BulatanKami

Berubah atau tetap atau baik atau tak baik


Bismillah

harap anda semua sihat dan masih berada dalam iman dan islam dan masih bersyukur dengan apa yang telah dikurnikan kepada kita. Sesungguhnya nikmat yang dikurniakan kepada kita ini sebenarnya adalah untuk kita teguh dengan tugas kita sebagai seorang khalifah dan abid dan jangan sesekali kita lupa dan alpa dengan menyalahgunakan apa yang kita ada. Dalam surah al asr Allah SWT telah berfiman. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang membuat amal kebajikan dan orang yang berpesan pada kebaikan. Disini dapat kita bandingkan dengan kehidupan kita dimana kebanyakan dari kita berada dalam kerugian. Kenapa?. Kerana kebanyakan apa yang kita lakukan di dunia ini adalah bukan kerana Allah SWT dan apa yang keluar pada mulut kita kadang-kadang tidak menjurus pun kepada kebaikan. 

Tapi apakah kita akan biarkan ia berterusan? Mungkin ya kepada yang selesa dengan keadaan sekarang dan mungkin tidak kepada yang telah sedar dan yang ingin berubah, tapi semestinya kita adalah salah satu diantara dua. Sebelum kita pergi lebih jauh mari kita cari akar pada masalah yang berlaku. Kenapa dan apa yang menyebabkan situasi sekarang yang menjurus kebanyakan orang kepada kerugian? Kalau kita kaji dan fikir sejenak, factor yang mungkin berlaku adalah factor dari diri kita sendiri dan factor dari luar. 

Pada kebiasaannya nya suatu benda atau perkara yang hendak kita lakukan perlu mendapat keizinan hati, maksudnya kita tidak akan membuat suatu perkara kalau hati kita tidak berkata “boleh”. Ini dikatakan sebagai bisikan hati. Selalunya bisikan hati ini akan berkait dengan ilmu atau kefahaman seseorang. Secara mudahnya, kita tidak akan makan suatu makanan sekiranya kita tak tahu makan itu boleh makan atau tak boleh makan. Betul kan?. Oleh itu,, hati dan ilmu itu penting dalam menentukan arah perbuatan kita. Sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda “ sesungguhnya aku tinggalkan quran dan sunnah, barang siapa yang berpegang kepada keduanya maka dia tidak akan sesat untuk selamanya”. Daripada hadis ini, jelas dan terang lagi bersuluh bahawa quran dan sunnah itu adalah sumber ilmu yang paling sahih dalam dunia ini. Wajib atau sangat perlu bagi semua manusia di muka bumi ini untuk mempelajari quran kerana di dalam nya terdapat jawapan bagi semua persolan tentang kehidupan. Disinilah kita akan dapat lihat apakah erti kebaikan yang dimaksudkan oleh Allah SWT. Oleh itu, kita tidak akan menjadi rugi jika setiap benda yang kita lakukan itu adalah perkara yang membawa kepada kebaikan. Hati juga mempunyai degree kekerasan dimana semakin keras hati semakin susah ilmu nak masuk. Biasa bukan kita dengar ungkapan sebegitu? Dan biasa juga kita dengar penawar hati keras adalah zikir. Ya betul, Nampak simple sampaikan segelintir orang pandang remeh dengan perkatan zikir itu sendiri. Jika kita pernah mendengar hadis di mana Rasullah SAW yang maksum pun sangat menjaga amalan zikir lagikan kita yang mudah terpengaruh dengan suasana jahiliah. Maka, bacalah zikir, tak banyak, sikit pun dah ok dan yang penting konsisten. Nak senang baca sahaja ma’thurat pagi dan petang. Semoga Allah SWT memelihara hati dari terus membeku. Nampakkan, factor dalaman pun dah banyak. Mungkin point kat sini masih sikit, kalau belek kitab-kitab besar maka masalah hati atau masalah dalaman ini boleh dibahaskan berjela-jela. Kalau nak list kat blog ni maka xd lah post lain lepas ni sebab panjang sangat.mungkin.

