PEMUDA OSEM KUASA 5
Mriylias | Selasa, Februari 12, 2013 |
KISAH SAHABAT
(gambar sekadar hiasan)
Salam,wah apakah tajuk macam ni pemuda osem kuasa 5? Boboiboy pon kuasa 3 ja kot..hang nak tarik audience ke apa buat tajuk macam ni? Mengarut apa cerita hang ni? Tajuk macam pelik ja? Err..xde la pelik sangat ok ja,angel pakai gucci punya tajuk lagi pelik kot dengan raksaksa gorgon la,super saiya tahap ketujuh la.ok je pun..best kot blog angel..tapi….tapi..mungkin xdak kena mengena kot tajuk dengan apa yang nak cakap kat sini,tapi apa pon hang baca la dulu..pastu pandai-pandai la hang relate dengan tajuk sendiri..hehe..errk..ok..so,apa nak cerita ni?
Ok,mode serius.
Sungguh, malu sebernarnya kalam ingin mencoret kisah tentang sahabat rasullah yang sangat hebat ini. Siapalah diri yang hina ini untuk melakar dan mengisahkan tentang seorang sahabat rasullah,berjumpa pun tak pernah,bersua apatah lagi. Namun, cerita sahabat ini telah ku bincangkan di dalam bulatan untuk diambil pengajaran bersama. Maka, apa salahnya ia ditukar dalam tulisan pula.
Sahabat yang tidak asing ini namanya ialah Abdullah bin abu quhafah. Ha! Sudah kenal bukan? Dialah yang mendapat gelaran as-siddiq yang membawa maksud yang membenarkan. Dialah Saidina Abu Bakar As-siddiq yang menjadi saksi hijrah rasullah ke madinah kerana beliau berhijrah bersama rasullah, dialah yang yang menggantikan rasullah menjadi imam saat rasullah dalam keadaan gering dan dialah khalifah pertama untuk ummat islam. Beliaulah sahabat setia, pedamping yang baik, menaruh sepenuh kepercayaan disaat yang lain penuh keraguan, dan dialah bapa mertua kepada rasullah. Sungguh jika disela satu persatu sirah beliau tak mampu untuk ku menulis disini kerana banyaknya sumbangan beliau untuk islam.
Bukanlah disini untuk membuka satu demi satu lembaran sirah beliau, namun beberapa point dan pengajaran yang sangat terkesan dia hati dan ditekan dalam bulatanku untuk dikongsikan dengan pembaca sekalian. Pengajaran pertama, mari teliti sirah ini.
“Kota madinah gempar hari tu. Penuh syahdu. Hari yang tidak pernah dibayangkan oleh sahabat. Hari yang mendukacitakan bagi ummat. Turun nya surah an-nashr merupakan petanda awal. Pembukaan mekah (fathul mekah) yang penuh gilang-gemilang merupakan petanda awal kesedihan pada hari ini.
“apabila datang pertolongan Allah dan
kemenangan (1) dan kamu melihat manusia masuk agama allah dengan
berbondong-bondong (2) maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohonlah
ampunan kepada-Nya. Sesungguhnya, dia adalah maha penerima taubat”
"Tugas baginda sudah selesai sebagai, maka ajalnya hampir tiba. Dan hari ini buktinya. Madinah menjadi suram. Madinah dipenuhi dengan tangisan. Sahabat-sahabat penuh kedukaan. Perginya seorang kekasih,perginya seorang insan mulia. Air mata mengalir lesu dan laju,bagai tiada tanda-tanda mahu berhenti. Teresak-esak. Janggut menjadi basah dengan linangan,pipi menjadi lembap dengan aliran air mata bersungkawa. Siapakah peganti insan mulia ini? Adakah manusia yang lebih mulia dari akhlak baginda? Wajah bercahaya purnama itu tidak lagi dapat ditatap oleh penduduk mekah. Tertunduk sahabat kesedihan.pilu. para wanita menjadi luluh,kanak-kanak juga mengerti,para pemuda apatah lagi. Di tengah keadaan penuh lara itu, umar al-khattab bangkit di luar rumah berteriak rasullah tidak mati. Abu bakar segera menenangkan dengan membaca surah Ali-imran:144"
“Muhammad
itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya
beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke
belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat
mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan
kepada orang-orang yang bersyukur.”
