BulatanKami
This is an example of a HTML caption with a link.

Inilah jalan nya~




Bismillah.

 Menjalani kehidupan disini yang suhunya mula menurun dan kedinginannya semakin memuncak,huhu.sejuk..nampaknya hari2 yang bakal dilalui sepanjang syita' ini memang perlu kepada mujahadah yang sangat tinggi.Mesti kuat kerana kita seorang muslim,harus kental kerana kita orang yang luar biasa  meskipun demam,selesema,sakit dada dan batuk menjengah sekali sekala.Apa2 pun bersyukurlah kerana Allah masih memberi nikmat Islam dan Iman serta masih ada kudrat untuk bergerak menyebarkan kasih sayangNya.Menjadi hamba Allah itu adalah dengan melaksanakan segala dlm hidup ini semata-mata keranaNya.Tiada yang lain,hanya untuk Dia.Sungguh hidup muslim itu adalah ibadah.Ibadah kepada Allah itu bersifat universal.Bukan sekadar rukun Islam yang 5.

Tidak dapat dinafikan kadang-kadang rasa lemah dan goyah menyelinap masuk dalam diri.Pernah je terfikir,kalaulah jadi orang biasa ,kan senang..usah difikirkan kerja2 dakwah dan tarbiyah ni.Biarkan aje orang lain dengan hal mereka sendiri.Focus study,x payah sibuk2kan diri dengan program sana sini,x payah habiskan duit,masa n hidup ini konon2 nak berkorban bagai.entahla,kenapa macam tu?penat kot.sebab usaha tapi orang tak ikut pun,terkejar sana-terkejar sini orang tak terima pun malah ditinggalkan lagi.Lepas tu,orang cop kita itu lah ini lah,rimas!huuuuh!penat!letih!tak dapat apa pun.syurga?lambat lagi,ntah2 tak dapat pon.

Istighfar panjang..penatkah?itu memang pasti.syurga nikmat terindah dan hanya untuk orang2 yang menyerahkan seluruh kehidupannya untuk Allah.sekali lagi,untuk Allah.eh,kalau kita nak dapat mumtaz or 4 flat dalam exam..takkanlah kita sekadar goyang kaki,enjoy2 kot?semestinya kita brusaha  sehabis daya.kalau boleh setiap masa nak dengan buku kan?hmm..jom kita relate kan dengan syurga Allah.Ok,baiklah!mesti berpenat lelah,mesti DF giga,mesti menyelami jiwa 2 manusia yang pelbagai,mesti berdepan dengan macam2 ragam dan mesti study buku2 fikrah sebanyak mungkin.
                      ya,itulah dakwah kita.Risalah Rasulullah S.a.w. dan kita adalah penerus dakwah ini.
''Dialah yang memilih kamu untuk mengerjakan suruhan agamaNya dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatann dan susah payah dalam perkara agama"   (al-Hajj:78)

masih ingatkah kita kepada Rasulullah?
disaat baginda dihina,dimaki hamun,dukutuk2,dikatakan gila dan hampir dibunuh..
pernah baginda marah?
pernah baginda kecewa?
pernah baginda putus asa?
pernah baginda futur?
pernah baginda mengeluh?

TIDAK kan?
Baginda masih meneruskan dakwah dengan hikmah,sabar dan kuat.
semua dugaan itu tidak pernah menjadi noktah terakhir dakwah.
kini,kita mengecapi nikmat Islam itu kerana dakwah Rasulullah dan para sahabat.
suatu hari nanti kita yakin bahawa Islam itu akan kembali gemilang dengan izinNya.
Adakah kita tidak mahu menjadi titik2 kecil yang turut menyumbang kepada kegemilangan Islam itu?

'Izzahlah dengan dakwah ini,kerana tiada kehidupan yang indah dikecapi melainkan dengan redha Allah dijalan ini,ya muqallbal qulub..tsabbit qulubana!

''oleh itu sampaikanlah secara bertrus terang apa yang diperintahkan kepadamu wahai muhmmad dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tantangan kaum musyrik itu'' (al-Hijr : 94)
 
Sumber : 
hidupku-lillah
READ MORE

Chatting vs Texting ~






Hana memasukkan nama dan kata laluan. Akaun Skype miliknya terpampang di skrin komputer. Matanya melilau mencari friend yang sedang online. Sebuah nama mencuri perhatiannya. Dia tersenyum.
                                                         
Hana    : Atok ! study ar. Online manjang.
Yusuf   :  Sejak bila aku kahwin dengan nenek kau?
               Haha. Tengah study add Math ni. Depan lappy~
Hana    : Tadi ada orang tu rajin. Siram pokok bagai..
Yusuf   : Eh mana tau ni? Ko lalu depan rumah aku ke?
Hana    : Yup. On the way nak pergi Mid..
Yusuf   : Tak singgah ? =p
Hana    : Takmo lah. Tadi aku dengan family. Tak pasal2 pulak mak ko ingat aku datang nak
              meminang kau. Haha.
Yusuf   : Haha. Tetibe pulak aku segan *(tutup muka pakai bantal)
Hana    : Gedik gila..haha =D Ok ar, mama panggil.
              Sambung lain kali =)
             Salam, kawan.


