BulatanKami

M. Nasir bagi tazkirah??




dakwah dan tarbiyah itu cool
(gambar sekadar hiasan)

Mnasir bg tazkirah? Dekat mana? Surau taman rumah hang ka? hang jemput ka? Eh2..bila plak..aku x cakap pun..pandai ja hang pi buat cerita..aish,tadi kata m.nasir bg tazkirah..peluh di dahi..uish…cepat betoi melatah..

Pernah dengar lagu Mnasir tajuknya tanya sama itu hud-hud (ish lagha nya..tanya lagu ntah apa-apa dia ni) err…peluh lagi di dahi,dua titik peluh..sabar-sabar…pernah tak?

Ha! Tajuk dia pon dah macam familiar kan? Rangkap dia yg selalu macam orang ingat (erk anda ingat ke?)

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
….          
Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari

 Haa…macam pernah kan? (abaikan kalau anda budak baik dan suci yang tidak pernah dengar lagu mcm ni,point penting akan datang sekejap lg..susah nk explain..peluh lagi di dahi,tiga titik peluh)

Dalam lagu tu sering menyebut nama hud-hud.
Tahukah anda hud-hud adalah sejenis burung? (erk..kalau x tahu,sila tanya kepada encik serba tahu aka Mr google..erk..peluh lagi..empat titik peluh)

Ha….dan tahukah anda dalam Al-quran terdapat kisah berkenaan burung ini? Haa… kalau yang tahu tu..surah apa? Ayat berapa? Haa… jawab-jawab…hehe..

Kisah ini telah dirakamkan di dalam Al-quran dalam surah An-Naml ayat 20-23

Dan dia ( Nabi Sulaiman) memeriksa burung-burung lalu berkata : “ Mengapa aku tidak melihat Hud-Hud, apakah dia termasuk dari kalangan yang tidak hadir. Sudah pasti akan ku menyiksanya dengan siksaan yang amat pedih atau aku akan menyembelihnya kecuali ia datang kepadaku dengan alasan yang terang dan nyata”. Maka selang beberapa ketika, datanglah burung Hud-Hud lalu ia berkata . “ aku telah mengetahui apa yang kamu belum mengetahuinya, dan aku bawakan kepada kamu dari Saba’ satu berita  penting dan diyakini. Sesungguhnya akau mendapati seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahkan dengan segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar..”

 Mode serius

Jika dihayati kisah di atas ni anda akan mendapati banyak pengajaran yang dapat dikutip. Sungguh sangat banyak pengajaran bg orang yang mahu berfikir

Hud-hud tergolong dalam jenis burung yang berbadan kecil. (tak percaya? Sila tanya encik serba tahu aka Mr G__gl_, peluh lagi, lima titik). 

Hud-hud yang kecil. Tapi penuh hikmah dan bergaya bagi saya. Sungguh bergaya dan hebat.

Kelewatan hud-hud bukan menjadi sebuah alasan untuk escapism,malah ia menjadi asbab kepada pembukaan sebuah lahan/kawasan dakwah yang baru. Kelewatanya itu juga atas alasan yg solid dan kukuh. Bukan alasan yg dibuat-buat dan direka-reka. Hud-hud juga tidak memberikan alasan fizikalnya yang kecil dan keterbatasanya, walaupon boleh saja ia jadikan itu sebagai alasan bukan? Sebaliknya, dengan fizikal yang kecil dia membawa berita yang besar “aku telah mengetahui apa yang kamu belum mengetahuinya, dan aku bawakan kepada kamu dari Saba’”

Kekaguman pada kisah ini tidak terhenti.

Bertambah kagum. Hud-hud yang kecil ini mempunyai nilai yg tinggi. PROAKTIF

Proaktif bagaikan sebuah nilai yang ditinggal ke belakang oleh diri kita hari ini. Proaktif didefinasikan oleh kamus pelajar edisi kedua sebagai “bersikap positif dgn merangka dan mengawal tindakan yg dilakukan jauh lebih awal drpd jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian”

Kita hari ni hanya menunggu-nunggu. Tidak kita yang menjadi pemula. Adakah hud-hud menunggu arahan daripada nabi sulaiman? Hud-hud yang kecil itu yang sendirinya bergerak. Hud-hud yang kecil itu yang sendiri mencari inisiatif

Menunggu-nunggu itu mungkin lebih baik daripada terus meninggalkan. Kita bukan hanya terkdang menunggu-nunggu malahan tidak menuggu langsung dan beralih kepada yang melalaikan. Golongan ini lebih tenat

Sungguh, kita perlu lebih proaktif. Bersiap-sedia dengan tugasan. Bertanya sekiranya mahukan  bantuan. Hud-hud bukanlah satu lambang hilangnya kawalan dan terus merayap-rayap hingga larut ditelan jahiliyah. Tapi hud-hud adalah lambang kepada sebuah perancangan dan bergerak bukan statik.

Walaupon fizikalnya kecil. Namu hud-hud berjiwa besar. Mahu melihat dakwah sampai kepada sebuah negeri yang belum dicapai. Adakah kita terbalik? Mahu mempunyai jiwa sekecil tubuh hud-hud? Jauh benar bezanya kita dengan seekor hud-hud.

Itu hud-hud d izaman dahulu kala.kolot dan kuno katanya. Sekarang? Moden katanya. Dunia moden dan terbuka ini membuka ruang proaktif yang lebih besar lebih afektif. Tidak perlu berterbang mengepak sayap kecil lelah seperti hud-hud. Sekrang ada pacuan, ada internet. Jadi?

Satu situasi contoh

lebih parah lagi,kita bukan sahaja kehilangan nilai proaktif tapi kita mempunyai nilai depend on other. Beranggapan orang lain dah buat aku tak payah buat. Huh? Begini? Sepatutnya dan selayaknya hud-hud kecilah yang lebih layak berfikir begini kerana dia mempunya alasan yang kukuh!! “Masakan nabi sulaiman yang mempunyai kerajaan yang besar,menguasai angin dan makhluk sepertji jin dan haiwan ini tidak tahu ada sebuah negara yg bernama saba’ masih belum mendapat dakwah? Mesti nabi sulaiman tahu!!” masuk akal bukan? Namun,hud-hud sekali-kali tidak melakukannya.

Situasi kotemporari sebagai contoh tiada kena mengena antara hidup dan mati (huh..berpeluh lagi..cuba kira yang ke berapa? Yang kee..enam titik peluh)

Dalam sebuah majlis berbuka puasa diminta semua orang membawa makanan masing-masing. Semua tidak proaktif malah lebih teruk mempunyai gaya berfikir eh,dia dah bawa makanan aku tumpang makanan dia saja la. Maka,apa yang akan jadi akhirnya? Semua tak  membawa makanan.maka,berlaparlah.

Saya dan anda

Proaktif lebih mudah disebut,namun bukan mudah untuk melakukannya. Namun, andai tidak melakukan apa-apa langsung dengan berpandangan saya tidak mempunyai apa-apa. Maka, saya malu kepada hud-hud yang kecil ini.(huh..peluh lagi di dahi..tujuh titik..dah la..lap peluh tu..hmm)




Hud-hud bukan hanya hud-hud

Kecil tubuhnya,

Besar beritanya,

Itu burung,

Kita?         



“Aku bawakan kepada kamu dari Saba’ satu berita  penting dan diyakini”-hud-hud

























Penulisan ini adalah menjadi muhasabah kepada penulis

Agar ia beringat

Kita menyeru hanya kepada-Dia (Nya)



0 Comments
Comments
Tweets

0 comments:

Catat Ulasan