"Ketika mendengar ayat ini, umar menghentikan teriakannya dan menjadi tenang, seolah olah dia belum pernah mendengar ayat itu sama sekali”
Air mata mengalir bila mengenangkan kisah kewafatan insan agung ini. Di saat penuh kedukaan,Abu bakar menuturkan ayat yang membuat sebuah jiwa bangkit dan sedar. Sungguh, pengajaran daripada saidina Abu Bakar ialah kecintaan kepada rasullah dengan sebuah kecintaan yang benar. Sebuah kecintaan yg penuh suluhan hidayah dan ketenangan. Bukan seperti kisah cinta kita hari ni. Konon cinta itu buta.lihat cinta ini, ia tidak pernah membutakan, malah ia menyinarkan. Cinta Abu Bakar As-Siddiq ini bukan cinta ikut-ikutan tapi sebuah cinta penuh kesedaran. Cinta yang dipamerkan juga buka cinta hanya penuh emosi semata namun penuh dengan praktikal dan rasional. Berbeza bukan denga cinta kita kepada rasullah? Alah..dia sahabat…mesti itu yang terlintas difikiran…maka contohilah mereka,semampu kita. Boleh kan? J Terapkan dalam diri kita kecintaan kepada baginda..caranya? tepuk dada tny iman? Bincangkan dalam bulatan anda.. J hidupkan sunnah.
Pengajaran kedua. Tahukah anda dalam 10 sahabat yang dijamin masuk syurga lima daripadanya diislamkan melalui Abu Bakar As-siddiq. Mereka ialah Zubair bin awwam, usman bin affan, talhah bin ubaidah, saad bin abi waqas dan abdurahman bin Auf. Wah.. famous sahabat-sahabat ni. Semuanya membawa sumbangan yang besar terhadap dakwah islam. Dan..pernah anda mendengar hadis ini.
“Daripada Sahl Bin Sa’ad Radhiyallaahu ‘Anhu bahawa rasullaah shollallaahu ‘Alaihi wa sallaam pernah bersabda. “Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seorang sahaja (kerana da’wah) melalui dirimu , (itu) adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu memiliki unta-unta merah”Riwayat Bukhari, muslim dan Ahmad
Atau hadis yang lain..
“Jika Allah SWT memberikan hidayah kepada seseorang lantaran anda,itu lebih baik bagimu daripada dunia dan seisinya”Hadis riwayat at tabrani
Wah..besar bukan pahala mengajak dan manusia lain kearah kebaikkan. Ini tawaran yang sangat lumayan dari Allah. Tak nak ke? Dan bayangkan apabila manusia itu beramal dan melakukan kebaikan atas apa yang kita serukan itu setiap kali dia beramal hingga akhir hayatnya maka pahala akan terus dapat kepada kita juga. Lihat kepada kisah Abu Bakar pada awalnya masuk islam sangat bersungguh-sungguh mengajak manusia ke arah kebenaran islam. Sungguh hanya kalimah tauhid sahaja yang disampaikan ketika itu,namun telah merubah segala kehidupan. Refleksi kepada kita hari ini,apakah apa yang kita dapat dalam bulatan itu merubah kita? Dan kita sampaikan kepada yang lain? sampaikanlah kebaikan dan kebenaran walau dengan hanya satu kalimah.
Semoga ini menjadi pengajaran dan semangat untuk anda dan saya
Kita menyeru hanya kepada-Dia (Nya)
Jom Muhasabah Diri - Aku Sukarelawan Yang Bagaimana?
Shizune | Jumaat, Februari 01, 2013 |
Assalamualaikum.
[Sukarelawan Islam]
Apabila disebut perkataan sukarelawan Islam, maka yang terlintas di fikiran kita; 'saya datang tolong bila saya rasa saya free' dan kualiti kerja seperti menuang air ke daun keladi. Janji siap tanpa peduli kualiti kerja dan kadang-kala tidak siap langsung.
Sesuatu yang menarik tentang sukarelawan Belum Islam yang saya kenali dan pernah terlibat sebelum & selepas memeluk Islam adalah kualiti kerja mereka adalah 1st class. Bila diminta hadir pukul 7.00am maka mereka akan berada di sana paling lewat 6.45am. Mereka terdiri dari remaja & juga golongan professional yang telah berumah tangga dan mereka mencari sebab untuk menjadi sebahagian dari pasukan. Walaupun banyak yang mereka sumbangkan dan mengorbankan masa mereka, mereka sentiasa merasa tak banyak sumbangan mereka dan konsisten dalam kerja.
Definisi sukarelawan dalam Islam adalah sepatutnya; 'saya akan mencari masa untuk menyumbang.' Sukarelawan Islam selalu 'On Call' untuk menyahut dan menerima tugasan. Taat kepada Amir selagi ianya tidak bercanggah dengan tuntutan Islam walaupun diri kita tidak setuju sebagaimana Umar ibn Khattab taat kepada Abu Bakar. Kualiti kerja mestilah sentiasa tip top & bukannya melepaskan batuk di tangga.
Melihat situasi ini, tidak hairanlah organisasi Belum Islam memandang rendah terhadap organisasi Islam & umat Islam. Cakap tak serupa bikin kononnya standard Islam adalah terbaik tetapi kualiti sebenar tak sehebat mana. Lawatlah mana-mana organisasi Islam & juga lihatlah kepada event yang mereka anjurkan adalah tidak profesional & budaya tidak apa masih menebal. Bukan semua organisasi Islam begitu tetapi banyak.