            Hana Naziha. Seindah namanya, indah juga orangnya. Sekali dia tersenyum sudah cukup untuk membuat orang lain cair. Barisan giginya tersusun rapi. Kemas. Hana juga memiliki intelektual yang tinggi. Ditambah pula dengan kesopananya, dia layak menyandang gelaran `Perempuan Melayu Terakhir`.
           
            Yusuf? Toksah cerita. Ramai perempuan tergila-gilakan Yusuf. Dia merupakan anak Melayu kacukan Itali. Anak matanya perang, hidungnya mancung dan berbadan tegap. Meskipun berpakaian simple, dia kelihatan cukup kacak. Yusuf juga seorang yang bijak, setanding dengan Hana. Yusuf seorang yang pemalu. Dia hanya memiliki seorang kawan perempuan iaitu Hana.

            Hana dan Yusuf merupakan kawan baik di alam maya tetapi malu-malu apabila di sekolah. Walaupun Hana kelihatan happy-go-lucky, tetapi hakikatnya Hana mempunyai masalah keluarga tersendiri. Yusuf bertindak menjadi pendengar yang setia. Begitu juga dengan Yusuf. Mereka seringkali berkongsi suka duka di alam Skype, Twitter, Facebook mahupun mesej.

*********************************************************************************
            
            Hana memandang Yusuf dengan wajah marah. Yusuf tidak mempedulikan Hana. Dia terus merayu kepada Allah agar diampunkan dosanya. Air mata Yusuf bercucuran laju seolah-olah air sungai yang mengalir deras. Keadaan sekelilingnya sudah tidak dipedulikan lagi.

            “ Ya Allah. Aku tak bersalah!” Yusuf melutut. Bersungguh-sungguh dia memohon ampun. “ Tapi dia !,” jarinya menghala kearah Hana. “ Dia yang selalu mengajak aku berbual perkara yang sia-sia. Lepaskan aku, Allah…”

            Hana menempelak. “ Tidak, Allah. Bahkan dia juga bersalah! Dia tak pernah mengingatkan aku untuk meninggalkannya. Lepaskan aku, ya Allah. Aku mohon keampunan Engkau..”, Hana merintih.

            Suasana di mahsyar ini sangat huru-hara. Maing-masing sibuk dengan hal sendiri. Mahkamah pengadilan-Nya sungguh menggerunkan. Ia seolah-olah pementasan drama yang ditonton oleh semua manusia. Penelitian terhadap setiap amalan hamba-hambaNya sungguh halus.

            “ Cukup !” Satu suara menghentikan kata-kata mereka. “ Tiada erti kamu berbalah di sini. Segala perbuatan kamu di dunia telah tercatat di kitab itu. Masuklah ke dalam neraka dan rasakanlah pembalasan Allah. Sesungguhnya kamu berdua termasuk dalam kalangan yang rugi kerana telah melanggar batasan ikhtilat (pergaulan) yang telah Allah tetapkan”.

            Tina-tiba Hana terjaga daripada tidur. Peluh dan air mata membasahi bajunya yang berwarna biru. Dia beristighfar panjang. Mimpi tadi masih bermain-main di fikirannya. Hana termenung. Adakah Allah sedang member teguran kepadanya?


Hana    : Apa kata kita stop chatting? J
Yusuf   : Tetibe je ni.. Kenapa? Aku buat salah ke?
Hana    : Mana ada kau buat salah
Yusuf   : Habis? Tetibe je. Alaa… kata kawan~
Hana   : Sebab kita kawanlah, kita kena stop buat benda lagha ni.
               Betul tak ? Aku nak kita kawan sampai syurga J
               Tak nak ar aku jadi penyebab kita masuk neraka. Naudzubillah.
Yusuf   : Hmm.. betul jugak. So, kita stop je ar. Tapi still kawan, kan?
              Kawan sampai syurga J
Hana    : Insya Allah. Semoga Dia redha J

                                                               ~Tamat~

Secebis nota daripada hati :
“….Kemudian pada hari kiamat sebahagian kamu akan saling mengingkari dan saling mengutuk. Dan tempat kembalimu ialah neraka, sama sekali tiada penolong bagi kamu”
[Ankabut : 25]

Bertaubatlah selagi belum tiba hari penyesalan bagi orang-orang yang berdosa.
Jangan diremehkan kecilnya dosa kerana dosa yang kecil boleh membawa ke neraka.
Hati yang tidak terkesan dengan peringatan ialah hati yang mati.
Wallahu a’lam J



sumber : badarmitibjugra


READ MORE

Lelah Cinta Seorang Hamba ~



Bismillah.

Allah..
Terasa kadang2 aku ni daie yang kering,
bagai daun2 kuning yang gugur,
jatuh ke bumi lalu dipijak manusia,
tiada nilainya dan tiada harganya,
disisi al-Khaliq serta makhlukNya.

Allah..
sekian lama sudah tidak bercinta denganMu,
menangis dan mengadu menghadapMu,
terasa jiwa ini jauh benar dariMu,
padahal Kau tidak tinggalkan hambaMu,
sayu dalam resah ini,
gelisah dalam tangis ini,
tak mahu jadi hambaMu yang kering dan kosong.

