BulatanKami
This is an example of a HTML caption with a link.

Berlari dan terus berlari


[Kredit]
 
    Hidup sebagai pelajar umpama berjalan di atas suatu lorong. Hujung lorong itulah graduasi. Kita berlari-lari ingin sampai ke penghujung jalan itu-hari graduasi. Tapi sedarkah kita di kiri kanan adanya pokok-pokok yang buahnya ialah amal soleh? Tak kurang juga sepanjang jalan adanya duri-duri maksiat.

     Adakah kita berlari-lari tanpa memetik segala buah amal yang ada sepanjang jalan? Pagi dan malam kita hanya pada belajar, hingga lupa apa lagi yang Allah perintahkan. Begitu tergesa-gesa kita berlari hingga tidak sedar terpijak duri-duri dosa.

     Bukankah hidup kita hanya sebentar? Kita khuatiri jika kita tidak pun sampai ke hari graduasi. Kematian boleh menjemput bila-bila masa sahaja. Kita tidak kutip buah-buah amal. Apa yang mampu kita serahkan kepada Allah? Jika sungguh kita capai ke hujung jalan graduasi, akan ada jalan lain bernama jalan kerjaya. Berapa lama ingin kita berjalan dan berjalan tanpa menghiraukan buah-buah amal soleh yang kita boleh kutip di sepanjang perjalanan hidup kita? Ajak kawan solat berjemaah, memantapkan keimanan dengan amal-amal sunat yang lengkap dan membantu kerja-kerja Islam di sekeliling. Semua ini adalah buah amal.

     Siapakah kita? Seorang pelari hidup yang sibuk pagi dan malam tanpa menghiraukan ajakan-ajakan dakwah? Ayuh kita berubah, kita ingin jadi soleh dan musleh.


Muhammad  Shahid Bin  Shamsul  Anuar
READ MORE

Ukhti, Maafkan aku..


[Kredit]

Ukhti.. Maaf, aku silap!
Aku tersilap dalam membuat pertimbangan. Hajatku hanya untuk meringankan beban, kerana engkau insan yang kusayang. Namun mungkin kerana kelemahan dalam menyampaikan tujuan, jiwamu yang terbeban itu akhirnya terluka meninggalkan kesan.

Ukhti.. Maaf, Aku silap!
Di saat itu mungkin kerana lemahnya iman, maka keputusan yang aku pilih bukan pada mata kaca islam. Tindakan yang aku lakukan bukan keran cinta dan kasih sayang. Tetapi berlandaskan emosi dan hasutan syaitan! Lantas tindakan yang terzahir bukanlah tidakan yang diharapkan.

Ukhti.. Maaf, Aku silap!
Aku berharap dirimu bisa memaafkan aku. Aku berharap dirimu bias senyum kepadaku. Kerana sungguh, aku rindu gelak tawamu, aku rindu gurauan mesramu. Sungguh, aku sangat merinduimu sahabatku.

Wanita. Secara fitrahnya mempunyai hati yang lembut, jiwa yang mudah terluka, perasaan yang mudah kecewa. Maka wahai diri, saat dirimu terluka, mungkin saja kelukaan itu adalah kesilapan dia. Tetapi mungkin juga kelukaan itu adalah kesilapan dirimu. Namun, bukanlah kesilapan siapa yang perlu diperdebatkan tetapi iman itulah yang perlu direnung-renungkan!

Kerana hakikatnya, persahabatan itu adalah kesan kepada iman.

Justeru, andai dirimu terluka, periksalah imanmu, periksalah hubunganmu dengan Sang Pencipta. Mungkin saja kerana imanmu lemah maka Allah mengujimu dengan ujian persahabatan ini, agar dirimu yakin bahawa Allah yang memegang hati-hati manusia. Mungkin inilah peluang untukmu lebih mengenali peribadi sahabatmu. Mungkin inilah peluang untukmu menjadi lebih erat dengan sahabatmu.