Masa untuk diri kita sendiri bermuhasabah adakah kita ikhlas melakukannya demi Allah dan mengharapkan keredhaan-Nya atau kita mencari pujian makhluk-Nya? Atau kita akan mencari seribu satu alasan bagi menutup kelemahan kita serta menjustifikasi tindakan kita? Wallahualam..
{[:-)#
copied from facebook Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)
Jadi, bagaimana dengan kita?
"Tolong waktu aku free saja dan secara sambil lewa" atau "aku bersedia menghulurkan pertolongan dan akan memberikan bantuan sebaik mungkin yang aku dapat berikan"?
Muhasabah diri kita jom.. Kalau kita perasan kawan-kawan kita kureng sikit, apa kata kita saling nasihat menasihati dan bantu membantu supaya sama-sama menjadi super duper hebat gilang gemilang. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang, ya tak? Jadi, ajaklah sahabat-sahabat kita sekali untuk masuk syurga berbondong-bondong. Hoyeahh~
Akhir sekali yang paling penting ialah jangan lupa berdoa memohon kepada Allah supaya memudahkan kita untuk menjadi "Sukarelawan yang benar-benar Islam". Ingat lagi tak apa yang Allah janji sebagaimana dalam Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
(Shahih Muslim No.4832)
Usahalah yang semampu yang kita mampu. Allah tahu kemampuan anda. Setiap orang mempunyai kemampuan dan kelebihan masing. Jadi hanya kita sendiri yang tahu sebanyak mana yang kita perlu buat.
Penganjuran Program Yang Professional [Part 2/2]
Shizune | Ahad, Januari 27, 2013 |
HIDAYAH CENTRE
Asalamualaikum.. Ni hao.. Konnichiwa~
Artikel ni adalah sambungan untuk artikel bahagian pertama.
Berikut adalah 10 lagi cara untuk menganjurkan program secara profesional.
11. PERKARA TEKNIKAL - AIRCOND, PA SYSTEM
- Kalau dewan atau bilik tu besar, pastikan pasang aircond awal, mungkin 30 minit sebelum program bermula. Ada sesetengah penceramah tidak tahan suasana panas.
- Pastikan PA system, microphone, speaker semua berfungsi dengan baik.
- Pastikan ada technician yang boleh bantu sekiranya tiba-tiba masalah muncul.
- Sediakan paling kurang 2 mikrofon. satu bahagian lelaki satu bahagian perempuan.
- Setiap program mesti ada masalah peserta balik awal kan? Macam mana nak 'tahan' mereka-mereka itu? Mungkin boleh cuba cara ni. Simple tapi berkesan.
(1) Cari sponsor apa-apa
(2) Setiap orang yang masuk ke dewan tersebut akan diberikan nombor
(3) Beli hadiah besar-besar macam hamper dan letak kat atas pentas.
Amacam? Kalau anda, nak balik awal lagi tak? Mesti nak tunggu sampai habis. Mana tahu nasib anda kali ni dapat nombor bertuah. haha
12. BILANGAN FASILITATOR YANG CUKUP
- Faci mesti memastikan peserta yang datang awal untuk mengisi tempat dihadapan sekali. Ini penting bagi mengelakkan gangguan jika peserta lain datang lewat.
- Faci mesti berdiri berdekatan mikrofon dan brief peserta yang ingin bertanya soalan. Cakap: Each of you can only ask one question only. If you have more question, please que at the back. Please stay-back after ask because maybe the speaker need to ask some some question for clarification. Don't give minispeech.
- Faci mesti membenarkan non-Muslim untuk bertanya (tak perlu beratur tunggu giliran). Hal ini kerana ceramah perbandingan agama menyasarkan non-Muslim.
13. EVALUATION FORM
- please prepare evaluation form for feedback. Ni penting dan wajib buat supaya kita tak syok sendiri buat program.
14. START ON-TIME
Sebagai seorang Muslim, kita mestilah menepati janji. Pastikan program mula pada waktu yang dijanjikan. Sekira dewan tersebut hanya dipenuhi oleh separuh peserta, teruskan sahaja. Jika kita terus menanti peserta yang lain, kita hanya akan memberikan ganjaran (we reward those who come late) kepada yang datang lambat.Orang juga akan hilang kepercayaan kepada penganjur kerana tidak menepati masa.
Mereka yang datang lambat juga mungkin akan berazam untuk datang awal selepas ini jika kita yang menganjurkan program kerana kita tidak akan menunggu mereka. Bukan penganjur yang rugi, tetapi peserta (mereka) lah yang rugi.
15. MASA MINIMUM PROGRAM
Pastikan masa yang cukup untuk setiap penceramah hendak memberikan ucapan. Kebiasaannya forum akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam.
16. JURUKAMERA
Sekurang-kurangnya ada dalam dua hingga tiga orang.
17. PROMOSI - TAYANGAN VIDEO
- Tayang video pendek sebelum program bermula.
- Video juga boleh digunakan untuk tujuan promosi
- Kita interview orang dan rakam. Boleh tanya soalan macam ni : We are going to organize this that. So, what is your opinion when first heard about this? Any comment about...?