Allah,
terasa malu benar denganMu,
kerana seharusya aku dekat denganMu,
tiada jarak jauh yang memisahkan,
tiada noktah yang menjadi jurang.
Aku menyeru hati2 untuk kembali mencintaiMu,
sedangkan hatiku tercungap-cungap lemah tak berdaya,
barangkali menanti waktu berduaan denganMu.

Allah,
setiap kali melihat diri yang kian jauh,
jauh dari mengingati dan menyebut asma'Mu,
aku jadi bisu tanpa kata,
sekali lagi pandangan ini dikembalikan,
mengapa payah benar buat jiwa ini,
meluangkan masa yang dipinjamkan,
hanya sejenak dan seketika,
mendekatkan batin yang muram ini,
kepada Rabbnya,agar ia kembali tersenyum,
dalam kesegaran cinta yang sarat dengan rindu.

Allah,
tersedar aku saat ini,
sesungguhnya perjalanan ini benar2 mengujiku.
Aku membina jiwa2 agar sentiasa taqarrub denganMu,
tapi dinding jiwaku sendiri kian usang dan rapuh.
Aku ingin membawa jiwa2 itu ke syurgaMu,
tapi ku bimbang api yang menjulang  itu tempat abadiku.

Allah, 
hanya Engkau yang Maha Mengetahui,
pengakhiran hidup seorang Mawaddah ini,
hamba yang punya amal tak seberapa.
Dengan jiwa kerendahan seorang 'abid, 
Ku tadahkan tangan dan berdoa,
ke arah langit yang pemilikNya Maha Hebat,
''ya Allah semoga rahmat dan redhaMu,
mengizinkan aku langkah ke istana syurgaMu,
walau cinta ini lelah dipersimpangan jalan sebuah kehidupan.''

 ::semakin lama kita bearada dalam tarbiyah,semakin teruji keikhlasan kita.
Syukur masih bernafas dalam ketaatan :')

Sumber : hidupku-lillah


READ MORE

Mengetuk Dasar Qolbu~



Saakinah fi shomtihaa, abyanu mimman yanťuqu.
Wa in wanat waqfatuhaa : a’jalahal munťolaq
Tenang dalam diamnya, tetapi lebih jelas daripada orang yang berbicara.
Bila diamnya terlalu lama, tergugahlah ia oleh keharusannya untuk bergerak.

Itulah gambaran yang dikemukakan oleh seorang penyair Tunis, Ahmad Mokhtar al-Wazi, tentang jiwa yang bersih. Gambaran yang beliau kemukakan tentang jiwa yang beriman itu lebih jelas dari apa yang telah digambarkan oleh orang lain. Terdapat dua perkara penting yang disebutkan dalam syair tersebut. Pertama : ialah ciri-ciri orang beriman, iaitu selalu berfikir, pendiam, merenung dengan tenang, tidak banyak berbicara (sia-sia), menjauhi gurauan, akan tetapi diliputi oleh wibawa yang berpengaruh dan keindahan yang benar-benar menyentuh hati.

Perkara kedua ialah diam atau istirehat yang dimaksudkan bukan bererti malas, lalai dan santai. Tetapi hanya datang sebentar, kemudian hilang disebabkan dorongan yang kuat untuk beramal. Begitulah seharusnya jiwa seorang muslim, sentiasa serius dan tidak banyak ketawa dan bergurau. Tidak dinafikan bahawa perkara itu dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat, akan tetapi ia hanya pada waktu dan kondisi tertentu dan tidak berlebihan. Gurauan dan canda ini boleh diibaratkan seperti garam dalam masakan. Seandainya terlebih atau terkurang, rosaklah masakan tersebut.

Jika gurauan atau canda itu mampu mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub ilallah) ia adalah baik tetapi apa yang membimbangkan ialah seandainya saat kita bergurau, hilang penumpuan kita dalam mengingati Allah, anasir-anasir syaitan akan menjadi dominan dalam diri kita kerana kita telah membuka salah satu pintu masuk syaitan ke dalam diri.

Saudaraku,

Selamilah ke dalam lautan hatimu walau sekeruh manapun kamu merasakannya, kerana di situ pasti kamu temui mutiara-mutiara fitrah. Kumpulkanlah ia dan jadikan ia perhiasan buat dirimu untuk dipakai ke mana sahaja kamu berada.

Allah telah menetapkan Islam sebagai agamamu dan setiap daripada kita juga telah berjanji saat lahir ke dunia ini dengan penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah. Kita juga telah berjanji lima kali sehari dengan penyaksian tersebut dalam solat yang kita tunaikan . Adakah kita mahu mengingkari janji yang telah kita kotakan. Ketahuilah bahawa antara ciri-ciri orang munafiq ialah tidak menepati janji.

Begitu indah sekiranya kita bersama-sama mengekspresikan sifat-sifat seorang muslim dan mengamalkan Islam dalam segenap aspek kehidupan.

“Seandainya kau mampu masuk ke dalam mimpiku,
nescaya engkau melihat keindahan terserlah..” 
(Manusia Untuk Sebuah Cita)

Namun Begitu, ia mustahil untuk dilaksanakan kerana kamu tidak berusaha untuk memasukinya dengan segala kekuatan yang kamu punyai.

