Jangan Naik Kereta, Naiklah Unta (Bhgn 1/4)
![]() |
| Menaiki kereta perbuatan bidaah? |
Bida'ah bukanlah istilah yang akhirnya menjadi titik kepada ukhuwwah dalam kalangan kaum muslimin. Tapi ianya satu tajuk ilmiah yang mesti dilihat dan dibincangkan bersama secara berlapang dada dan terbuka. Semoga Allah menyemaikan dalam hati kita sifat berkepentingan hanya kerana Allah dan Rasul-Nya.
Istilah bida'ah secara umum, bermaksud kita melakukan sesuatu tanpa panduan.
TEKNIKAL ATAU LITERAL?
Saya bawakan satu contoh. Kita ke kedai kopi.
"Saya mahu air kopi secawan," kita memesan kepada tuan kedai.
"Maaf, cik. Kopi sudah habis," balas sang pemilik kedai.
"Apa ni? Kedai kopi, tapi tak ada kopi!" mungkin inilah reaksi kita, mungkin juga tidak.
Dan umumnya, kita memahami kedai kopi adalah kedai yang menjual minuman-minuman lain juga, bukan hanya air kopi. Maka, tidak hairanlah kalau kedai kopi tidak menjual air kopi.
Dalam hal bidaah, ramai dalam kalangan ulama' mengeluarkan pelbagai maksud istilah ini. Menurut Ustaz Dr Asri Zainal Abidin (bekas mufti negeri Perlis), istilah yang paling tepat adalah istilah yang digunakan oleh Imam Asy-Syatibi (meninggal pada tahun 790H), seorang ulama besar dalam usul fiqh.
REKAAN DALAM AGAMA DAN BIDAAH
Dalam kitabnya Al-'Itisam, Asy-Syatibi mengatakan bidaah itu ialah;
"Jalan yang direka dalam agama yang menyerupai syariah. Tujuan beramal adalah untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah."Al-Imam Syatibi menghuraikan lanjut tentang apa yang diperkatakannya;
"Dikaitkan jalan dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama. Dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia, tidak dinamakan bidaah."Sebagai contohnya, menaiki kereta tidak dinamakan bidaah kerana ia hanyalah tergolong khusus dalam urusan dunia, tidak disandarkan kepada agama.
Seterusnya, Imam Syatibi menyatakan;
"Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada;Disambung lagi dalam buku yang sama;
1) Apa yang ada asal dalam syariah dan;
2) Apa yang tiada asal dalam syariah;
Maka yang dimaksudkan dengan takrif ini ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada syari'(daripada Allah SWT).
Ini kerana ciri khas bidaah ialah terkeluar daripada apa yang digariskan oleh asy-syari' (daripada Allah SWT). Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bidaah) segala yang jelas, rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, mufradat bahasa, usul fiqh, usuluddin dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariah.
Segala ilmu ini walaupun tiada pada zaman awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak. Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul, dan apa yang menyerupainya, apa yang terdiri ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syarak sebagai bidaah.
Sesiapa yang menamakannya bidaah atas dasar-dasar majaz (bahasa kiasan), seperti Umar Al-Khattab r.a. yang menamakan bidaah solat orang ramai pada bulan Ramadhan, atau atas kejahilan untuk membezakan antara sunnah dan bidaah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang."
"Menyerupai jalan syarak, sedangkan pada hakikatnya bukan daripada syarak, bahkan ianya menyanggahi syarak. Antaranya meletakkan batasan-batasan seperti seperti seorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk. Itu bidaah.Berbeza buat upacara kelahiran nabi dengan zikra-rasul (mengingati rasul),
Berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasingkan diri untuk beribadah, mengehadkan pakaian dan makanan daripada jenis-jenis tertentu tanpa sebab adalah bidaah.
Antaranya beriltizam dengan cara (kaifiyat) dan hai-at tertentu, seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan pada hari lahir nabi dan seumpamanya."
iaitu mengadakan satu upacara khas dan beriktiqad bahawa ruh nabi SAW menghadiri majlis khas tertentu seperti yang diiktiqad oleh sebahagian daripada jalan-jalan sufiyyah (pemahaman sufi).
Ditambah lagi;
"Antaranya (yang dianggap bidaah adalah) beriltizam dengan ibadah tertentu, pada waktu tertentu, sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak, seperti beriltizam puasa pada nisfu syaaban, dan berpuasa pada malamnya."Kelebihan nisfu syaaban itu benar dan sahih seperti yang diriwayatkan oleh ibnu Hibban, dalam sanadnya tidak menyebut kaifiyat ibadah-ibadah tertentu. Hanya disebutkan Allah mengampunkan hamba-hambanya kecuali dua golongan, iaitu orang musyrik dan orang yang bermusuhan sesama sendiri.