- Pasang video yang sesuai waktu rehat (break)
18. MODERATOR
- Mesti orang Muslim supaya dia boleh mengawal keadaan (can control the floor)
- Tak perlu buka majlis dengan al-Fatihah jika ia bukan program orang-orang Islam. Kalau nak juga buat doa, pastikan adil. Doa yang universal. Contoh : Pray to Al-Mighty God. Jangan sebut Allah. Sebab kalau kita sebut Allah, orang Kristian pun nak sebut tuhan Jesus, orang Hindu nak sebut tuhan Krishna, orang China nak sebut tuhan Kuan Ying. nampak kan..?
- Kurangkan pengunaan istilah arab. Kalau guna pun, jangan panjang sangat.
- Mesti tahu cara macam mana nak perkenalkan diri sendiri dan penceramah yang hadir
- Mesti sebut dan bagi undang-undang (rules) untuk ceramah. Contoh: Peserta mestilah bertanya soalan yang berkaitan dengan subjek/perkara yang dibincangkan.
- Sediakan kertas gulung kecil supaya penceramah dapat cabut undi siapa yang akan mula cakap dulu.Untuk closing remark, kita terbalikkan susunannya. Kalau boleh, penceramah Muslim cabut undi akhir sekali. Cara ini akan nampak lebih adil.
19. ALERT TELEFON
Sila pastikan jika anda adalah orang penting yang akan dihubungi oleh penceramah atau sesiapa saja, pastikan alert, answer call, and reply SMS. Ringan-ringankan tangan anda. Jangan kerana kita, semua kerja orang lain tergendala atau kita telah menyusahkan orang lain tanpa kita sedar!
Biasa hadapi tak situasi macam ni:
Encik A call, Prof B tak angkat.
Prof B call balik, Encik A tak angkat.
Encik A SMS, Prof B tak balas.
Prof B SMS, Encik A tak balas.
Dua2 jadi akan bengang tak tentu pasal.
20. SEDIAKAN PELAPIS
- Jangan lupa untuk menyediakan pelapis yang dapat meneruskan usaha yang telah anda buat. Kita tentu mahu pahala yang berterusan kan? Kita perlu maximumkan dan memantapkan gerak kerja kita supaya kita tidak perlu membuang masa untuk bermula dari kosong sedangkan musuh2 Islam sentiasa berusaha tanpa penat lelah setiap saat untuk menjatuhkan Islam. Jadi apa kata, kita pula menjimatkan masa dan tenaga dengan melatih dan merekrut bakal2 pelapis yang boleh meneruskan kerja yang telah kita lakukan? Tidak gitu?
Terima kasih. Xiexie..
#Sebarang komen dan cadangan untuk penambahan amat dialu-alukan.

Biasalah jam Melayu lewat setengah jam atau sejam.
Betul
tak? Setuju tak? Kalau kata jam Jepun, mesti on-time. Melayu pula
selalunya disinonimkan sebagai orang Muslim (walaupun kurang tepat
pernyataan ni sebenarnya..). Jadi, tidak mahukah kita sebagai seorang
Muslim yang tahu dan peka dengan situasi sekarang ni, menjadi orang yang
membuktikan pernyataan ni sebenarnya salah dan tidak praktikal lagi untuk masa sekarang? Jom Buktikan! Jom, Jom!
15. MASA MINIMUM PROGRAM
Pastikan masa yang cukup untuk setiap penceramah hendak memberikan ucapan. Kebiasaannya forum akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam.
16. JURUKAMERA
Sekurang-kurangnya ada dalam dua hingga tiga orang.
17. PROMOSI - TAYANGAN VIDEO
- Tayang video pendek sebelum program bermula.
- Video juga boleh digunakan untuk tujuan promosi
- Kita interview orang dan rakam. Boleh tanya soalan macam ni : We are going to organize this that. So, what is your opinion when first heard about this? Any comment about...?
- Pasang video yang sesuai waktu rehat (break)
18. MODERATOR
- Mesti orang Muslim supaya dia boleh mengawal keadaan (can control the floor)
- Tak perlu buka majlis dengan al-Fatihah jika ia bukan program orang-orang Islam. Kalau nak juga buat doa, pastikan adil. Doa yang universal. Contoh : Pray to Al-Mighty God. Jangan sebut Allah. Sebab kalau kita sebut Allah, orang Kristian pun nak sebut tuhan Jesus, orang Hindu nak sebut tuhan Krishna, orang China nak sebut tuhan Kuan Ying. nampak kan..?
- Kurangkan pengunaan istilah arab. Kalau guna pun, jangan panjang sangat.
- Mesti tahu cara macam mana nak perkenalkan diri sendiri dan penceramah yang hadir
- Mesti sebut dan bagi undang-undang (rules) untuk ceramah. Contoh: Peserta mestilah bertanya soalan yang berkaitan dengan subjek/perkara yang dibincangkan.