Sahabat-sahabat yang yakin bahawa dengan Islam sahaja, kejayaan dapat dicapai,

Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila kita hanya beranggapan bahawa Islam hanyalah ketika ceramah, solat, khutbah serta ibadah khusus yang lain. Adakah kita hendak tergolong dalam golongan mereka yang dikatakan dalam al-Quran mereka yang hanya mengambil sebahagian daripada al-Quran sementara sebahagian yang lain diingkari. Kita banyak berkata-kata tentang permasalahan umat dan kebangkitan Islam, namun tidak satu pun tindakan yang kita lakukan terhadapnya. Islam tidak akan tertegak dengan kata-kata. Kita punya ramai pendakwah tetapi berapa ramai yang bertindak dengan apa yang didakwahnya.

Sedarlah bahwa umur kita sekarang menentukan apa yang akan kita peroleh pada masa akan datang. Hiasilah diri dengan akhlak-akhlak Islamiyah. Yakinlah bahawa protokol (tatatertib, tatasusila) dalam hidup kita sebenarnya merupakan adab-adab yang telah diajarkan oleh Rasulullah melalui sunnahnya.

Bicaralah dengan bicara seorang muslim kerana percakapan kita mampu menjadi indikator kejernihan hati. Sebuah bekas itu hanya akan menumpahkan apa yang telah dimasukkan ke dalamnya. Mustahil bekas tersebut menumpahkan apa yang tidak dimasukkan ke dalamnya. Begitulah hati kita. Seandainya bersih hati, apa yang akan diucapkan oleh kita tentu perkara yang baik dan seandainya kotor hati kita, perkataan kotorlah yang akan terkeluar daripada bibir.

Dengan perasaan cinta dan penuh hormat, saya mengajak kita semua tidak mengira umur, pangkat dan kedudukan mengetuk pintu qolbu (hati). Biarlah tuan rumah yang menguasai diri, jangan biarkan tetamu hati yang menguasainya. Hatilah yang akan menentukan kedudukan kita disisiNya. Kitalah yang akan menjadi pilar kebangkitan umat. Kitalah rahsia kekuatan umat. Kitalah pimpinan masa depan. Marilah kita kembali kepada fitrah kita : ISLAM.

“Oleh kerana itu, sejak dahulu hingga sekarang, pemuda merupakan pilar kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan, pemuda merupakan rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya” 
(Hassan al-Banna)

sumber : abdullahmunir
READ MORE

Anda Sudah Ditarbiyah? Apa Buktinya...



Bismillah...


Jika ditanya apakah kita sudah Tarbiyah, secara formal tidak susah untuk menjawabnya kerana bukankah kita sudahpun… 

1. Ada Murabbi/yah yang mentarbiyah kita (malah bertukar ganti beberapa kali). 
2. Ada halaqah Tarbawiyah setiap minggu (bahkan ada halaqah binaan sendiri). 
3. Mendapat bahan-bahan Tarbiyah yang pelbagai dan berterusan. 

Namun, benarkah kita sudah Tarbiyah hanya kerana sudah ada Murabbi/yah? Atau sekadar dengan mengikuti halaqah mingguan dan program-program Tarbawi? Hanya kerana itu kita SUDAH Tarbiyah? 

Selain itu, apa buktinya konkretnya? 
Baiklah, sekurangnya terdapat 8 penunjuk tambahan bagi membuktikan bahawa BENAR kita SUDAH Tarbiyah iaitu: 

1. TERBUKA terhadap PERUBAHAN. 
Sepanjang menjalani Tarbiyah, kita pasti akan mengalami banyak perubahan kerana hasil akhir bagi Tarbiyah adalah berlaku perubahan (Jahiliyyah ke Umat Terbaik). Perubahan merupakan suatu Sunnah (ketetapan) Allah SWT dalam kehidupan. Dunia makin berubah, manusia semakin dewasa. 

Jadi, seorang peserta Tarbiyah mestilah mampu beradaptasi dengan perubahan yang berlaku di sekelilingnya tanpa mengurangkan iltizamnya terhadap Dakwah dan Tarbiyah. Dari tahun 1 ke tahun 4 di IPT, grad hingga bekerja, seterusnya berkahwin hingga mendapat anak. 

Contohilah Beluncas yang sentiasa bermetamorfosis menuju keadaan yang lebih baik. Ketika tiba masanya, Beluncas itu akan menjadi kepompong (ia tidak berteguh untuk terus jadi ulat). Dan pada waktu yang ditetapkan, ia bersedia merobekkan kehangatan dan keselesaan kepompongnya untuk keluar sebagai seekor rama-rama yang cantik dan mampu terbang tinggi. 

Dakwah kita juga telah berubah memasuki era yang lebih mencabar. Maka, peserta Tarbiyah perlu segera menyambut perubahan ini dengan semangat yang tinggi untuk berubah dan beradaptasi dengannya secara mental, fizikal dan spirtual. 

Jadi, SUDAHkah kita TARBIYAH?

