Penyebaran hadith palsu dan kesannya dalam kehidupan Muslim
IKRAM Siswa UIAM Kuantan | Isnin, Mei 12, 2014 |
ISU SEMASA
Oleh: Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman
1. Antara punca munculnya golongan yang mencipta hadith palsu ialah sikap masyarakat yang meninggalkan al-Quran. Nuh bin Abu Maryam telah mencipta hadith berkaitan fadhilat membaca surah-surah al-Quran.
Abu Ismah Nuh bin Abi Maryam atau yang lebih dikenali sebagai Nuh al-Jami’. Beliau sendiri membuat pengakuan bahawa beliau mencipta hadith palsu bahawa kononnya riwayat itu dari Ibnu Abbas, menjelaskan tentang fadhilat surah-surah di dalam al-Quran, satu surah demi satu surah yang lain. Dengan suatu tujuan yang zahirnya kelihatan baik, iaitu untuk menggalakan orang ramai melakukan kebaikan dan membenci kejahatan, orang-orang seperti Nuh al-Jami’ ini mereka-reka riwayat palsu dan menisbahkannya kepada Nabi SAW. Ketika Nuh al-Jami’ ditanya tentang sebab beliau mengada-adakan riwayat palsu berkenaan, beliau menjawab, “Aku lihat orang ramai telah meninggalkan al-Quran, dan sebaliknya mereka sibuk mempelajari Fiqh Abu Hanifah serta Maghazi Ibn Ishaq. Kerana itulah aku mencipta hadith tentang kelebihan surah-surah di dalam al-Quran untuk mengembalikan manusia kepada al-Quran!” [Al-Maudhu’aat oleh Ibn al-Jauzi, 1:240]
AKHLAK
IKRAM Siswa UIAM Kuantan | Selasa, April 01, 2014 |
Saat berbicara tentang kemuliaan, tanyailah diri Anda :
Mana shalat tahajjudmu? Mana puasamu saat siang yang terik menyengat?
Mana sumbangan terhadap anak yatim?
Namun Nabi bersabda,
"Sesungguhnya sesuatu yang paling berat timbangannya
adalah budi pekerti yang agung"
[Semulia akhlak Nabi - Amru Khalid]
Bila kita berjumpa dengan sesuatu barang atau pun seseorang, perkara pertama yang akan di buat adalah melihat. Dan melihat itu pastinya dengan mata. Keunikan pada mata ini adalah, setiap apa yang terlintas di tangkap atau ‘capture’ oleh mata akan memberi simulasi kepada urat-urat mata yang akhirnya sampai di titik retina dimana info tentang objek tersebut akan di bawa kepada otak yang seterusnya akan menginterpretasi apa yang di lihat. Perkara ini tidak dapat dielak dan secara automatik akan berlaku tanpa kita sedari.
Perkara yang
kita lihat itu, tidak kira lah apa pun, adalah ‘appearance’ atau rupa bentuk.
Bila disebut tentang rupa, ia tidak semestinya berbentuk fizikal. Boleh jadi
rupa itu adalah tentang bagaimana sesuatu perkara itu dipersembahkan. Dan
selalunya apa yang di-interpretasikan oleh otak, adalah gambaran berbentuk
subjektif. Contohnya kita melihat sebuah kotak empat segi. Perkara yang akan
digambarkan adalah sama ada kotak tersebut cantik atau tidak. Bukan pada
seginya sama rata, atau pada permukaannya licin atau kasar. Penilaian-penilaian
yang terperinci seperti itu berlaku bila kita benar-benar melihat
sedalam-dalamnya. Tetapi perkara yang lebih penting di sini adalah penilaian
yang umum, yang di lihat pada aspek kasar penglihatan seseorang. Perkara ini
lah yang digambarkan sebagai akhlaq.
Disini lah
bermula peri pentingnya kita menjaga akhlaq kerana perkara pertama yang berlaku
apabila manusia sekeliling melihat kita, gambaran subjektif yang akan terpancar
adalah ‘inilah Islam’. Setelah diteliti, baru lah mereka akan mula membezakan
sama ada ianya adalah tabiat peribadi, dipengaruhi unsur adat, kebiasaan
perkauman atau benar-benar ajaran Islam. Malangnya, tak semua manusia yang
melihat kita, akan meneliti benar-benar tentang dasar setiap sesuatu perbuatan
kita.