- Sediakan kertas gulung kecil supaya penceramah dapat cabut undi siapa yang akan mula cakap dulu.Untuk closing remark, kita terbalikkan susunannya. Kalau boleh, penceramah Muslim cabut undi akhir sekali. Cara ini akan nampak lebih adil.
19. ALERT TELEFON
Sila pastikan jika anda adalah orang penting yang akan dihubungi oleh penceramah atau sesiapa saja, pastikan alert, answer call, and reply SMS. Ringan-ringankan tangan anda. Jangan kerana kita, semua kerja orang lain tergendala atau kita telah menyusahkan orang lain tanpa kita sedar!
Biasa hadapi tak situasi macam ni:
Encik A call, Prof B tak angkat.
Prof B call balik, Encik A tak angkat.
Encik A SMS, Prof B tak balas.
Prof B SMS, Encik A tak balas.
Dua2 jadi akan bengang tak tentu pasal.
20. SEDIAKAN PELAPIS
- Jangan lupa untuk menyediakan pelapis yang dapat meneruskan usaha yang telah anda buat. Kita tentu mahu pahala yang berterusan kan? Kita perlu maximumkan dan memantapkan gerak kerja kita supaya kita tidak perlu membuang masa untuk bermula dari kosong sedangkan musuh2 Islam sentiasa berusaha tanpa penat lelah setiap saat untuk menjatuhkan Islam. Jadi apa kata, kita pula menjimatkan masa dan tenaga dengan melatih dan merekrut bakal2 pelapis yang boleh meneruskan kerja yang telah kita lakukan? Tidak gitu?
Terima kasih. Xiexie..
#Sebarang komen dan cadangan untuk penambahan amat dialu-alukan.
Penganjuran Program Yang Professional [Part 1/2]
Shizune | Ahad, Januari 20, 2013 |
HIDAYAH CENTRE
Assalamualaikum.
Artikel kali ini akan menyebut tentang bagaimana hendak menganjurkan program atau aktiviti secara professional. Sebagai seorang ahli akademik, kita semestinya mahu kelihatan dan berpewatakan seperti seorang yang efektif dan profesional kan?
Mesti ramai juga yang tertanya-tanya dan ingin tahu. Bagi yang biasa dan pernah menganjurkan program, anda mungkin telah biasa dengan asam garam peraturannya. Tapi anda masih perlu membaca artikel ini sampai habis kerana mungkin anda tertinggal sesuatu benda yang mungkin anda anggap remeh, tetapi ia sangat menjejaskan kredibiliti profesional kita. Bukannya perlu atau wajib dibuat, tetapi, kita mestilah cuba untuk buat menjadi yang terbaik. Allah kan suka kalau kita cuba buat sesuatu dengan sebaik mungkin? Tidak gitu? :) Setiap orang ada pelbagai gaya dan cara. Berikut adalah salah satu daripada pelbagai ribu cara yang wujud. Jom cuba.
Point-point dibawah tidak disenaraikan mengikut keutamaan. Secara ringkasnya, ada 20 point utama yang ingin diketengahkan iaitu:
(untuk setiap point yang akan dihuraikan di bawah, saya akan menggunakan contoh Program Ceramah Perbandingan Agama)

"Renew"
IKRAM Siswa UIAM Kuantan | Rabu, Disember 12, 2012 |
Bismillahi Rabbil 'Ula..
Manusia sememangnya tak lari dari kesilapan. Kecil besar, sengaja tak sengaja..
Pokoknya, membuat kesilapan termasuk dalam fitrah insan. Kecuali para rasul dan anbiya' 'alaihimussalam, mereka maksum semuanya. Allah menjaga mereka.
Jaga diri macam mana pun, silap salah pasti berlaku. Bagai jasad dengan bayang-bayang, Lekat. Langsung tak terpisah walau seinci.
Tapi rahmat Allah mengatasi segala-galanya. Walau kita ni insan yang tidak maksum dan selalu buat dosa, Allah beri peluang kita untuk taubat dan mohon ampun pada-Nya. Biar berpuluh, beribu, beratus kali kita buat kesalahan dan dosa yang sama, Allah tetap mengampunkan, selagi mana nyawa dikandung. Maha Suci Allah yang Maha Pengampun.
"Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang ", [surah anNisa' 110]
Salah satu kisah dalam maksud riwayat baginda saw,
Seorang pemuda telah membunuh 99 nyawa manusia. Dia akhirnya menyesal dan ingin bertaubat. Lalu pergi berjumpa dengan seorang rahib. Ditanyakan pada abid tersebut adakah baginya peluang untuk bertaubat, sedangkan dia telah membunuh ramai orang. Abid itu dengan lantangnya menyatakan tiada taubat bagi lelaki itu. Kesalahan yang dilakukannya terlampau besar.
Pemuda itu berang dengan kenyataan rahib. Genaplah angka ke-100 apabila abid tersebut turut dibunuh.