Kemudian Imam Syatibi menyambung lagi;
Kemudian, bidaah-bidaah (adalah apabila sesuatu perkara) tersebut disamakan dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu adalah dengan perkara yang tidak disyariatkan, maka ianya bukan bidaah. Tetapi ianya adalah perbuatan-perbuatan adat kebiasaan.Sebagai contoh, adat dalam kalangan masyarakat Melayu. Berzanji dilaksanakan dalam kenduri-kendara untuk memeriahkan lagi majlis. Itu disandarkan sebagai adat Melayu.
BIDAAH, ADAT DAN IBADAH
Kebanyakan pendukung ibadah-ibadah yang tiada dalam syarak ini melakukannya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan ibadah kerana manusia dan jin tidak diciptakan melainkan untuk beribadah. Malangnya, perkara-perkara yang dilakukan itu adalah dengan cara yang tidak ditunjukkan oleh Rasul.
Walhal, undang-undang dan peraturan yang Allah sudah tetapkan dalam syarak itu sudah memadai. Seterusnya Asy-Syatibi menyebut;
"Telah jelas dengan ikatan ini, bahawa bidaah tidak termasuk dalam adat. Apa saja jalan yang direka dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan, tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ianya terkeluar daripada nama ini (bidaah)."(Bersambung ke Siri 2)
Super saiya berkarya? krriikk krikk (bulatan el-classicco)
PRU13: Kemenangan Dalam Kekalahan
Oleh: Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman
Keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 telah pun diketahui. Barisan Nasional kembali mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pusat setelah berjaya memenangi 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 89.
Menurut SPR, seramai 11,257,147 daripada 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi iaitu 84.84%, rekod tertinggi dalam sejarah.
Dalam PRU12 pada 2008, BN berjaya memenangi 140 kerusi parlimen manakala PR 82. Ini bermakna, BN kehilangan 7 kerusi dalam PRU kali ini. Bagi kerusi dewan undangan negeri pula, BN berjaya memenangi 275 kerusi daripada 505 kerusi pada PRU kali ini berbanding 344 pada PRU12. Mereka kehilangan 69 kerusi. PR pula raih 230 berbanding 161 pada PRU12.
M. Nasir bagi tazkirah??
![]() |
| dakwah dan tarbiyah itu cool (gambar sekadar hiasan) |
Ooh... Sang AlgojoOoh... nanti dulu….Tanya sama itu hud-hudLang mensilangKui mengsikuiKerna dia yang terbangkan ku ke mari
Dan dia ( Nabi Sulaiman) memeriksa burung-burung lalu berkata : “ Mengapa aku tidak melihat Hud-Hud, apakah dia termasuk dari kalangan yang tidak hadir. Sudah pasti akan ku menyiksanya dengan siksaan yang amat pedih atau aku akan menyembelihnya kecuali ia datang kepadaku dengan alasan yang terang dan nyata”. Maka selang beberapa ketika, datanglah burung Hud-Hud lalu ia berkata . “ aku telah mengetahui apa yang kamu belum mengetahuinya, dan aku bawakan kepada kamu dari Saba’ satu berita penting dan diyakini. Sesungguhnya akau mendapati seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahkan dengan segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar..”
![]() |
Tak Boleh Buat Benda Baik?
Assalamualaikum..Konnichiwa..Ni hao..
Buat benda baik tak pa? Tapi ada orang cakap tak boleh, macam mana?
[Allah&Rasul lebih besar atau Tok Sheikh,Ustaz, org PhD, orang balik mesir, lebih besar? Mana 1 yang akan kita ikut?]
A: Tak apa buat yang benda (ibadah) ni, benda baik. Dapat pahala mungkin?
B: Tapi benda tu tak disebut dalam Quran & Sunnah Nabi. Sebab apa ya kita buat ibadah tu? Saja2? Sebab ikut tok sheikh? Siapa ya yang nak bagi pahala? Allah ke tok sheikh?
A: buat benda baik takpa ma..
B: Ok.Saya setuju dengan awak separuh,dan kurang setuju separuh. Katakan saya ada satu syarikat NEKO. syarikat NEKO ada buat pertandingan,hadiahnya Bonanza Duit Super Misteri. Syaratnya mesti meletakkan gambar kucing Maru+syarat D+syarat E disetiap benda yang anda buat. Jadi,walau secantik/sehebat/sebagus mana pun anda buat,tapi tak menepati syarat2 tersebut, saya takkan terima penyertaan kamu.
A: hmm..
B: Pastu katakan pulak,kebetulan waktu tu syarikat CONAN ada buat pertandingan sama sebiji macam syarikat NEKO,tapi tak ada syarat2 yang perlu dipatuhi, agak2nya syarikat mana 1 akan terima penyertaan tu?
Fikir-fikir...
~Ofkos la syarikat CONAN yang akan terima.. jadi, kalau nak buat sebab Allah & Rasul, ikut la macam yang ada dalam Quran & Sunnah. Sekali lagi, siapa yang bagi pahala kat kita? Hidup tak lama, jadi apa kata jangan membazir masa buat benda yang tak berfaedah. Baca & Hayati betul2 surah Al-Asr. :)
Tengok video ni Ustaz Asri terang.