Penjagaan
akhlaq adalah sangat penting dalam Islam. Sebelum Nabi Muhammad s.a.w diangkat
menjadi Rasul, Allah sangat menjaga pembentukan peribadi baginda dari kecil
hinggalah dewasa. Bahkan tanpa sebarang kelebihan mukjizat sekalipun, baginda
sudah terkenal dalam kalangan penduduk Mekkah dengan akhlaqnya yang begitu
tinggi dan mulia. Benar, Nabi itu maksum dan terpelihara. Mana mungkin akhlaq
kita boleh menjadi sesempurna Nabi demi untuk menjaga nama baik Islam. Sebab
itu dikatakan pada awalnya, yang penting adalah pada permulaan penglihatan itu.
Kerana disitu mulanya manusia menilai Islam yang ada pada kita. Bila dilihat
secara teliti, pastinya kita mempunyai cacat cela dan kelemahan diri yang sukar
untuk disembunyikan namun itu bukanlah soalnya.
Allah
berfirman dalam surah Al-Qalam (4) : Wa innaka la’ala khuluqin azhim. Akhlaq
yang mulia ini begitu penting kerana ia mempersembahkan ketulusan dan kebenaran
tentang kefahaman dan kepercayaan kita dalam sesuatu perkara. Ianya bahkan
menjadi satu kayu pengukur untuk membezakan adakah benar kalau-kalau Nabi
Muhammad ini sebenarnya gila atau tidak. Pentingnya menjaga akhlaq – ia
menentukan penerimaan manusia terhadap apa-apa yang kita bawa atau katakan
melalui ‘appearance’ yang kita tunjuk di permulaannya.
Satu cara
mudah untuk mula menjaga akhlaq, baik dikala berseorangan, atau beramai-ramai.
Cuba bayangkan ada seorang bukan islam yang sentiasa bersama kita di mana
sahaja kita pergi. Dan setiap gerak geri kita akan ditanya oleh nya; adakah ini
yang diajar Islam? Bermula dengan cara kita menyusun selipar, cara makan,
sehinggalah cara kita menguruskan ‘laundry’ kita. Perkara kecil, tetapi jika
benar Islam itu diambil sebagai cara hidup, pasti sekecil-kecil perkara pun ada
ciri keislamannya.
Berlari dan terus berlari
IKRAM Siswa UIAM Kuantan | Khamis, Mac 13, 2014 |
![]() |
| [Kredit] |
Hidup sebagai pelajar umpama berjalan di atas suatu lorong. Hujung lorong itulah graduasi. Kita berlari-lari ingin sampai ke penghujung jalan itu-hari graduasi. Tapi sedarkah kita di kiri kanan adanya pokok-pokok yang buahnya ialah amal soleh? Tak kurang juga sepanjang jalan adanya duri-duri maksiat.
Adakah kita berlari-lari tanpa memetik segala buah amal yang ada sepanjang jalan? Pagi dan malam kita hanya pada belajar, hingga lupa apa lagi yang Allah perintahkan. Begitu tergesa-gesa kita berlari hingga tidak sedar terpijak duri-duri dosa.
Bukankah hidup kita hanya sebentar? Kita khuatiri jika kita tidak pun sampai ke hari graduasi. Kematian boleh menjemput bila-bila masa sahaja. Kita tidak kutip buah-buah amal. Apa yang mampu kita serahkan kepada Allah? Jika sungguh kita capai ke hujung jalan graduasi, akan ada jalan lain bernama jalan kerjaya. Berapa lama ingin kita berjalan dan berjalan tanpa menghiraukan buah-buah amal soleh yang kita boleh kutip di sepanjang perjalanan hidup kita? Ajak kawan solat berjemaah, memantapkan keimanan dengan amal-amal sunat yang lengkap dan membantu kerja-kerja Islam di sekeliling. Semua ini adalah buah amal.