Kesekian kalinya dia menyesal dengan tindakannya, membunuh seorang lagi manusia. Pemuda pun berjumpa dengan seorang alim *orang berilmu*. Diberitahu padanya seperti mana diberitahu pada abid.
Orang alim itu kemudiannya menyatakan kesalahan yang dilakukan pemuda itu boleh diampunkan Allah swt, dengan syarat pemuda itu mesti berpindah ke bumi lain, berhijrah dari suasana yang buruk kepada kepada suasana yang baik. Pergi ke tempat mereka yang menyembah Allah, dan menyertai bersama-sama penduduk dalam menyembah Allah
Ditakdirkan Allah, dia meninggal dunia sewaktu perjalanannya. 2 malaikat datang, malaikat azab dan rahmat, berebut ingin mendapatkan hak mengambil lelaki tersebut. Akhirnya malaikat Jibri as mengadili dan pada malaikat rahmat diberi hak mengambil. Sebabnya, bumi baik yang ingin didatangi lebih dekat jaraknya. [ 3470 Sahih Bukhari & 2766 Sahih Muslim, bab taubat ]
Seorang ustaz murobbi dalam pengisiannya ada berkongsi,
"Setiap kali kita berbuat dosa, segeralah bertaubat. Biarpun berulang-ulang kali. Buat dosa terus taubat, buat dosa terus taubat. Jangan pernah mengalah, taubat dan terus bertaubat. Katakan tidak pada saranan syaitan untuk berputus asa dari bertaubat disebabkan dosa kita yang berulang.."
Ya, jangan sesekali putus asa untuk bertaubat, jangan putus asa daripada rahmat Allah,
"Katakanlah, "wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [azZumar : 53]
Dan sangat-sangat beruntung kalau kita mampu bangun di 1/3 malam, memohon ampunan daripada Allah swt, saat orang lain enak dengan lena. Allah swt memang menanti-nanti siapa di antara hamba-Nya yang bermujahadah semata-mata untuk mendapatkan keampunan-Nya.
Rasulullah saw yang maksum dan dijanjikan baginya syurga pun bangun malam hingga bengkak-bengkak kaki baginda. Apatah lagi kita yang belum tentu nasibnya ke mana, banyak pula kesalahannya. Lebih wajib bagi kita untuk bangun. *moga Allah melindungi kita dari azab neraka yang pedih. Allahumma amin*
Seek Allah's forgiveness again, again and again!.. zero give-up!!
dan moga dikurniakan nurani yang suka bertaubat dan gembira untuk membuatkan orang lain bertaubat.. insya-Allah (",)
Wallahu a'lam..
Sumber: BenMoslem
Hijrah seorang Rocker…Hoyeahh..
DeanulHaq | Khamis, November 15, 2012 |
Rocker itu siapa?
Anda mesti terbayang seorang yang memakai baju hitam,
berambut panjang kerinting, tidak terurus, tangan kiri memegang gitar Karen sambil
lengan kanannya diangkat ke langit dengan jari membentuk kepala kambing. Sambil
bibir nipisnya menyebut, ‘Wrock!’ dengan gaya hanjutan kepala yang berlebihan seakan
masa diperlahankan (Slow motion).
| wrock!!..[kredit] |
Jika anda membayangkan itu, maka penulis menyatakan yang
bayangan anda salah.
Rocker hanyalah sekadar metafora penulis. Metafora buat
seorang yang tersesat jauh dalam kehidupan jahiliyyah. Masih terumbang ambing
dalam lautan kesesatan dan tercari- cari jalan keluar dari lembah kehinaan.
Bukan saja untuk Rocker- rocker tetapi juga untuk anda yang tidak mengetahui
untuk apa anda dihidupkan.
Dalam bahasa kasarnya rocker di sini bermaksud orang jahat.
Ya, orang jahat yang menyangka dirinya jahat dan sukar diubah sampai tidak
boleh dan allergic untuk mendekati kebaikan dari segenap segi.
Masakan mahu bercerita tentang rocker di sini. Bosan
mungkin.
Hijrah pulak
Teringat tentang hijrah. Teringat tentang peralihan.
Teringat rocker seperti Sham Kamikaze yang berhijrah. Tapi bukan nak cerita
pasal beliau sini. Peristiwa hijrah nabi boleh baca dan banyak rujukannya. Tulis
kat pakcik google then beratur la link untuk dibukak, tinggal perlu dibaca dan
dihadam.
Cuma sangat tertarik untuk dikongsi. Dalam banyak kisah-
kisah kecil berkaitan peristiwa besar hijrah itu, terselit sebuah kisah epic menarik
yang menyentuh jiwa raga penulis. Kisah epic dalam hijrah yang dimaksudkan ialah~
Ialah~
Ialah~ sila jangan letih menunggu. Jeng. Jeng. Jeng.
Cerita tentang
seorang mamat yang rock
Kisah Seorang mamat bernama Suraqah bin Malik. Mudah cerita
Suraqah ini seorang jahat. Masakan tidak, niatnya untuk membunuh Rasulullah
kerana putih mata dek tawaran seratus bijik Ferrari.. eheh unta. Unta dulu
macam Ferrari zaman sekarang.
