Chatting vs Texting ~
IKRAM Siswa UIAM Kuantan | Isnin, September 17, 2012 |
Hana
memasukkan nama dan kata laluan. Akaun Skype miliknya terpampang di skrin
komputer. Matanya melilau mencari friend yang sedang online. Sebuah nama
mencuri perhatiannya. Dia tersenyum.
Hana
: Atok ! study ar. Online manjang.
Yusuf
: Sejak bila aku kahwin dengan nenek kau?
Haha. Tengah study add Math ni. Depan lappy~
Hana
: Tadi ada orang tu rajin. Siram pokok bagai..
Yusuf
: Eh mana tau ni? Ko lalu depan rumah aku ke?
Hana
: Yup. On the way nak pergi Mid..
Yusuf
: Tak singgah ? =p
Hana
: Takmo lah. Tadi aku dengan family. Tak pasal2 pulak mak ko ingat aku datang
nak
meminang kau. Haha.
Yusuf
: Haha. Tetibe pulak aku segan *(tutup muka pakai bantal)
Hana
: Gedik gila..haha =D Ok ar, mama panggil.
Sambung lain kali =)
Salam, kawan.
Hana Naziha. Seindah namanya, indah juga orangnya. Sekali dia tersenyum sudah
cukup untuk membuat orang lain cair. Barisan giginya tersusun rapi. Kemas. Hana
juga memiliki intelektual yang tinggi. Ditambah pula dengan kesopananya, dia
layak menyandang gelaran `Perempuan Melayu Terakhir`.
Yusuf? Toksah cerita. Ramai perempuan tergila-gilakan Yusuf. Dia merupakan anak
Melayu kacukan Itali. Anak matanya perang, hidungnya mancung dan berbadan
tegap. Meskipun berpakaian simple, dia kelihatan cukup kacak. Yusuf juga
seorang yang bijak, setanding dengan Hana. Yusuf seorang yang pemalu. Dia hanya
memiliki seorang kawan perempuan iaitu Hana.
Hana dan Yusuf merupakan kawan baik di alam maya tetapi malu-malu apabila di
sekolah. Walaupun Hana kelihatan happy-go-lucky, tetapi hakikatnya Hana
mempunyai masalah keluarga tersendiri. Yusuf bertindak menjadi pendengar yang
setia. Begitu juga dengan Yusuf. Mereka seringkali berkongsi suka duka di alam
Skype, Twitter, Facebook mahupun mesej.
*********************************************************************************
Hana memandang Yusuf dengan wajah marah.
Yusuf tidak mempedulikan Hana. Dia terus merayu kepada Allah agar diampunkan
dosanya. Air mata Yusuf bercucuran laju seolah-olah air sungai yang mengalir
deras. Keadaan sekelilingnya sudah tidak dipedulikan lagi.
“ Ya Allah. Aku tak bersalah!” Yusuf melutut. Bersungguh-sungguh dia memohon
ampun. “ Tapi dia !,” jarinya menghala kearah Hana. “ Dia yang selalu mengajak
aku berbual perkara yang sia-sia. Lepaskan aku, Allah…”
Hana menempelak. “ Tidak, Allah. Bahkan dia juga bersalah! Dia tak pernah
mengingatkan aku untuk meninggalkannya. Lepaskan aku, ya Allah. Aku mohon
keampunan Engkau..”, Hana merintih.
Suasana di mahsyar ini sangat huru-hara. Maing-masing sibuk dengan hal sendiri.
Mahkamah pengadilan-Nya sungguh menggerunkan. Ia seolah-olah pementasan drama
yang ditonton oleh semua manusia. Penelitian terhadap setiap amalan
hamba-hambaNya sungguh halus.
“ Cukup !” Satu suara menghentikan kata-kata mereka. “ Tiada erti kamu berbalah
di sini. Segala perbuatan kamu di dunia telah tercatat di kitab itu. Masuklah
ke dalam neraka dan rasakanlah pembalasan Allah. Sesungguhnya kamu berdua
termasuk dalam kalangan yang rugi kerana telah melanggar batasan ikhtilat
(pergaulan) yang telah Allah tetapkan”.
Tina-tiba Hana terjaga daripada tidur. Peluh dan air mata membasahi bajunya
yang berwarna biru. Dia beristighfar panjang. Mimpi tadi masih bermain-main di
fikirannya. Hana termenung. Adakah Allah sedang member teguran kepadanya?
Hana
: Apa kata kita stop chatting? J
Yusuf
: Tetibe je ni.. Kenapa? Aku buat salah ke?
Hana
: Mana ada kau buat salah
Yusuf
: Habis? Tetibe je. Alaa… kata kawan~
Hana
: Sebab kita kawanlah, kita kena stop buat benda lagha ni.
Betul tak ? Aku nak kita kawan sampai syurga J
Tak nak ar aku jadi penyebab kita masuk neraka. Naudzubillah.
Yusuf
: Hmm.. betul jugak. So, kita stop je ar. Tapi still kawan, kan?
Kawan sampai syurga J
Hana
: Insya Allah. Semoga Dia redha J
~Tamat~
Secebis
nota daripada hati :
“….Kemudian pada hari kiamat sebahagian kamu akan
saling mengingkari dan saling mengutuk. Dan tempat kembalimu ialah neraka, sama
sekali tiada penolong bagi kamu”
[Ankabut : 25]
Bertaubatlah selagi belum tiba hari penyesalan bagi
orang-orang yang berdosa.
Jangan diremehkan kecilnya dosa kerana dosa yang
kecil boleh membawa ke neraka.
Hati yang tidak terkesan dengan peringatan ialah
hati yang mati.
Wallahu a’lam J
sumber : badarmitibjugra
0 Comments
Tweets