BulatanKami

Berpegang Sumber yang Lapuk?

Assalamualaikum,

Kali ni, saya ingin mengulas perkara ini. Pernahkah bergerak difikiran kalian, kenapa  kita guna sumber-sumber terdahulu dan cara(style) lama yang mungkin macam ketinggalan zaman.

Huraian:
Teknik menjawab apa-apa persoalan adalah salah satunya dengan membuat persoalan kembali. Jadi, kita perlu mengetahui dahulu apakah yang dimaksudkan dengan sumber lama? Apakah contoh sumber lama?

Kalau sumber Quran &Sunnah, itu adalah kerana Nabi Saw yang memerintahkan kita supaya mengikuti sumber tersebut. Nabi pernah berkata yang sesiapa yang mengikuti Aku, maka dia tidak akan sesat. Maka wajiblah kita mengikut dua sumber tersebut.

Bagaimana pula dengan sumber-sumber lain seperti yang tercatat dalam sejarah? Kalau sumber seperti ajaran IHAB contohnya, anda diberi peluang untuk turut serta atau tidak turut serta. Jika kita rasakan cara yang dilaksanakan oleh orang terdahulu lapuk dan tidak sesuai dipakai untuk masa kini, maka ada cadangan lain yang sesuai untuk menggantikannya? Kalau ada, anda dialu-alukan untuk menyuarakan di sini kerana kami amat berbesar hati untuk mengetahuinya. Tapi ingat, kita bukan mengikut IHAB. Kita mengikut ajaran yang Islam yang disusun mengikut kaedah dakwah IHAB kerana percaya itu adalah yang paling hampir dengan cara yang dibawa oleh Rasulullah.

Lain pula halnya jika bab ibadah. Kita memang kena ikut apa yg disuruh. Semua ibadah adalah haram kecuali jika ada nas. Tapi kalau bab dunia, boleh ikut cara apa sekalipun asalkan baik &ikut undang2 dunia. Maksudnya, semua benda keduniaan adalah harus dibuat kecuali ada nas yang mengharamkannya.

Jazakallahu khayr. Moga manfaatkan cuti sebaiknya bagi sesiapa yang bercuti. Kita sentiasa memakai baju para daie dan baju itu hanya terlucut apabila maut menjelma. Jadi, selagi ada peluang dan ruang, gunakan masa anda sebaiknya untuk mengejar kebahagiaan yang kekal abadi.. insyallah.

0 Comments
Comments
Tweets

0 comments:

Catat Ulasan