Suraqah ini hebat. Miliknya seekor kuda yang tangkas sama
pergi dengan tuannya seorang penunggang kuda yang cekap. Dikurnia mata yang
tajam seperti seekor helang dan tubuh yang mekar melangit.. Beliau sangat arif
mencari jejak sang penghijrah.
| woah.. [kredit] |
Ironinya ketika mengejar baginda, kuda tunggangnya tergolek
ibarat mat rempit terjatuh dari motor. Tidak berputus asa dengan niat jahat yang
bersulam nafsu itu, beliau bangkit kembali dan terus memacu. Kali ini, kudanya
tergolek lagi. Maka, bertambahlah tanda tanya di dalam jiwanya.
Tengah pening- pening menunggang, beliau ternampak kelibat
buruannya tidak berapa jauh dari posisinya ketika itu. Ibarat harimau terjumpa
kancil dengan pantas beliau menarik panah dan menghala busur tepat ke
Rasulullah. “Memang konfem 100 ferrari milikku” Bayangan penulis meneka kata-
kata hati Suraqah ketika itu (sila abaikan ajinomoto ini).
Tiba- tiba..?
Tangan Suraqah kaku. Oh tidak! Panah itu tidak dapat
dilepaskan. Kaki kudanya terbenam pula ke dalam pasir. Parah nih! Dan debu-
debu berterbangan menambah kepanikan Suraqah lagi. Tergetus secuit kesal di
dalam hati Suraqah.
Suraqahpun surrender dan meminta Rasulullah untuk mendoakan
agar kuda beliau dilepaskan. Bagai kacang lupakan kulit beliau terus meneruskan
niatnya untuk membunuh Rasulullah.
Sungguh tidak mengenang budi mamat ini. Sekali lagi, kuda
tunggangan Suraqah tergolek lagi. Kali ini lagi teruk mungkin sehingga
berguling- guling. Tidak dapat dipastikan. Tapi teruk la.
| adeh..[kredit] |
Hati Suraqah berdetak gentar! Kali ini beliau memohon belas daripada
Rasulullah.
Rasul kesayangan kita tidak mengapa- ngapakan beliau malah memberi
tawaran spesyel (special) kepada Suraqah iaitu Gelang kebesaran Kisra atau
mahkota raja Parsi ketika itu. Syaratnya, hanyalah supaya Suraqah tidak memberitahu
sesiapapun di Kota Mekah tentang penghijrahan baginda.
Suraqah yang sudah berubah itu menepati janjinya. Juga
Rasulullah saw menepati janjinya di zaman Umar Al- khattab, gelang kebesaran itu
dimiliki Suraqah bin Malik.
Hidayah Allah mengubah mamat rock/ jahat Suraqah yang
berniat membunuh kepada membantu Rasulnya.
Nah, siapa sangka?
Cerita tentang mamat
lain pula
Orang yang minat tentang ilmu tasauf tidak akan pernah
terlepas daripada menyebut nama beliau. Sebagaimana popularnya Mokhtar Dahari
dengan Bola Sepak ketika zaman 80an begitu jualah sinonim individu ini dengan
bidangnya.
Seorang yang tawadduk dan sangat warak. Pemberani yang tidak
hanya memikirkan diri sendiri tetapi terlibat dalam membangunkan ummat ketika
itu.
Pernah satu ketika beliau diziarahi Khalifah Harun Ar-
rasyid dan pengiring khalifah di waktu malam yang kelam. Mamat ini mematikan
semua lampu yang ada di rumahnya.
Ketika khalifah masuk ke rumahnya dalam keadaan gelap
terpaksalah khalifah meraba- raba mencari arah menuju ke mamat ini. Tiba- tiba,
teraba tangan individu yang hebat ini.
Sejurus bersuaralah individu itu,
“Wahai orang yang
tangannya demikian halus dan lembut, alangkah berbahagia jika engkau terlepas
dari azab Tuhan di hari kemudian nanti.”
Tersentak
dengan kata- kata itu, khalifah teresak- esak menangis dihujani dengan teguran
dari susuk seorang ahli sufi yang sangat warak ini. Bayangkanlah seorang
presiden menangis ditegur oleh seorang ustaz.. lebih kurang camtu lah.
| [kredit] |
Siapakah
gerangan mamat ini? Beliaulah yang bernama Fudhail bin Iyadh (owh, macam penah
dengar).
Tahukah kalian sebelum ini ketika beliau di usia remaja dan muda-
muda, beliau merupakan seorang pencuri jalanan! What? saya tidak bermaksud
membuka aib beliau. Tidak!
Taubat
seorang rocker
Beradalah Fudhail dalam hidup beliau sebagai kutu jalan
sehinggalah di suatu hati terdetik di hatinya untuk mengusya/melihat wanita.
Maka, beliaupun menjalankan hasrat jahatnya itu.