2. BERTEGAS dengan PRINSIP, tetapi bukannya AGRESIF. 
Kita mempunyai prinsip-prinsip yang jelas terhadap kejahiliyahan, kesyirikan dan kemaksiatan. Asasnya Usul 20. Juga kita mempunyai prinsip yang jelas tentang proses menegakkan Ad-Din ini iaitu melalui strategi-strategi dakwah, tujuan-tujuan dakwah dan sebagainya.

Oleh itu, kita sentiasa bertegas untuk mempertahankannya ketika kedua-dua prinsip di atas dilanggar atau dicabar.  Namun, tidak bermakna kita bertindak keras (agresif) dengan mencela, mengutuk, merendah-rendahkan dan menfitnah kepada pelanggar atau pencabar prinsip ini. 

Tarbiyah ini mengajar kita untuk bersabar (Al-Kahfi 18:28), berhikmah (An-Nahl 16:125)dan membalas kejahatan dengan cara yang lebih baik (Fushilat 41:34). 

Apabila dakwah kita sudah terbuka dan berterus-terang nanti, Insyaallah kita akan berhadapan dengan pelbagai persoalan yang memerlukan ketegasan yang disebutkan! 

Jadi, SUDAHkah kita TARBIYAH? 

3. PERIBADI yang PRO-AKTIF. 

Peserta Tarbiyah sentiasa pro-aktif dalam perkara yang bermafaat kepada dirinya dan Islam, iaitu meliputi hal-hal dunia, dan lebih-lebih lagi untuk akhirat. (Al-Qasas 28:77). Banyak perintah Allah SWT tentang bersegera untuk kebaikan (Al-Mukminun 23:61) (Ali Imran 3:144) (Ali Imran 3:133). 

Kita tidak perlu menunggu arahan@saranan@keputusan Murabbi untuk meningkatkan pengetahuan dan keilmuan kita. Pro-aktiflah dalam mencari bahan bacaan yang bermanfaat dan jadikan pembacaan tambahan. 

Mantapkan ilmu di bidang pengkhususan sendiri dan tambahkan wawasan tentang ilmu-ilmu di luar bidang seperti fiqh, sejarah, ekonomi, sosial, sains, teknologi dan lain-lain.

Pro-aktiflah untuk menyumbang kepada dakwah. Tak perlu tunggu peluang muncul di depan mata, sebaliknya cari dan ciptalah peluang tersebut. 

Ketika dakwah sudah memasuki era masyarakat umum, jika kita bersikap pasif dan menunggu-nunggu, apakah dakwah ini akan mampu berhadapan dengan cabaran kejahiliyahan yang menanti! 

Jadi, SUDAHkah kita TARBIYAH? 

4. PERIBADI yang memiliki KESEDARAN DIRI. 

Seorang peserta Tarbiyah akan SEDAR banyak perkara setelah bergelumang dengannya. Ini kerana memang Tarbiyah itu untuk menyedarkan manusia akan hakikat sebenar kehidupan. 

Kita sedar akan kelebihan dan kekurangan diri sendiri, lalu kita tampung dengan bekerja secara Amal Jama’i. Dalam beramal jama’I pula kita berinteraksi dengan komuniti Tarbiyah yang juga mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Dalam interaksi ini kita akan kembangkan kesedaran tentang diri sendiri dan orang lain juga. 

Kita juga perlu sedar bahawa Jemaah Dakwah ini adalah sebuah institusi manusia dengan segenap kemanusiaannya. Di sana ada keunggulan, kecerdasan dan kehebatan, tetapi juga terselit kealpaan, keegoan, dan kepentingan individu. 

Sikap suka menyalahkan orang lain perlu dijauhkan. Begitu juga dengan perasaan besar diri dan menganggap diri sendiri betul, orang lain salah, tak cukup pengalaman dan sebagainya. 

Kita perlu SEDAR bahawa biarpun Jemaah ini penuh dengan kekurangan dan kelemahan, namun BERJEMAAH itu lebih menguntungkan dan menguatkan daripada keseorangan (Hadis serigala makan biri-biri yang terlepas dari kumpulan). 

Jadi, SUDAHkah kita TARBIYAH? 

5. PERIBADI yang MANDIRI dan MERDEKA. 

Tarbiyah akan melahirkan seorang yang berdikari (Qadirun ‘ala Kasbi) dan tidak terlalu bergantung terhadap ihsan orang lain.  Jiwa-jiwa Tarbiyah ini juga merdeka daripada sebarang penjajahan nafsu serakah. 

Lihatlah contoh para Rasul dan Sahabat RA yang merdeka daripada kejahatan nafsu. Bilal RA dan Sumayyah RA walaupun mereka berdua hamba, namun jiwa dan hati mereka merdeka daripada penjajahan manusia. 

Kemilau harta benda, pangkat dan wanita akan menjadi-jadi tatkala dakwah ini melebarkan pengaruh ke dalam organisasi masyarakat. Tanpa jiwa yang merdeka, adakah kita mampu bertahan dengan godaan tersebut? (At-Taubah 9: 24) 

 Jadi, SUDAHkah kita TARBIYAH? 