Watch "S19 : Selawat Syifa' Bercanggah Dgn Aqidah Islam - Dr MAZA" on YouTube
#Siapa ada pendapat lain? Share2. Jom diskus.
Berubah atau tetap atau baik atau tak baik
PEMUDA OSEM KUASA 5
“Kota madinah gempar hari tu. Penuh syahdu. Hari yang tidak pernah dibayangkan oleh sahabat. Hari yang mendukacitakan bagi ummat. Turun nya surah an-nashr merupakan petanda awal. Pembukaan mekah (fathul mekah) yang penuh gilang-gemilang merupakan petanda awal kesedihan pada hari ini.
"Tugas baginda sudah selesai sebagai, maka ajalnya hampir tiba. Dan hari ini buktinya. Madinah menjadi suram. Madinah dipenuhi dengan tangisan. Sahabat-sahabat penuh kedukaan. Perginya seorang kekasih,perginya seorang insan mulia. Air mata mengalir lesu dan laju,bagai tiada tanda-tanda mahu berhenti. Teresak-esak. Janggut menjadi basah dengan linangan,pipi menjadi lembap dengan aliran air mata bersungkawa. Siapakah peganti insan mulia ini? Adakah manusia yang lebih mulia dari akhlak baginda? Wajah bercahaya purnama itu tidak lagi dapat ditatap oleh penduduk mekah. Tertunduk sahabat kesedihan.pilu. para wanita menjadi luluh,kanak-kanak juga mengerti,para pemuda apatah lagi. Di tengah keadaan penuh lara itu, umar al-khattab bangkit di luar rumah berteriak rasullah tidak mati. Abu bakar segera menenangkan dengan membaca surah Ali-imran:144"
"Ketika mendengar ayat ini, umar menghentikan teriakannya dan menjadi tenang, seolah olah dia belum pernah mendengar ayat itu sama sekali”
Air mata mengalir bila mengenangkan kisah kewafatan insan agung ini. Di saat penuh kedukaan,Abu bakar menuturkan ayat yang membuat sebuah jiwa bangkit dan sedar. Sungguh, pengajaran daripada saidina Abu Bakar ialah kecintaan kepada rasullah dengan sebuah kecintaan yang benar. Sebuah kecintaan yg penuh suluhan hidayah dan ketenangan. Bukan seperti kisah cinta kita hari ni. Konon cinta itu buta.lihat cinta ini, ia tidak pernah membutakan, malah ia menyinarkan. Cinta Abu Bakar As-Siddiq ini bukan cinta ikut-ikutan tapi sebuah cinta penuh kesedaran. Cinta yang dipamerkan juga buka cinta hanya penuh emosi semata namun penuh dengan praktikal dan rasional. Berbeza bukan denga cinta kita kepada rasullah? Alah..dia sahabat…mesti itu yang terlintas difikiran…maka contohilah mereka,semampu kita. Boleh kan? J Terapkan dalam diri kita kecintaan kepada baginda..caranya? tepuk dada tny iman? Bincangkan dalam bulatan anda.. J hidupkan sunnah.
Pengajaran kedua. Tahukah anda dalam 10 sahabat yang dijamin masuk syurga lima daripadanya diislamkan melalui Abu Bakar As-siddiq. Mereka ialah Zubair bin awwam, usman bin affan, talhah bin ubaidah, saad bin abi waqas dan abdurahman bin Auf. Wah.. famous sahabat-sahabat ni. Semuanya membawa sumbangan yang besar terhadap dakwah islam. Dan..pernah anda mendengar hadis ini.
“Daripada Sahl Bin Sa’ad Radhiyallaahu ‘Anhu bahawa rasullaah shollallaahu ‘Alaihi wa sallaam pernah bersabda. “Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seorang sahaja (kerana da’wah) melalui dirimu , (itu) adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu memiliki unta-unta merah”Riwayat Bukhari, muslim dan Ahmad
Atau hadis yang lain..
“Jika Allah SWT memberikan hidayah kepada seseorang lantaran anda,itu lebih baik bagimu daripada dunia dan seisinya”Hadis riwayat at tabrani
Wah..besar bukan pahala mengajak dan manusia lain kearah kebaikkan. Ini tawaran yang sangat lumayan dari Allah. Tak nak ke? Dan bayangkan apabila manusia itu beramal dan melakukan kebaikan atas apa yang kita serukan itu setiap kali dia beramal hingga akhir hayatnya maka pahala akan terus dapat kepada kita juga. Lihat kepada kisah Abu Bakar pada awalnya masuk islam sangat bersungguh-sungguh mengajak manusia ke arah kebenaran islam. Sungguh hanya kalimah tauhid sahaja yang disampaikan ketika itu,namun telah merubah segala kehidupan. Refleksi kepada kita hari ini,apakah apa yang kita dapat dalam bulatan itu merubah kita? Dan kita sampaikan kepada yang lain? sampaikanlah kebaikan dan kebenaran walau dengan hanya satu kalimah.
Semoga ini menjadi pengajaran dan semangat untuk anda dan saya