Tiba di sebuah rumah beliau menjengah melihat isi rumah tersebut
dengan niatnya tadi, namun kelihatan seorang wanita sedang membaca al- quran
dengan surah al- Hadid ayat 16:
“ Belum sampaikah lagi masanya bagi orang- orang yang beriman,
untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi
kebenaran (Al- Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?”
Jiwanya bergetar!
Hatinya tersentak!
Hidayah Allah menyusup halus menghembus angin taubat di dalam
jiwanya.
Maka, berubahlah seorang rocker(orang jahat) tegar kepada seorang yang warak dan
dekat jiwanya kepada Allah.
Hijrah
satu titik perubahan
Wahai orang yang menganggap dirinya rocker.. jahat.. tak ingat
Allah.. Janganlah pernah letih untuk berubah. Janganlah menganggap diri jahatmu
itu langsung tidak boleh dilentur dan dibentuk.
Batu gua juga boleh dibentuk dengan titisan air halus. Tidak
mustahil untuk anda pembatu(rocker) dibentuk dengan belaian halus air siraman
tarbawi dari Allah yang nyaman dan lembut.
Yakinlah anda mampu berhijrah menjadi insan sehebat Fudhail bin
Iyadh. Jua menukarkan jiwa pembunuh kepada pengasih sebagaimana jiwa Suraqah
bin Malik dengan izin Allah. Jangan berputus harap untuk berdoa dan mencari
jalan perubahan dengan merelakan diri ditarbiyah dengan ayat- ayat Allah! Tidak
kira sejahat manapun anda.
Berhijrahlah!
![]() |
| [umph] |
p/s: maaf bahasanya carca marba. Sengaja dibiarkan untuk mengekalkan mood dalam membaca.
[Ulasan Buku] Gila Baca ala Ulama'
IKRAM Siswa UIAM Kuantan | Rabu, November 14, 2012 |
ULASAN BUKU
Sungguh membaca buku ini membuatkan saya
berasa amat kerdil, sungguh membaca buku ini membuatkan saya menyedari betapa
sikitnya ilmu yg kita miliki, sungguh membaca buku ini membuatkan saya merasa
sangat tinggi nilai sebuah buku.
Masakan
tidak, buku ini telah memaparkan kesungguhan ulama yang terdahulu dalam membaca buku yang sangat menkagumkan,
sebagai contoh
“Penulis
Inba Al-Ghumr menjelaskan tentang biografi Sulaiman bin Ibrahim bin Umar
Nafisuddin Al-‘Alawai Al-Yamani, dia berkata, “dia mengatakan kepadaku bahawa
dia telah menyelesaikan kitab shahih Al-Bukhari sebanyak 150 kali dengan
membacanya, mendengarnya, serta mendiskusinya dengan syeikh”
Sungguh ajaib bukan? Kitab shahih bukhari yang sebanyak 9 jilid,dan setiap
jilid itu terpecah kepada beberapa bab yang besar yang boleh dibuat beberapa
buku pula dalam bab tersebut boleh dibaca,mengajar, dan berdiskusi tentnagnya
sehingga 150 kali. Adakah kita hari ini mampu? Membaca buku sehelai dua saja
telah membuatkan kita bosan dan jemu inikan pula membaca buku yang sama 150
kali?
Buku
ini juga memberikan contoh betapa ulama-ulama terdahulu sangat berasa lazat
dengan membaca buku. Contoh nya
“Ibnu
Jahm berkata, apabila rasa kantuk mulai menyerang kedua mataku bukan pada
waktunya, maka aku segera membaca buku mutiara hikmah. Kemudian spirit
membacaku pun kembali tergugah. Aku menemukan kembali kelpangan hati saat harus
memenuhi kebutuhan. Sedeang kesenangan dan kemuliaan yang memenuhi hatiku lebih
cepat membuatku bangun daripada ringkikan keledai atau gemuruh reruntuhan”
Wah!! Apakah ini? Menolak rasa mengantuk
dengan membaca buku? Sungguh.berlainan daripada kita hari ni. Kita hari ini
ubat untuk tidur kita ialah membaca buku, masakan tidak baru membuka sehelai
muka surat terus tertidur. Dan sangat banyak lagi contoh-contoh kesungguhan
ulama terdahulu dalam menelaah ilmu. Buku ini akan menjadi tamparan buat anda
yang mengambil pengajaran daripadanya.
Tambahan juga,
penulis buku ini bersungguh-sungguh menggambarkan betapa ulama terdahulu gemar
dan sangat rapat dengan ilmu. Penulis buku ini juga menggalakkan para pembaca
untuk terus membaca dan mendalami kisah-kisah hebat ini dengan memberi
rujukan-rujukan agar boleh digali khazanah ilmu ini.
Akhir sekali,buku ini menjadi pembuka kepada
book of the month daripada admin agar memupuk semangat membaca yang tinggi di
dalam kalangan pembaca blog ini.semoga bermanfaat.