membunuh Rasulullah.

Sungguh tidak mengenang budi mamat ini. Sekali lagi, kuda tunggangan Suraqah tergolek lagi. Kali ini lagi teruk mungkin sehingga berguling- guling. Tidak dapat dipastikan. Tapi teruk la.

adeh..[kredit]

Hati Suraqah berdetak gentar! Kali ini beliau memohon belas daripada Rasulullah.

Rasul kesayangan kita tidak mengapa- ngapakan beliau malah memberi tawaran spesyel (special) kepada Suraqah iaitu Gelang kebesaran Kisra atau mahkota raja Parsi ketika itu. Syaratnya, hanyalah supaya Suraqah tidak memberitahu sesiapapun di Kota Mekah tentang penghijrahan baginda.

Suraqah yang sudah berubah itu menepati janjinya. Juga Rasulullah saw menepati janjinya di zaman Umar Al- khattab, gelang kebesaran itu dimiliki Suraqah bin Malik.

Hidayah Allah mengubah mamat rock/ jahat Suraqah yang berniat membunuh kepada membantu Rasulnya. 

Nah, siapa sangka?

Cerita tentang mamat lain pula

Orang yang minat tentang ilmu tasauf tidak akan pernah terlepas daripada menyebut nama beliau. Sebagaimana popularnya Mokhtar Dahari dengan Bola Sepak ketika zaman 80an begitu jualah sinonim individu ini dengan bidangnya.

Seorang yang tawadduk dan sangat warak. Pemberani yang tidak hanya memikirkan diri sendiri tetapi terlibat dalam membangunkan ummat ketika itu.

Pernah satu ketika beliau diziarahi Khalifah Harun Ar- rasyid dan pengiring khalifah di waktu malam yang kelam. Mamat ini mematikan semua lampu yang ada di rumahnya.

Ketika khalifah masuk ke rumahnya dalam keadaan gelap terpaksalah khalifah meraba- raba mencari arah menuju ke mamat ini. Tiba- tiba, teraba tangan individu yang hebat ini.

Sejurus bersuaralah individu itu, “Wahai orang yang tangannya demikian halus dan lembut, alangkah berbahagia jika engkau terlepas dari azab Tuhan di hari kemudian nanti.”

Tersentak dengan kata- kata itu, khalifah teresak- esak menangis dihujani dengan teguran dari susuk seorang ahli sufi yang sangat warak ini. Bayangkanlah seorang presiden menangis ditegur oleh seorang ustaz.. lebih kurang camtu lah.

[kredit]
Siapakah gerangan mamat ini? Beliaulah yang bernama Fudhail bin Iyadh (owh, macam penah dengar).

Tahukah kalian sebelum ini ketika beliau di usia remaja dan muda- muda, beliau merupakan seorang pencuri jalanan! What? saya tidak bermaksud membuka aib beliau. Tidak!

Taubat seorang rocker

Beradalah Fudhail dalam hidup beliau sebagai kutu jalan sehinggalah di suatu hati terdetik di hatinya untuk mengusya/melihat wanita. Maka, beliaupun menjalankan hasrat jahatnya itu.

Tiba di sebuah rumah beliau menjengah melihat isi rumah tersebut dengan niatnya tadi, namun kelihatan seorang wanita sedang membaca al- quran dengan surah al- Hadid ayat 16:

“ Belum sampaikah lagi masanya bagi orang- orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al- Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?”

Jiwanya bergetar!

Hatinya tersentak!

Hidayah Allah menyusup halus menghembus angin taubat di dalam jiwanya.

Maka, berubahlah seorang rocker(orang jahat) tegar kepada seorang yang warak dan dekat jiwanya kepada Allah.

Hijrah satu titik perubahan

Wahai orang yang menganggap dirinya rocker.. jahat.. tak ingat Allah.. Janganlah pernah letih untuk berubah. Janganlah menganggap diri jahatmu itu langsung tidak boleh dilentur dan dibentuk.