Saat ikatan melemah,
Saat keakraban kita merapuh,
Saat salam terasa menyakitkan,
Saat kebersamaan serasa siksaan,
Saat pemberian bagai bara api,
Saat kebaikan justeru melukai,
Aku tahu yang rombeng bukan ukhuwah kita.
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit,
atau mengerdil.
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu terlebih sering,
imankulah yang compang-camping.
[Kubaca Firman Persaudaraan, Salim A Fillah] 


Duhai Ukhti,
Belajarlah memaafkan agar jiwa menjadi tenang, belajarlah mengalah agar dirimu tidak lelah. Kerana jiwamu memerlukan kasih sayang insan bergelar sahabat..


Ennque,
Pelajar Tahun 2 Kuliyah Perubatan UIAM

READ MORE

PEDULI UMMAH



"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya 
sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri"
-Riwayat Bukhari da Muslim-
READ MORE

90% Rezeki dalam Perniagaan. BENARKAH?

Hadis Lemah Mengenai Besarnya Keuntungan Berdagang sebab:

1. Sanadnya mursal (tidak bersambung).
Nu'aim bin 'Abdirrahman al-Azdi adalah seorang Tabiin (generasi selepas sahabat) dan tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah.

2. Nu'aim bin Abdirrahman al-Azdi adalah majhul (tidak dikenali).

Rujuk gambar untuk mengetahui sumbernya.

READ MORE

Sejarah Sambutan Maulid Nabi SAW

Assalamualaikum..

Jom ketahui tentang sejarah Maulid Nabi.. Bila sebenarnya terjadinya Sambutan Maulid Nabi?

Ikuti penerangan di bawah.

Maulid nabi memang berlaku. Maulid maksudnya kelahiran Nabi saw. Biasanya orang ni, bila lahir, kita tak tau jadi apa lagi pada masa depan dia. Orang tak tahu tempat kat mana n sapa dia. Cuma orang tahu ciri-ciri dia. Jadi bila dia besar, sebab bawa ajaran Islam, baginda jadi terkenal. Nabi kan menyampaikan. Sampaikan benda yang Allah suruh. Nabi akan sampaikan belaka iaitu akan dipanggil syariat. Jadi kalau nabi senyap, maksudnya ikut la nak buat ke tak buat. Jadi... nak sambut maulid, nabi ada suruh ke tak? Tak ada kan. Maknanya? Itu bermaksud bukan benda yang Allah suruh. Yang suruh selawat kepada Allah pun, Allah suruh Nabi selawat. Tapi benda ni Nabi tak suruh.  

Jadi...Zaman sahabat ada buat tak? Tak ada juga.. Jadi kalau orang nak buat juga? Ia bukan syarak, bukan ibadah (sebab nabi tak suruh). Walaupun memang kata sayang Nabi pun, tapi benda tu bukan yang Tuhan suruh. Tapi bukan yang dilarang. Jadi, ni hanya tabie manusia..cara manusia.. jadi, tak boleh cakap sambut benda ni dapat pahala..  

Tabiin pun tak sambut. Tabi' dan tabiin pun tak sambut.  

Orang/ Zaman Fatimiah dekat Afrika Utara yang mula-mula buat sebab orang masa tu dok sibuk aktiviti lain dan banyak melupakan ajaran Nabi. Kerajaan Abasiyah dah lemah ketika tu. Kerajaan Fatimiah adalah orang syiah yang memberontok dan kemudian membentuk kerajaan sendiri sampai dapat tawan Mekah dan Madinah.  

Kemudian Salahuddin Al ayubi takluk kembali kerajaan Fatimiah. Jadi Salahuddin Al Ayubi nampak sambutan Maulid Nabi tu bagus sebab dia memperingati kembali tentang ajaran Islam. Salahuddin ni orang Sunnah. Jadi dia pun teruskan. Ni adalah sejarah Maulid. Depa buat ni bukan sebab  nak merayakan dan membuat acara tertentu pada tarikh kelahiran Nabi. TAPI depa buat ni sebab nak memperingati perjuangan Nabi dan nak bagi faham perjuangan Nabi &bagi semangat.. Tak ada sesiapa pun faham pada masa tu yang wajib dibuat upacara tertentu.. tarikh tu sebenarnya digunakan untuk tujuan politik oleh kerajaan Fatimiah..  