6. HALUS PERASAAN, tetapi bukannya EMOSIONAL. 

Tarbiyah akan menghidupkan perasaan dan sensitiviti dalam beragama. Peserta Tarbiyah sangat halus perasaannya terhadap kebaikan, dan sangat sensitif jika Islam dihina dan hukum-hukumnya dipermain-mainkan sesuka hati. 

Gelojak perasaan dalam beragama ini (EQ) adalah sebuah energi yang mendorong seorang individu itu berkeperibadian agama (religious). Contohilah Umar RA yang kasar dan keras itupun berubah menjadi seorang yang sensitif dan halus perasaannya terhadap kedaulatan Islam. 

Walaupun perasaan kita halus dan sensitif, tidak bermakna kita terlalu emosional sehingga membelakangkan rasional. Sebaliknya kewarasan hendaklah mengatasi emosi.  Jadilah seperti Abu Bakar RA masih berfikir rasional, ketika para Sahabat (termasuk Umar RA) yang terlalu emosional dengan kewafatan Rasulullah SAW. (Ali Imran 3:144) 

Dakwah kepada masyarakat umum memerlukan sensitiviti terhadap budaya dan tradisi mereka dalam beragama, kita hendaklah menanganinya dengan pernuh perasaan, tetapi tetap rasional. Contohnya dalam mengubah bid’ah dan kepercayaan karut tidak boleh secara emosional, marah-marah, sebaliknya dengan cara yang paling berhikmah. 

Jadi, SUDAHkah kita TARBIYAH? 

7. Sanggup BELAJAR dari KESILAPAN. 

Sebagai manusia, peserta Tarbiyah juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Merasa terpukul dan perih ketika tersilap itu juga adalah perasaan yang wajar dan manusiawi. Namun, kesalahan itu tidak pernah membunuh kemampuan kita untuk belajar daripada kesilapan, lalu mengubahnya menjadi kekuatan. 

Kita sedar bahawa memang kehidupan di dunia ini adalah medan ujian (Al-Mulk 67: 2); maka terkhilaf dalam ujian itu adalah normal. Tetapi, hendaklah kekhilafan itu dijadikan pengajaran di masa hadapan. 

Memang terdapat kesan kepada kita pasca kesilapan itu (seperti krisis kepercayaan diri, berkurangnya tsiqah dari rakan-rakan, dan trauma dengan hal-hal berkaitan), namun kita mesti bertanggungjawab dan menjadikan Tarbiyah sebagai sumber kekuatan! 

Kita semua pernah tersilap, namun kita tidak perlu kecewa kerana perkataan BANGKIT itu hanyalah benar-benar dimengerti oleh orang-orang yang pernah TERJATUH! 

Masa LALU adalah GURU, masa DEPAN adalah HARAPAN! 

“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” (HR Tirmidzi & Ibnu Majah) 

Jadi, SUDAHkah kita TARBIYAH? 

8. HIDUP di masa SEKARANG, REALISTIK dan berfikiran RELATIF. 

Dunia ini berwarna-warni, bukan hanya hitam dan putih. Tiada individu atau institusi yang serba putih dan sebaik malaikat. Masyarakat hari ini kenyataannya mempunyai pelbagai warna. Jika kita melihat dari kaca mata hitam putih sahaja, kita akan cenderung untuk menghukum manusia tanpa melihat dari kaca mata seni seorang da’i. 

Oleh itu, dunia memerlukan peribadi-peribadi yang mampu berfikir dan bertindak secara realistik dengan kenyataan masa sekarang.  Idea dan konsep yang diketengahkan oleh peserta Tarbiyah hendaklah realistik dengan peredaran masa, kondisi masyarakat dan relatif (berseni) dalam menghadapi kepelbagaian manusia. 

Kita tidak perlu terlalu obses dengan kisah-kisah silam, sebaliknya menjadi masa kini sebagai tempat berpijak dan bekerja. Insyaallah, dengan hidup di masa sekarang dan idea yang realistik, kenikmatan beragama itu akan turut dirasai oleh semua umat manusia dan tidak menjadi hak ekslusif sesetengah pihak sahaja.

Jadi, SUDAHkah kita TARBIYAH?

Wallahu a'lam. Moga perkongsian ini memberikan muhasabah kepada kita semua tentang jalan Tarbiyah ini.


sumber : JomTarbiyah
READ MORE

Hebatnya hanya pada kata-kata~



A : Aku rasa para daie hari ni kena buat camni, camtu, bla..bla..bla..
B : Sepatutnya kena bykkan program yg lebih mesra pemuda. Ni program yg skema, rigid. Maner la org nk join.
C : Dakwah ni kena byk sabar, arini ramai org yg berdakwah tp ikut perasaan. Baru kena kutuk sket dah melenting.
D : Kalau begini caranya perjuangkan Islam, smpai bile2 pun takkan berjaya.
E : Rosaklah Islam kalau ade pemimpin macam ni.
Macam-macam. Komentar-komentar hebat para “dai’e online”.
^_^ : Jom join usrah hujung minggu ni?
A,B,C,D,E : errrr, sori la, aku busy. Len kali la ye.
^_^ : Jom jadi ajk utk kem ibadah next week?
A,B,C,D,E : errr, sori la, aku tak sedia lagi la. Len kali la ye
^_^ : Minggu depan ade ceramah kat masjid, jom la, ajak membe2 len.
A,B,C,D,E : errr, kalau aku tak busy aku ajak. Join ke tak aku tak bleh janji la.
^_^ : Jom g daftar utk jadi pengundi nak?
A,B,C,D,E : Malas la, kalau tgk politik sekarang ni, mmg tak berkenan aku.

