BulatanKami

Jom Muhasabah Diri - Aku Sukarelawan Yang Bagaimana?


Assalamualaikum.

[Sukarelawan Islam]

Apabila disebut perkataan sukarelawan Islam, maka yang terlintas di fikiran kita; 'saya datang tolong bila saya rasa saya free' dan kualiti kerja seperti menuang air ke daun keladi. Janji siap tanpa peduli kualiti kerja dan kadang-kala tidak siap langsung.

Sesuatu yang menarik tentang sukarelawan Belum Islam yang saya kenali dan pernah terlibat sebelum & selepas memeluk Islam adalah kualiti kerja mereka adalah 1st class. Bila diminta hadir pukul 7.00am maka mereka akan berada di sana paling lewat 6.45am. Mereka terdiri dari remaja & juga golongan professional yang telah berumah tangga dan mereka mencari sebab untuk menjadi sebahagian dari pasukan. Walaupun banyak yang mereka sumbangkan dan mengorbankan masa mereka, mereka sentiasa merasa tak banyak sumbangan mereka dan konsisten dalam kerja.

Definisi sukarelawan dalam Islam adalah sepatutnya; 'saya akan mencari masa untuk menyumbang.' Sukarelawan Islam selalu 'On Call' untuk menyahut dan menerima tugasan. Taat kepada Amir selagi ianya tidak bercanggah dengan tuntutan Islam walaupun diri kita tidak setuju sebagaimana Umar ibn Khattab taat kepada Abu Bakar. Kualiti kerja mestilah sentiasa tip top & bukannya melepaskan batuk di tangga.

Melihat situasi ini, tidak hairanlah organisasi Belum Islam memandang rendah terhadap organisasi Islam & umat Islam. Cakap tak serupa bikin kononnya standard Islam adalah terbaik tetapi kualiti sebenar tak sehebat mana. Lawatlah mana-mana organisasi Islam & juga lihatlah kepada event yang mereka anjurkan adalah tidak profesional & budaya tidak apa masih menebal. Bukan semua organisasi Islam begitu tetapi banyak.

Masa untuk diri kita sendiri bermuhasabah adakah kita ikhlas melakukannya demi Allah dan mengharapkan keredhaan-Nya atau kita mencari pujian makhluk-Nya? Atau kita akan mencari seribu satu alasan bagi menutup kelemahan kita serta menjustifikasi tindakan kita? Wallahualam..

{[:-)#
copied from facebook Malaysia Reverted Muslim (Formerly Malaysia Chinese Muslim)

Jadi, bagaimana dengan kita?
"Tolong waktu aku free saja dan secara sambil lewa" atau "aku bersedia menghulurkan pertolongan dan akan memberikan bantuan sebaik mungkin yang aku dapat berikan"?

Muhasabah diri kita jom.. Kalau kita perasan kawan-kawan kita kureng sikit, apa kata kita saling nasihat menasihati dan bantu membantu supaya sama-sama menjadi super duper hebat gilang gemilang. Takkan nak masuk syurga sorang-sorang, ya tak? Jadi, ajaklah sahabat-sahabat kita sekali untuk masuk syurga berbondong-bondong. Hoyeahh~

Akhir sekali yang paling penting ialah jangan lupa berdoa memohon kepada Allah supaya memudahkan kita untuk menjadi "Sukarelawan yang benar-benar Islam". Ingat lagi tak apa yang Allah janji sebagaimana dalam Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
(Shahih Muslim No.4832)

Usahalah yang semampu yang kita mampu. Allah tahu kemampuan anda. Setiap orang mempunyai kemampuan dan kelebihan masing. Jadi hanya kita sendiri yang tahu sebanyak mana yang kita perlu buat.
0 Comments
Comments
Tweets

0 comments:

Catat Ulasan