This is an example of a HTML caption with a link.

Jangan Naik Kereta, Naiklah Unta (Bhgn 1/4)

[Amaran : Artikel ini tidak sesekali bertujuan untuk membangkitkan kekacauan apatah lagi perpecahan, tetapi sebagai rangsangan untuk kita berfikir kembali mengenai ibadah-ibadah yang kita lakukan seharian, apakah ia menuruti sunnah ataupun tidak, supaya amalan kita diterima Allah, insya Allah. Tulisan ini dirujuk dan diubah suai bahasa berdasarkan ceramah yang disampaikan oleh Dr Asri Zainal Abidin yang bertajuk 'Debat : Sunnah-Bidaah']


Menaiki kereta perbuatan bidaah?
Saya ingin memahamkan kita semua perbincangan dalam kalangan kita kaum Muslimin. Ia tidak boleh dibincangkan dengan satu perasaan emosi, benci membenci.Tetapi ia dibincangkan dengan ukhuwwah, persaudaraan Islam.

Bida'ah bukanlah istilah yang akhirnya menjadi titik kepada ukhuwwah dalam kalangan kaum muslimin. Tapi ianya satu tajuk ilmiah yang mesti dilihat dan dibincangkan bersama secara berlapang dada dan terbuka. Semoga Allah menyemaikan dalam hati kita sifat berkepentingan hanya kerana Allah dan Rasul-Nya.

Istilah bida'ah secara umum, bermaksud kita melakukan sesuatu tanpa panduan.

TEKNIKAL ATAU LITERAL?

Saya bawakan satu contoh. Kita ke kedai kopi.

"Saya mahu air kopi secawan," kita memesan kepada tuan kedai.

"Maaf, cik. Kopi sudah habis," balas sang pemilik kedai.

"Apa ni? Kedai kopi, tapi tak ada kopi!" mungkin inilah reaksi kita, mungkin juga tidak.

Dan umumnya, kita memahami kedai kopi adalah kedai yang menjual minuman-minuman lain juga, bukan hanya air kopi. Maka, tidak hairanlah kalau kedai kopi tidak menjual air kopi.

Dalam hal bidaah, ramai dalam kalangan ulama' mengeluarkan pelbagai maksud istilah ini. Menurut Ustaz Dr Asri Zainal Abidin (bekas mufti negeri Perlis), istilah yang paling tepat adalah istilah yang digunakan oleh Imam Asy-Syatibi (meninggal pada tahun 790H), seorang ulama besar dalam usul fiqh.

REKAAN DALAM AGAMA DAN BIDAAH

Dalam kitabnya Al-'Itisam, Asy-Syatibi mengatakan bidaah itu ialah;
"Jalan yang direka dalam agama yang menyerupai syariah. Tujuan beramal adalah untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah."
 Al-Imam Syatibi menghuraikan lanjut tentang apa yang diperkatakannya;
"Dikaitkan jalan dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama. Dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia, tidak dinamakan bidaah."
Sebagai contohnya, menaiki kereta tidak dinamakan bidaah kerana ia hanyalah tergolong khusus dalam urusan dunia, tidak disandarkan kepada agama.

Seterusnya, Imam Syatibi menyatakan;
"Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada;
1) Apa yang ada asal dalam syariah dan;
2) Apa yang tiada asal dalam syariah;
Maka yang dimaksudkan dengan takrif ini ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada syari'(daripada Allah SWT).

Ini kerana ciri khas bidaah ialah terkeluar daripada apa yang digariskan oleh asy-syari' (daripada Allah SWT). Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bidaah) segala yang jelas, rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, mufradat bahasa, usul fiqh, usuluddin dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariah.

Segala ilmu ini walaupun tiada pada zaman awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak. Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul, dan apa yang menyerupainya, apa yang terdiri ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syarak sebagai bidaah.

Sesiapa yang menamakannya bidaah atas dasar-dasar majaz (bahasa kiasan), seperti Umar Al-Khattab r.a. yang menamakan bidaah solat orang ramai pada bulan Ramadhan, atau atas kejahilan untuk membezakan antara sunnah dan bidaah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang."
Disambung lagi dalam buku yang sama;
"Menyerupai jalan syarak, sedangkan pada hakikatnya bukan daripada syarak, bahkan ianya menyanggahi syarak. Antaranya meletakkan batasan-batasan seperti seperti seorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk. Itu bidaah.

Berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasingkan diri untuk beribadah, mengehadkan pakaian dan makanan daripada jenis-jenis tertentu tanpa sebab adalah bidaah.

Antaranya beriltizam dengan cara (kaifiyat) dan hai-at tertentu, seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan pada hari lahir nabi dan seumpamanya."
Berbeza buat upacara kelahiran nabi dengan zikra-rasul (mengingati rasul),
iaitu mengadakan satu upacara khas dan beriktiqad bahawa ruh nabi SAW menghadiri majlis khas tertentu seperti yang diiktiqad oleh sebahagian daripada jalan-jalan sufiyyah (pemahaman sufi).