Batu gua juga boleh dibentuk dengan titisan air halus. Tidak mustahil untuk anda pembatu(rocker) dibentuk dengan belaian halus air siraman tarbawi dari Allah yang nyaman dan lembut.

Yakinlah anda mampu berhijrah menjadi insan sehebat Fudhail bin Iyadh. Jua menukarkan jiwa pembunuh kepada pengasih sebagaimana jiwa Suraqah bin Malik dengan izin Allah. Jangan berputus harap untuk berdoa dan mencari jalan perubahan dengan merelakan diri ditarbiyah dengan ayat- ayat Allah! Tidak kira sejahat manapun anda.

Berhijrahlah!

[umph]
p/s: maaf bahasanya carca marba. Sengaja dibiarkan untuk mengekalkan mood dalam membaca.
READ MORE

[Ulasan Buku] Gila Baca ala Ulama'



Sungguh membaca buku ini membuatkan saya berasa amat kerdil, sungguh membaca buku ini membuatkan saya menyedari betapa sikitnya ilmu yg kita miliki, sungguh membaca buku ini membuatkan saya merasa sangat tinggi nilai sebuah buku.

                Masakan tidak, buku ini telah memaparkan kesungguhan ulama yang terdahulu  dalam membaca buku yang sangat menkagumkan, sebagai contoh

                “Penulis Inba Al-Ghumr menjelaskan tentang biografi Sulaiman bin Ibrahim bin Umar Nafisuddin Al-‘Alawai Al-Yamani, dia berkata, “dia mengatakan kepadaku bahawa dia telah menyelesaikan kitab shahih Al-Bukhari sebanyak 150 kali dengan membacanya, mendengarnya, serta mendiskusinya dengan syeikh”

Sungguh ajaib bukan? Kitab shahih  bukhari yang sebanyak 9 jilid,dan setiap jilid itu terpecah kepada beberapa bab yang besar yang boleh dibuat beberapa buku pula dalam bab tersebut boleh dibaca,mengajar, dan berdiskusi tentnagnya sehingga 150 kali. Adakah kita hari ini mampu? Membaca buku sehelai dua saja telah membuatkan kita bosan dan jemu inikan pula membaca buku yang sama 150 kali?

                Buku ini juga memberikan contoh betapa ulama-ulama terdahulu sangat berasa lazat dengan membaca buku. Contoh nya

                “Ibnu Jahm berkata, apabila rasa kantuk mulai menyerang kedua mataku bukan pada waktunya, maka aku segera membaca buku mutiara hikmah. Kemudian spirit membacaku pun kembali tergugah. Aku menemukan kembali kelpangan hati saat harus memenuhi kebutuhan. Sedeang kesenangan dan kemuliaan yang memenuhi hatiku lebih cepat membuatku bangun daripada ringkikan keledai atau gemuruh reruntuhan”

Wah!! Apakah ini? Menolak rasa mengantuk dengan membaca buku? Sungguh.berlainan daripada kita hari ni. Kita hari ini ubat untuk tidur kita ialah membaca buku, masakan tidak baru membuka sehelai muka surat terus tertidur. Dan sangat banyak lagi contoh-contoh kesungguhan ulama terdahulu dalam menelaah ilmu. Buku ini akan menjadi tamparan buat anda yang mengambil pengajaran daripadanya.           

Tambahan juga, penulis buku ini bersungguh-sungguh menggambarkan betapa ulama terdahulu gemar dan sangat rapat dengan ilmu. Penulis buku ini juga menggalakkan para pembaca untuk terus membaca dan mendalami kisah-kisah hebat ini dengan memberi rujukan-rujukan agar boleh digali khazanah ilmu ini.

                 Akhir sekali,buku ini menjadi pembuka kepada book of the month daripada admin agar memupuk semangat membaca yang tinggi di dalam kalangan pembaca blog ini.semoga bermanfaat.



READ MORE