Apa yang salahnya mengenai Maulid Nabi yang dibuat sekarang? Yang salahnya ialah dengan mewajibkan upacara tertentu yang mesti dibuat pada hari kelahiran Nabi iaitu 12 Rabiul Awal. Tapi sebenarnya tarikh kelahiran Nabi yang lebih sahih adalah 9 Rabiul Awal.  

Point yang utama yang nak cakap tu ialah tentang sejarah bermulanya Maulid. Jangan lah mempergunakan atau mengambil kesempatan atas tarikh kelahiran Nabi untuk kepentingan diri sendiri. Kita sepatutnya mengambil kesempatan ini supaya mengembalikan manusia kepada semangat Nabi dan Islam.

READ MORE

Berpegang Sumber yang Lapuk?

Assalamualaikum,

Kali ni, saya ingin mengulas perkara ini. Pernahkah bergerak difikiran kalian, kenapa  kita guna sumber-sumber terdahulu dan cara(style) lama yang mungkin macam ketinggalan zaman.

Huraian:
Teknik menjawab apa-apa persoalan adalah salah satunya dengan membuat persoalan kembali. Jadi, kita perlu mengetahui dahulu apakah yang dimaksudkan dengan sumber lama? Apakah contoh sumber lama?

Kalau sumber Quran &Sunnah, itu adalah kerana Nabi Saw yang memerintahkan kita supaya mengikuti sumber tersebut. Nabi pernah berkata yang sesiapa yang mengikuti Aku, maka dia tidak akan sesat. Maka wajiblah kita mengikut dua sumber tersebut.

Bagaimana pula dengan sumber-sumber lain seperti yang tercatat dalam sejarah? Kalau sumber seperti ajaran IHAB contohnya, anda diberi peluang untuk turut serta atau tidak turut serta. Jika kita rasakan cara yang dilaksanakan oleh orang terdahulu lapuk dan tidak sesuai dipakai untuk masa kini, maka ada cadangan lain yang sesuai untuk menggantikannya? Kalau ada, anda dialu-alukan untuk menyuarakan di sini kerana kami amat berbesar hati untuk mengetahuinya. Tapi ingat, kita bukan mengikut IHAB. Kita mengikut ajaran yang Islam yang disusun mengikut kaedah dakwah IHAB kerana percaya itu adalah yang paling hampir dengan cara yang dibawa oleh Rasulullah.

Lain pula halnya jika bab ibadah. Kita memang kena ikut apa yg disuruh. Semua ibadah adalah haram kecuali jika ada nas. Tapi kalau bab dunia, boleh ikut cara apa sekalipun asalkan baik &ikut undang2 dunia. Maksudnya, semua benda keduniaan adalah harus dibuat kecuali ada nas yang mengharamkannya.

Jazakallahu khayr. Moga manfaatkan cuti sebaiknya bagi sesiapa yang bercuti. Kita sentiasa memakai baju para daie dan baju itu hanya terlucut apabila maut menjelma. Jadi, selagi ada peluang dan ruang, gunakan masa anda sebaiknya untuk mengejar kebahagiaan yang kekal abadi.. insyallah.

READ MORE

Mukmin itu bersaudara

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”
[al-Hujurat, ayat 10]

Bila berbicara perihal ukhuwah, yang terbayang di minda pastilah hubungan persahabatan antara dua manusia sahaja. Dua manusia yang saling mengenali, dan berada dalam kelompok atau komuniti yang sama. Mungkin sahaja sama course, sama batch, sama negeri asal kelahiran atau yang punya minat yang sama!

Ukhuwah yang sebenar ; adalah gugusan perasaan saling hormat-menghormati, saling mempercayai, resapan kasih dan mahabbah antara sesama individu, atas dasar aqidah Islamiyyah, iman dan taqwa.