Alasan, alasan, alasan dan alasan kita terus beri.

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar.  Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  [an-nisa':95~96]

Hebatnya,
bila berkata-kata,
Diajak turun padang,
merasai suasana dakwah,
Diam seribu bahasa.
Bangkit wahai anak muda!!!



Sumber: Jahagifu

READ MORE

Salah Faham Terhadap Tarbiyah




Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Para pengunjung yang dikasihi,
Assalamualaikum dan Selamat Datang!

InsyaAllah, kali ini kita akan membincangkan tentang beberapa salahfaham terhadap Tarbiyah. 

Mungkin ramai daripada kita yang beranggapan bahawa apabila sudah berada di dalam sistem Tarbiyah (punyai Halaqah dan mengikuti program), maka kita sudah terselamat dari segala anasir perosak jiwa. 

Awas, kerana sesungguhnya ramai yang pernah mengikuti Tarbiyah, namun akhirnya kecewa dan tercicir dari Jalan Dakwah yang sukar dan panjang ini. 

Kegagalan boleh terjadi ketika proses Tarbiyah sedang berjalan, ataupun mungkin di awal proses bermula. Antara sebab gagalnya proses Tarbiyah adalah kerana berlaku salahfaham di kalangan Murabbi & Mutarabbi terhadap proses ini. 

Di antaranya adalah 5 salahfaham berikut: 

1. Proses Tarbiyah dianggap sebagai pemindahan (transfer) ilmu semata-mata. 
2. Persepsi bahawa Murabbi adalah segala-galanya bagi Mutarabbi. 
3. Tarbiyah dianggap sebagai proses Indoktrinasi dan Dominasi. 
4. Kaedah Tarbiyah dianggap Tetap (Tidak boleh berubah). 
5. Kecenderungan untuk melakukan “Cloning” Murabbi. 

Baiklah, mari kita lihat satu persatu salahfaham ini:

1. Proses Tarbiyah dianggap sebagai pemindahan (transfer) ilmu semata-mata. 

Ada Murabbi yang merasa tugasnya selesai apabila bahan Tarbiyah (Tajuk atau Buku dalam silibus) sudah disampaikan dan dibincangkan dengan Mutarabbi. 

Mutarabbi pula merasa sudah mendapat Tarbiyah apabila pernah dengar atau sudah membaca bahan Tarbiyah tersebut. Sehingga, jika ada Daurah yang membincangkan tajuk yang sama, mereka rasa tak perlu datang lagi. 

Akibatnya daripada salahfaham ini, tujuan sebenar Tarbiyah iaitu sebagai pengawal dalam pembentukan Iman, Fikrah dan Harakah tidak kesampaian. 

2. Persepsi bahawa Murabbi adalah segala-galanya bagi Mutarabbi. 

Ada Murabbi yang merrasa dia perlu lebih dalam segala hal daripada Mutarabbi, sehingga dirasakan sangat aib jika Mutarabbi melebihinya dalam sesuatu bidang. 

Mutarabbi pula terlalu bergantung kepada Murabbi, hingga tidak berinisiatif sendiri dalam meluaskan tsaqafah dan fikrahnya dengan pembacaan kendiri (Tarbiyah Dzatiyah). 

Akibatnya, kematangan Tarbiyah Mutarabbi menjadi terhad di sekitar ruang lingkup pengaruh Murabbinya sahaja). Mutarabbi berkembang Tarbiyahnya, tapi terbatas ilmu dan kefahamannya, iaitu tidak akan melebihi kemampuan Murabbinya.

Mutarabbi akhirnya akan memberontak dan tidak puas hati, kerana potensi atau kelebihannya dihadkan atau tidak dioptimakan sepenuhnya.

3. Tarbiyah dianggap sebagai proses Indoktrinasi dan Dominasi. 

Ada Murabbi yang menganggap ukuran keberhasilan Tarbiyah hanyalah apabila terbentuknyawala’ (taat setia) Mutarabbi kepadanya dalam segala hal. 

Tarbiyah jenis ini akan berorientasikan pokoknya wala’, yakni jika Mutarabbi meberi pandangan berlainan sedikit daripadanya, dia dianggap tidak thiqah dengan Fikrah dan Tarbiyah yang diikuti, atau dilebel sebagai produk Tarbiyah yang gagal. 

Akibatnya, Mutarabbi menjadi statik (tidak dinamik), ilmunya terbatas dan pasif (tidak pro-aktif). 

4. Kaedah Tarbiyah dianggap Tetap (Tidak boleh berubah). 

Ada pula Murabbi yang cenderung melaksanakan Tarbiyah mengikut nostalgia cara dia dahulu ditarbiyah dahulu. Dia menggunakan cara lama, tak mengikut kehendak perkembangan atau trend terkini, serta tanpa teknologi terbaru dalam Tarbiyah.