Siapakah kita? Seorang pelari hidup yang sibuk pagi dan malam tanpa menghiraukan ajakan-ajakan dakwah? Ayuh kita berubah, kita ingin jadi soleh dan musleh.
Muhammad Shahid Bin Shamsul Anuar
Ukhti, Maafkan aku..
IKRAM Siswa UIAM Kuantan | Khamis, Mac 13, 2014 |
![]() |
| [Kredit] |
Ukhti.. Maaf, aku silap!
Aku tersilap dalam membuat pertimbangan. Hajatku hanya untuk meringankan beban, kerana engkau insan yang kusayang. Namun mungkin kerana kelemahan dalam menyampaikan tujuan, jiwamu yang terbeban itu akhirnya terluka meninggalkan kesan.
Ukhti.. Maaf, Aku silap!
Di saat itu mungkin kerana lemahnya iman, maka keputusan yang aku pilih bukan pada mata kaca islam. Tindakan yang aku lakukan bukan keran cinta dan kasih sayang. Tetapi berlandaskan emosi dan hasutan syaitan! Lantas tindakan yang terzahir bukanlah tidakan yang diharapkan.
Ukhti.. Maaf, Aku silap!
Aku berharap dirimu bisa memaafkan aku. Aku berharap dirimu bias senyum kepadaku. Kerana sungguh, aku rindu gelak tawamu, aku rindu gurauan mesramu. Sungguh, aku sangat merinduimu sahabatku.
Wanita. Secara fitrahnya mempunyai hati yang lembut, jiwa yang mudah terluka, perasaan yang mudah kecewa. Maka wahai diri, saat dirimu terluka, mungkin saja kelukaan itu adalah kesilapan dia. Tetapi mungkin juga kelukaan itu adalah kesilapan dirimu. Namun, bukanlah kesilapan siapa yang perlu diperdebatkan tetapi iman itulah yang perlu direnung-renungkan!
Kerana hakikatnya, persahabatan itu adalah kesan kepada iman.
Justeru, andai dirimu terluka, periksalah imanmu, periksalah hubunganmu dengan Sang Pencipta. Mungkin saja kerana imanmu lemah maka Allah mengujimu dengan ujian persahabatan ini, agar dirimu yakin bahawa Allah yang memegang hati-hati manusia. Mungkin inilah peluang untukmu lebih mengenali peribadi sahabatmu. Mungkin inilah peluang untukmu menjadi lebih erat dengan sahabatmu.
Saat ikatan melemah,
Saat keakraban kita merapuh,
Saat salam terasa menyakitkan,
Saat kebersamaan serasa siksaan,
Saat pemberian bagai bara api,
Saat kebaikan justeru melukai,
Aku tahu yang rombeng bukan ukhuwah kita.
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit,
atau mengerdil.
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu terlebih sering,
imankulah yang compang-camping.
[Kubaca Firman Persaudaraan, Salim A Fillah]
Duhai Ukhti,
Belajarlah
memaafkan agar jiwa menjadi tenang, belajarlah mengalah agar dirimu
tidak lelah. Kerana jiwamu memerlukan kasih sayang insan bergelar
sahabat..
Ennque,
Pelajar Tahun 2 Kuliyah Perubatan UIAM
PEDULI UMMAH
IKRAM Siswa UIAM Kuantan | Selasa, Februari 25, 2014 |
KOMIK
"Tidak sempurna iman seseorang
itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya
sebagaimana ia mengasihi
dirinya sendiri"
-Riwayat Bukhari da Muslim-
90% Rezeki dalam Perniagaan. BENARKAH?
Shizune | Selasa, Januari 28, 2014 |
Hadis Lemah Mengenai Besarnya Keuntungan Berdagang sebab:
1. Sanadnya mursal (tidak bersambung).
Nu'aim bin 'Abdirrahman al-Azdi adalah seorang Tabiin (generasi selepas sahabat) dan tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah.
2. Nu'aim bin Abdirrahman al-Azdi adalah majhul (tidak dikenali).
Rujuk gambar untuk mengetahui sumbernya.