Kita lihat pula factor luaran yang lebih common atau lebih nampak sebab die kat luar. Pertama, dalam surah An-nas, kalau kita lihat ayat ke 5 dan ke 6 yang bermaksud “yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia”. Wow, nampakkan? Kalau nak describe jin, maka yang lebih tahu itu adalah orang yang pernah tengok hantu. Kalau nak describe manusia makanya dia adalah orang yang pernah jadi ‘hantu’. Mudah bukan? Mudah untuk kita kenal pasti tapi susah untuk kita tangani. biasa kita selalu dengar orang yang diganggu oleh jin akan meracau-racau (atau hysteria) dan obat nya adalah bacaan quran dan doa tertentu. Itu contoh yang mudah kita lihat bagaimana syaitan dari golongan jin ini mengganggu manusia. Tapi yang menjadi masalah ialah jin ini jugalah yang selalu membuatkan kita malas untuk belajar, malas nak baca quran dan yang paling teruk, malas nak solat. Perasan ke? Ini yang disebut dalam tafsir fizillal surah an-nas di mana kita tidak akan dapat mengesan method yang digunakan oleh jin tapi kita dapat lihat dan rasa kesannya. Inilah yang sangat dirisaukan oleh Nabi SAW dalam satu hadis bermaksud syaitan itu akan mengalir dalam salur darah manusia dan nabi SAW sangat risau jika syaitan akan membisikkan suatu yang buruk dalam hati manusia. Maksudnya apa? Maksudnya kita mesti membuat perisai supaya hati ini sentiasa terpelihara dari bisikan syaitan. Bagaimana? Bagai ulasan kat perenggan ketiga tadi. Boleh baca balik kalau dah lupe.

Pernah tak kita dengar ungkapan syaitan bertopengkan manusia? Sebenarnya ungkapan tu tak betul. Sebab manusia itu akan serta merta jadi syaitan jika dia membisikkan perkara mungkar. Ye kan? Sesetengah ulama atau alim hadis menyatakan bahawa syaitan itu bukanlah satu makhluk tapi ia adalah satu idea, maksudnya tak kiralah sesiapa pon yang membisikkan kepada kemungkaran, maka dia adalah syaitan. Macam perkataan islam, ada islam ‘I’ kecik dan Islam ‘I’ besar.(kalau macam tak faham boleh Tanya kat ruang komen, ada lah orang jawab nanti). Dapat kan maksud syaitan tu? Kalau dah faham barulah kita pergi kepada definisi manusia syaitan di sekeliling kita.peh. Ok, kita start dengan rakan atau kawan kita yang selalu ajak kita buat benda tak baik. Cam ne eh? Sensitip rasenye nak mencontohkan kat sini. Em...ar..kebiasaannya student biasa akan me’release’ tension dengan keluar makan, jalan-jalan, main boling, atau/dan tengok wayang. Biasa kan? Kalau tak biasa carilah contoh lain yang seangkatan dengannya. Biasa sedang seronok dengan aktiviti luar, rakan kita tu tak mau berenti pegi solat. Sedangkan kita dah ingatkan berkali-kali sampai abes waktu solat, kita still dengan aktiviti kita. (kalau salah contoh nie bagtau la kat ruang komen). Nampakkan sape yang syaitan? Nampak macam skeptic sikit perkataan syaitan untuk rakan. Tapi itulah hakikatnya.aish. tapi jangan salah faham, bukankah syaitan itu hanyalah suatu idea?, maksudnya jika kita ada rakan seperti itu, jangan terus mengelakkan diri seperti macam kita tengok hantu. Tapi telah menjadi  tanggungjawab kita sebagai rakan supaya bersihkan rakan kita dan menyelamatkan dia dari idea syaitan. Maksudnya kita hanya benci kepada perbuatan buruk (aka idea syaitan) yang ada pada rakan tapi kita sayang pada rakan kita. Sweet kan? Ini lah yang dikatakan dalam perenggan awal-awal tadi iaitu orang yang beruntung itu adalah orang yang berpesan kepada kebaikan. Tu dia :)

Rase cukup kot untuk muhasabah diri kita untuk sekian kalinya samaada jawapan pada soalan “adakah kita dalam kerugian? Adakah kita ingin sentiasa dalam kerugian?” sudah terjawab atau pon kene tunggu episode post akan datang. Wallahualam.



1 Comments
Comments
Tweets

1 comments:

Mriylias berkata...

apa maksud "i" kecil dan "I" besar?
er..diizinkan untuk bertanya berkenaan ni menurut artikel di atas

Catat Ulasan