Tolong jangan kritik, permulaan mendekati seseorang.
DeanulHaq | Selasa, Oktober 09, 2012 |
![]() |
[kredit] |
Melihat kepada sahabat- sahabat
yang bersemangat tahap tinggi untuk menjalankan amal ma’ruf dan nahi mungkar di
sekeliling saya (tak kurang jugak pembaca), saya merasa tertarik untuk
berkongsi dengan anda semua.
Pernah tak anda berhadapan dengan situasi di mana anda
bertemu dengan junior anda, dan anda melihatnya melakukan beberapa kesilapan
yang perlu dibaiki lalu anda menegurnya secara direct lalu diapun melarikan
diri dari anda tanpa membetulkan kesilapannya (panjangnya ayat tanpa noktah).
Jika pernah, anda mungkin telah melakukan kesilapan dalam
langkah untuk membetulkannya.(Bajetla, takkan menegur orangpun merupakan
kesilapan bang, kata anda yang sedang membaca).
Jadi di mana kesilapannya? Kerana tajuk di atas telahpun
membocorkan point saya, maka biar saya berterus terang sajalah. Jawapannya
ialah kerana anda bermula dengan mengkritik!
Bukankah kritikan itu membina? Anda cuba menyakinkan saya
yang sedang menulis. Saya katakan, ada cara yang lebih baik daripada
mengkritik.
Mari saya kongsikan, menurut buku How to Win Friends and
Influence People tulisan Dale Carniegie (saya baca Da’ie Carnigie ;D), kritikan
akan membuat orang yang dikritik memegang pendiriannya yang salah itu dengan
lebih teguh. Penulis membuktikannya dengan kisah Crowley seorang pembunuh dan
perompak bersenjata yang dikehendaki di Bandar New York. Kerana kelakuaan jahat
mamat ini, beliau telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati di atas kerusi
elektrik.
Anda mungkin mengharap Mamat ini bertanya, “ Adakah ini yang
saya dapat kerana membunuh orang? Tetapi anda silap, Kerana Crowley berkata,
“Adakah ini yang saya dapat kerana mempertahankan diri saya?”
Kita lihat, bagaimana Crowley tidak rasa bersalahpun dengan
pembunuhan yang dilakukan.
Cuba kita lihat pula, Al Capone, mamat ni pulak merupakan
gangster yang kejam yang pernah mengggegarkan Chicago. Dia tak pernah mengutuk
dirinya, bahkan dia yakin yang dia ialah seorang dermawan yang tidak dihargai
dan disalah ertikan.
Jadi apa pointnya di sini bang?
Ya, kita lihat Crowley dan Al Capone kedua- dua mereka tidak
langsung rasa bersalah dengan kesalahan yang mereka yang lakukan. Kritikan dan
kondeman (ade dalam kamus ke?) daripada masyarakat tidakpun mengubah pendirian
mereka untuk merasa bersalah bahkan mereka menjustifikasikan perbuatan mereka
sebagai sesuatu yang mulia.
Kritikan merupakan perkara yang sia-sia kerana meletakkan
orang yang dikritik dalam posisi defensive, yang membuatkan mereka cuba untuk
mempertahankan diri mereka.
Juga terbukti jika kita membela binatang peliharaan,
ganjaran akan lebih baik untuk mengajar mereka daripada hukuman atas kesilapan
yang dilakukan. Kajian juga menunjukkan hal yang sama berlaku kepada manusia.
(penulis tidak menyamakan manusia dengan haiwan, tidak sama sekali)
Ada tak contoh bagaimana boleh dibaiki situasi ini?
Jawapannya mestilah adakan..(no poin la tulis artikel takda
jalan penyelesaian)
George, seorang Koordinator Keselamatan berasa tensen dan
pening kepala dek kerana pekerja- pekerja syarikat tempat dia bekerja tidak
mengenakan topi keselamatan sewaktu bekerja. Maka, beliaupun membuat laporan
apabila ternampak pekerja yang tidak mengenakan topi keselamatan sewaktu
bekerja, lalu menyenaraikan dengan panjang lebar peraturan yang mereka perlu
patuhi. Akibatnya, beliau tidak dihormati dan pekerjapun membuka topi
keselamatan sejurus sahaja dia beredar dari kawasan mereka bekerja.
Belajar dengan situasi yang berlaku George mengubah
pendekatannya. Apabila dia terjumpa saja pekerja yang tidak memakai topi
keledar, beliau akan bertanya samada topi itu tidak selesa dipakai atau tidak
muat. Kemudian dia mengingatkan dengan nada yang mesra yang topi ini direka
untuk melindungi mereka daripada kecedaraan dan menyarankan supaya topi itu
sentiasa dipakai.
Hasilnya?
Timbul kesedaran bagi mematuhi peraturan tanpa rasa kesal
dan benci.
![]() |
[kredit] |
Nah, kita lihat daripada kisah di atas kritikan ternyata tidak
menyelesai masalah bahkan lebih menambah masalah lagi.
Samalah juga dengan Da’ie, jika mahu menegur seseorang
jangan terus terjah. Fahami dahulu mereka dan selami dahulu nilai positive yang
ada pada mereka. Manusia ini gemar dipuji dan diberi ganjaran. Tidak suka
dikritik dan dimarahi. Maka tegurilah dengan hikmah.
Tegur tidak bermakna kita perlu memberitahu kesalahan mereka
secara terus, mungkin mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan itu salah.
Jadilah pembimbing dan bukannya penghukum. Cubalah kita tukar perkataan kita
daripada ‘kau tahu tak apa yang kau lakukan ini salah?’ kepada ‘ Biar aku
tunjukkan cara yang baik yang boleh kau buat’.
Daripada ‘Orang tak pakai tudung masuk neraka’ kepada ‘Saya
harap kita bersama bertemu di surga’. Daripada ‘kaki tidur dalam kelas!’ kepada
‘ Makan gula- gula ni, ubat tahan mengantuk, nak aku urut sekali ke?’.
Kesimpulannya, mari kita cuba menukar cara pendekatan
daripada mengkritik kepada cara pendekatan membimbing dan membina. Tidak
mengutuk tetapi memberikan penyelesaian. Cara ini lebih ‘human- friendly')
Seposen dua dariku. Harap boleh dipraktis oh!
0 Comments
Tweets