Subhanallah, hebat kan?

Bila menyemak kembali makna sebenar ‘ukhuwah’, tidak dapat tidak untuk kita mengaitkan dengan asas ukhuwah yang baik dibina dari keimanan yang benar kepada Allah S.W.T. Lihat sahaja tingkatan terendah dalam berukhuwah, yakni ‘salamatus sadr’ atau berlapang dada dengan sahabat kita. Hal ini tidak akan sesekali kita capai, melainkan dengan keimanan yang mantap kepada Allah. Dengan wujudnya rasa Allah Maha Mengetahui walaupun yang tersirat di dalam hati, maka kita sendiri tidak akan cuba untuk bersangka buruk (su’uzhon) dengan sahabat kita.

Kita lihat pula pada tingkatan tertinggi ukhuwah ; ‘ithar’ yang bermaksud melebihkan sahabat berbanding diri sendiri. Perkara ini jika dilihat dengan pandangan kasar seorang manusia, tidak mudah untuk dilakukan kerana ‘ithar’ berkait rapat dengan pengorbanan. Dan menjadi sifat manusia biasa untuk tidak mudah melakukan pengorbanan melainkan diberikan jua balasan setimpal. Tanpa keimanan yang kukuh di hati, perkara ini pasti dianggap mustahil. Tetapi tidak bagi manusia yang berukhuwah dengan ukhuwah yang benar, kerana Allah Azza Wajalla.

 Pernahkah kita merenung peristiwa saat Rasullullah SAW mempersaudarakan Abdul Rahman Bin Auf dengan Sa’ad Bin Ar-Rabi? Ketika itu Saad berkata kepada Abdul Rahman:
“Aku termasuk orang Ansar yang mempunyai banyak harta kekayaan dan kekayaanku itu akan kubagi dua, separuh untuk kau dan separuh untukku. Aku juga mempunyai 2 orang isteri, lihatlah mana yang kau berkenan. Sebutkan namanya, ia akan aku segera kucerai dan sehabis masa iddahnya kau kupersilakan nikah dengannya.”.

Lihatlah bagaimana ikatan ini terjalin, padahal sebelum itu Saad dan Abdul Rahman terpisah dek jarak yang jauh; seorang di Mekah dan seorang lagi di Madinah. Inilah antara peristiwa menarik berkaitan indahnya ukhuwah yang terpupuk sesama mukmin semasa peristiwa hijrah Nabi dari Makkah ke Madinah.

Maksud ukhuwah menurut Imam Hasan al-Banna, “Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah ithar (mengutamakan saudaranya). “Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung”. (QS Al-Hasyr : 9)

Elemen ukhuwah sangat penting dalam penyatuan umat Islam. Hanya dengan ukhuwah yang mantap sesame Muslim dapat menjamin kebersamaan kita dalam menegakkan ad-Deen dan menentang kemungkaran. Pudarnya  elemen ukhuwah merupakan antara faktor kelemahan umat pada hari ini. Masakan ada pepatah Melayu yang menyebut, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Di saat saudara Muslim kita dibedil dengan zalimnya di Palestin dan Syria, apakah kita sama-sama turut merasai kesakitannya? Apabila saudara seaqidah kita ditembak secara rambang di masjid di Selatan Thailand, adakah kita cakna mengenainya? Tepuk dada, tanya iman kita. Sedangkan Rasulullah S.A.W bersabda, “Perumpamaan kaum mukmin dalam kasih sayang dan belas kasih serta cinta adalah seperti satu tubuh. Jika satu bagian anggota tubuh sakit maka akan merasa sakit seluruh tubuh dengan tidak bisa tidur dan merasa demam.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Mari kita muhasabah diri kita kembali. Persahabatan kita, persaudaraan kita. Ukhuwah fillah kita, adakah sekadar ucapan manis di bibir, atau kita benar-benar mengimani makna ukhuwah fillah itu. Allahua’lam.
READ MORE