BulatanKami

Tangisan malam-malam terakhir




Dikala dingin malam, aku terasa sunyi dengan hanya ditemani bunyi deruan angin yang menyejukkan suasana malam yang mendung diselangi dengan rintitan air hujan dan keadaan di luar ketika itu amat gelap gelita dan aku hanya ditemani oleh cahaya lampu kalimantang. Dalam tika itu, telintas di benak fikiranku betapa bumi ini turut menangis kerana takut kepada Allah SWT, walhal aku yang diciptakan lebih sempurna dari makhluk lain di muka bumi ini masih ragu-ragu dengan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Apakah aku akan terus begini? Apakah aku tidak sedar bahawa suatu masa kelak aku akan dihantar ke muka pengadilan dihadapan Allah SWT? Apakah aku tidak takut dengan janji seksaan yang amat pedih kepada hambanya yang lalai dan leka dengan nikmat dunia yang disalahguna?. Disaat itu, deras air mataku mengalir, terasa sebak didadaku, tiada jawapan yang dapat aku ungkapkan, tiada madah yang dapat aku bahaskan, baru aku sedar betapa jahilnye hidup menumpang di dunia ciptaan Allah SWT. Ingin sahaja aku meraung memecah kesunyian malam di atas kelalaian aku tetapi aku tidak mampu, adakah ruang untuk aku kembali kepada fitrah asal kejadian seorang manusia sebagai hamba yang sepatutnya mentauhidkan Allah dimuka bumi ini?. Aku mula melangkah longlai, dengan sedikit iman yang tersimpan didada, aku bangun berdiri menunaikan solat sunat. Setiap gerakan terasa berat tika fikiran singgah memikirkan azab yang disediakan untuk hamba lalai seperti aku, setiap bacaan menambah derasan dan sebak didada, terasa amat malu kepadaNYA tuhan sekelian alam dengan kejahilan lampau yang membutakan mata hatiku. Setiap saat aku merasa risau, dimanakah tempat aku kelak? Adakah lagi tempat aku disisiNYA? Berderai kembali air mataku. Aku amat berharap kepada Allah SWT, yang maha pengampun lagi maha penyayang agar mengampunkan segala dosaku, menerangkan kembali cahaya hati yang telah lama usang, memberi peluang lagi kepada aku untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan nikmatNYA yang tidak putus yang dikurniakan kepada semua hamba, tidak kira kepada yang beriman ataupun tidak. Maha Besar Tuhan sekelian alam. Sesungguhnya aku akan menyesali dosa ini hingga nafas terakhirku. 
0 Comments
Comments
Tweets

0 comments:

Catat Ulasan