Ditambah lagi;
"Antaranya (yang dianggap bidaah adalah) beriltizam dengan ibadah tertentu, pada waktu tertentu, sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak, seperti beriltizam puasa pada nisfu syaaban, dan berpuasa pada malamnya."
Kelebihan nisfu syaaban itu benar dan sahih seperti yang diriwayatkan oleh ibnu Hibban, dalam sanadnya tidak menyebut kaifiyat ibadah-ibadah tertentu. Hanya disebutkan Allah mengampunkan hamba-hambanya kecuali dua golongan, iaitu orang musyrik dan orang yang bermusuhan sesama sendiri.

Kemudian Imam Syatibi menyambung lagi;
Kemudian, bidaah-bidaah (adalah apabila sesuatu perkara) tersebut disamakan dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu adalah dengan perkara yang tidak disyariatkan, maka ianya bukan bidaah. Tetapi ianya adalah perbuatan-perbuatan adat kebiasaan.
Sebagai contoh, adat dalam kalangan masyarakat Melayu. Berzanji dilaksanakan dalam kenduri-kendara untuk memeriahkan lagi majlis. Itu disandarkan sebagai adat Melayu.

BIDAAH, ADAT DAN IBADAH

Kebanyakan pendukung ibadah-ibadah yang tiada dalam syarak ini melakukannya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan ibadah kerana manusia dan jin tidak diciptakan melainkan untuk beribadah. Malangnya, perkara-perkara yang dilakukan itu adalah dengan cara yang tidak ditunjukkan oleh Rasul.

Walhal, undang-undang dan peraturan yang Allah sudah tetapkan dalam syarak itu sudah memadai. Seterusnya Asy-Syatibi menyebut;
"Telah jelas dengan ikatan ini, bahawa bidaah tidak termasuk dalam adat. Apa saja jalan yang direka dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan, tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ianya terkeluar daripada nama ini (bidaah)."
(Bersambung ke Siri 2)

READ MORE


Hasil nukilan daripada bulatan el-classicco

Puisi dari super saiya 1
Disaat mataku terbuka,
Ku tatap suasana di sekitar,
Hijau pokok biru langit terbentang nyata,
Keindahan yang tiada taranya.
Ku berjalan-jalan di tepian pantai,
Tapak kakiku memijak halus butiran pasir,
Tapak tanganku menadah masin lautan,
Mataku menangkap terbangan burung di awangan.
Tiada lagi persoalan,
Tiada lagi keraguan,
Hanya keyakinan di hati,
Allah tuhanku yang diyakini.
Ada manusia yang bodoh sombong,
Konon bijak mengaku tuhan,
Sedangkan air setitik tak mampu tercipta,

Ada hati melawan yang esa.













Puisi dari super saiya 2
Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allahuakbar,
Zikir-zikir memujimu,
Sering ku dengar, kulafaz,
Tanpa ku sedari,
Dalam diam pepohon juga berzikir,
kebesaranMu tidak dapat diukur
dek pembaris ataupun pita pengukur,
siang ku kau pancarkan sinar mentari
dan malam ku Kau suluh pula cahaya purnama,
hidupku sentiasa diselubungi tanda kekuasaanMu,
menjadi pemandu yang membawa ku jalan menuju pada Mu,
namun,
kenikmatan yang berpenghujung membutakan
mata, hati dan jiwa,
meresap dalam kegelapan telah menjadi norma hidupku,
bahkan aku seronok hidup seperti itu,
kini,
segalanya terang nan indah,
nikmatnya islam makin kurasai,
kau menjadi tempatku meminta,
dan kau jugalah yang memberi kebahgiaan,
doaku hanya satu,
jadikan aku selamanya hambaMu yang bertakwa















puisi dari super saiya 3
hidup sebagai manusia begitu banyak cabaran dan dugaannya,
semalam kau diuji,
esok juga kau diuji,
wahai manusia,
adakah kau letih apabila diuji?
Adakah kau tidak tahu apakah makna syukur?
Cubalah kau lihat pada lukisan alam,
Jadilah kau seperti rumput,
Yang lemah lembut tak lurut di pukul ribut,
Jadilah kau seperti terumbu karang di dasar lautan,
Tak terusik di landa badai.
Wahai manusia,
Pabila kau diuji,
Hitunglah nikmat yang telah Allah beri padamu,
Nescaya,
Pasti tidak terhitung banyaknya.
Wahai manusia,
Dengan nikmat-nikmat yang telah Allah beri,
Adakah kau masih ingin mengeluh?
Adakah kau masih ingin menangis?
Adakah kau masih ingin meronta?
Bersyukurlah wahai manusia,
Pada tuhan yang menciptakanmu.













Puisi dari super saiya 4
Dimanak dia fajar mentari,
Dimanakah dia terang bulan,
Tanpa ada yang mengawasinya.
Tenang sungguh lautan biru,
Pantas air aliran sungai,
Pasti ada yang mengalirkannya.
Subur dan segar tumbuhan hijau,
Kukuh dan gagah gunung ganang,
Tidak berdiri dengan sendirinya.
Apakah buta dan tuli hati ini?
Masih meragui kewujudanNya
Ya Allah bukakanlah pintu hati ini,
Untuk mencari ketenangan abadi.





(Pantai cherating, 9/6/2013, 2.30 pm-3.00 pm)

                                                                                                      


                                                                                                     Kita menyeru hanya kepada-Dia (Nya)

READ MORE