Murabbi ini menganggap bahawa kreativiti dalam proses Tarbiyah akan mengurangkan “keaslian”nya. Namun, hakikatnya dia tidak faham yang Tsawabit (Tetap) adalah Manhaj, sementara teknik dan kaedah adalah Mutaghaiyyirat (Boleh berubah dan berkembang). 

Mutarabbi yang ditarbiyah sebegini akan terus mewarisi kaedah tradisional ini dan meneruskannya kepada anak buah mereka. Akibatnya, Tarbiyah menjadi bosan, hambar dan statik. Tarbiyah juga tidak berdasarkan keperluan Mutarabbi. 

5. Kecenderungan untuk melakukan “Cloning” Murabbi. 

Ada juga Murabbi yang menganggap bahawa kejayaan Tarbiyah adalah apabila dia berjaya menghasilkan klonnya di kalangan mutarabbi. Klon ini sama dalam kecenderungan, hobi, perasaan, selera, kegemaran hinggakan kepada hal-hal yang bersifat peribadi. 

Mutarabbi pula mentafsirkan bahawa segala muwasafat (ciri-ciri) Murabbinya itu wajib dituruti olehnya, kerana ia dianggap sebagai syarat keberhasilan Tarbiyah. 

Akibatnya, kecenderungan, kelebihan dan potensi Mutarabbi tidak dapat dioptimakan. Sebagai contoh, jika Murabbinya seorang pengurus Tarbiyah, tetapi Mutarabbinya cenderung berpersatuan dan Dakwah Umum. Kemudian, Murabbinya memasukkan dia dalam Lujnah Tarbiyah... Sudah pasti kebolehan Mutarabbi menjadi terhad!  

Akibat lainnya, Mutarabbi yang tidak mampu capai spesifikasi seperti Murabbinya seperti kaya, rajin belanja orang, aktif berpersatuan, cekap main bola atau pandai pidato akan merrasa inferior dan merasa tidak layak untuk jadi Murabbi. 

Kesannya, Halaqah akan mandul kerana mustahil bagi Mutarabbi untuk “copy paste” segala ciri-ciri Murabbinya. Serta kepelbagaian manusia tidak diraikan, disebabkan proses Tarbiyah dirasakan ‘strict’ dan tidak manusiawi). 

Wallahu a'lam. Moga perkongsian ini memberikan pencerahan kepada kita semua tentang Tarbiyah!

sumber :JomTarbiyah
READ MORE

Understanding Islam :)


take some break :)



READ MORE

Berhenti bermimpi seketika~




Bismillahirrahmanirrahim :)

akhi dan ukhti fillah,
kamu orang dakwah dan tarbiyah,
kamu orang yang bekerja fisabilillah,
kamu orang yang mengejar redha Allah,
kamu orang yang menzahirkan qudwah, 
sewajarnya lisanmu tegar bicara isu ummah,
bukan sibuk mencari soleh dan solehah.

akhi dan ukhti fillah,
ketahuilah bahawa aku tidak menyalahkan fitrah,
bicara maratib amal kedua itu memang indah, 
kerana daie juga punya jiwa serta rasa,
berimpian untuk mencintai dan dicintai,
saling menguatkan atas jalan dakwah,
berkongsi cerita suka dan duka bersama. 

akhi dan ukhti fillah,
tidak salah berimaginasi akan masa hadapan,
mengharap kehadiran teman hidup sefikrah,    
mahu membina rijal ummah penerus dakwah.
sungguh beyt muslim jua sunnah Rasulullah,
malah menjadi coretan sirah nubuwwah,
meneladani ummahat tarbiyah generasi rabbani.


akhi dan ukhti fillah,
silapnya andai itu yang menjadi fokus kamu,
dialog seharian kamu asyik hal nikah,
gelak tawa menghijab jiwa penggerak kamu,
sehingga gelap pekat hati seorang muharrik,
kamu terleka dengan angan2 yang belum pasti.
terlupa bahawa kamu seharusnya menggerakkan,
terlupa saat ini dakwah keutamaan kamu,
terlupa ketenatan ummah memerlukan kamu,
terlupa meletakkan cinta Allah terlebih dahulu.

akhi dan ukhti fillah,
kembalilah kepada Rabb yang menciptakan cinta,
Dia mengetahui segala isi hati kamu,
taatilah syahadatul haq yang kamu imani itu,
serahkan cintamu setulusnya kepada pemilik hakiki,
yakinlah Dia menjanjikan kekasih terbaik untukmu,
selagi kamu memelihara hatiMu untukNya.
saat ini sedarlah bahawa ada yang lebih utama,
dakwah dan tarbiyah adalah medan realiti kamu,
berhentilah bermimpi sementara menunggu waktu,  
saatnya pasti tiba dengan izin Dia. 

(24:26)

Mendoakan dalam diam itu lebih baik.Sabarlah dalam melakukan ketaatan kepada Allah.
''Ya Allah jaga hati kami hanya untukmu,nastaghfirullah wanatubu ilaik'' :')

sumber: hidupku-lillah

READ MORE