BulatanKami

‘Ibrah Ringkas Kisah Pemilik Dua Kebun

image

Teringat kembali musibah yang ditimpa beberapa bulan lepas yang memang tak disangka-sangka, membuatkan diri baru terasa dengan ‘ainul yaqiin dengan ibrah kisah pemilik dua kebun dalam surah al kahf, yang seringkali kita baca setiap hari Jumaat.

Surah yang mana mempunyai mesej dan peringatan yang penting bagi umat akhir zaman sebagai bekal senjata bagi menghadapi fitnah dan dugaan yang tak pernah padam dalam hidup kita dewasa ini.

 

Seseorang yang kembali beriman dengan Allah ‘Azza Wa Jalla setelah ditimpa musibah dalam hidupnya ketika berada dalam lembah kekufuran, tidaklah bermakna dia takkan diuji selepas dia beriman.

image

Hal ini kerana dugaan datang menerpa hidup insan dengan pelbagai makna dan bentuk, sama ada sebagai balasan atas dosa atau ganjaran atas kesabaran.

Oleh sebab itu, musibah yang hadir saban hari membetulkan cara pemikiran dan sudut pandang kita terhadap hakikat kehidupan dan ujian, serta betapa pentingnya kita meletakkan sepenuh kebergantungan kita hanya pada Allah Ta’ala.

Bersangka baik dengan Allah dan melihat kehidupan dari kaca mata akhirat menjadikan jiwa lebih tenang dan bahagia. Moga Allah sentiasa rahmati kita dan ampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini. Amiin ya rabbal ‘alamiin.

Wallahua’lam. Moga Allah redha.

Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman.

4.15 pagi, 6 Jun 2014M bersamaan 7 Sya’ban 1435H.

*Penulis merupakan mahasiswa tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan, Pahang. Blog peribadi beliau: http://ordinaryguy92.wordpress.com/

0 Comments
Comments
Tweets

0 comments:

Catat Ulasan