BulatanKami

PEMUDA OSEM KUASA 5

(gambar sekadar hiasan)


Salam,wah apakah tajuk macam ni pemuda osem kuasa 5? Boboiboy pon kuasa 3 ja kot..hang nak tarik audience ke apa buat tajuk macam ni? Mengarut apa cerita hang ni? Tajuk macam pelik ja? Err..xde la pelik sangat ok ja,angel pakai gucci punya tajuk lagi pelik kot dengan raksaksa gorgon la,super saiya tahap ketujuh la.ok je pun..best kot blog angel..tapi….tapi..mungkin xdak kena mengena kot tajuk dengan apa yang nak cakap kat sini,tapi apa pon hang baca la dulu..pastu pandai-pandai la hang relate dengan tajuk sendiri..hehe..errk..ok..so,apa nak cerita ni?
Ok,mode serius.
Sungguh, malu sebernarnya kalam ingin mencoret kisah tentang sahabat rasullah yang sangat hebat ini. Siapalah diri yang hina ini untuk melakar dan mengisahkan tentang seorang sahabat rasullah,berjumpa pun tak pernah,bersua apatah lagi. Namun, cerita sahabat ini telah ku bincangkan di dalam bulatan untuk diambil pengajaran bersama. Maka, apa salahnya ia ditukar dalam tulisan pula.
Sahabat yang tidak asing ini namanya ialah Abdullah bin abu quhafah. Ha! Sudah kenal bukan? Dialah yang mendapat gelaran as-siddiq yang membawa maksud yang membenarkan. Dialah Saidina Abu Bakar As-siddiq yang menjadi saksi hijrah rasullah ke madinah kerana beliau berhijrah bersama rasullah, dialah yang yang menggantikan rasullah menjadi imam saat rasullah dalam keadaan gering dan dialah khalifah pertama untuk ummat islam. Beliaulah sahabat setia, pedamping yang baik, menaruh sepenuh kepercayaan disaat yang lain penuh keraguan, dan dialah bapa mertua kepada rasullah.  Sungguh jika disela satu persatu sirah beliau tak mampu untuk ku menulis disini kerana banyaknya sumbangan beliau untuk islam. 
Bukanlah disini untuk membuka satu demi satu lembaran sirah beliau, namun beberapa point dan pengajaran yang sangat terkesan dia hati dan ditekan dalam bulatanku untuk dikongsikan dengan pembaca sekalian. Pengajaran pertama, mari teliti sirah ini. 

“Kota madinah gempar hari tu. Penuh syahdu. Hari yang tidak pernah dibayangkan oleh sahabat. Hari yang mendukacitakan bagi ummat. Turun nya surah an-nashr merupakan petanda awal.  Pembukaan mekah (fathul mekah) yang penuh gilang-gemilang merupakan petanda awal kesedihan pada hari ini.

 “apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (1) dan kamu melihat manusia masuk agama allah dengan berbondong-bondong (2) maka bertasbihlah dengan memuji tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sesungguhnya, dia adalah maha penerima taubat”


"Tugas baginda sudah selesai sebagai, maka ajalnya hampir tiba. Dan hari ini buktinya. Madinah menjadi suram. Madinah dipenuhi dengan tangisan. Sahabat-sahabat penuh kedukaan. Perginya seorang kekasih,perginya seorang insan mulia. Air mata mengalir lesu dan laju,bagai tiada tanda-tanda mahu berhenti. Teresak-esak. Janggut menjadi basah dengan linangan,pipi menjadi lembap dengan aliran air mata bersungkawa. Siapakah peganti insan mulia ini? Adakah manusia yang lebih mulia dari akhlak baginda? Wajah bercahaya purnama itu tidak lagi dapat ditatap oleh penduduk mekah. Tertunduk sahabat kesedihan.pilu. para wanita menjadi luluh,kanak-kanak juga mengerti,para pemuda apatah lagi.  Di tengah keadaan penuh lara itu, umar al-khattab bangkit di luar rumah berteriak rasullah tidak mati. Abu bakar segera menenangkan dengan membaca surah Ali-imran:144"


Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.


"Ketika mendengar ayat ini, umar menghentikan teriakannya dan menjadi tenang, seolah olah dia belum pernah mendengar ayat itu sama sekali”

Air mata mengalir bila mengenangkan kisah kewafatan insan agung ini. Di saat penuh kedukaan,Abu bakar menuturkan ayat yang membuat sebuah jiwa bangkit dan sedar. Sungguh, pengajaran daripada saidina Abu Bakar ialah kecintaan kepada rasullah dengan sebuah kecintaan yang benar. Sebuah kecintaan yg penuh suluhan hidayah dan ketenangan. Bukan seperti kisah cinta kita hari ni. Konon cinta itu buta.lihat cinta ini, ia tidak pernah membutakan, malah ia menyinarkan. Cinta Abu Bakar As-Siddiq ini bukan cinta ikut-ikutan tapi sebuah cinta penuh kesedaran. Cinta yang dipamerkan juga buka cinta hanya penuh emosi semata namun penuh dengan praktikal dan rasional. Berbeza bukan denga cinta kita kepada rasullah? Alah..dia sahabat…mesti itu yang terlintas difikiran…maka contohilah mereka,semampu kita. Boleh kan? J Terapkan dalam diri kita kecintaan kepada baginda..caranya? tepuk dada tny iman? Bincangkan dalam bulatan anda.. J hidupkan sunnah.


Pengajaran kedua. Tahukah anda dalam 10 sahabat yang dijamin masuk syurga lima daripadanya diislamkan melalui Abu Bakar As-siddiq. Mereka ialah Zubair bin awwam, usman bin affan, talhah bin ubaidah, saad bin abi waqas dan abdurahman bin Auf. Wah.. famous sahabat-sahabat ni. Semuanya membawa sumbangan yang besar terhadap dakwah islam. Dan..pernah anda mendengar hadis ini.

“Daripada Sahl Bin Sa’ad Radhiyallaahu ‘Anhu bahawa rasullaah shollallaahu ‘Alaihi wa sallaam pernah bersabda. “Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah kepada seorang sahaja (kerana da’wah) melalui dirimu , (itu) adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu memiliki unta-unta merah”
Riwayat Bukhari, muslim dan Ahmad

 Atau hadis yang lain..

“Jika Allah SWT memberikan hidayah kepada seseorang lantaran anda,itu lebih baik bagimu daripada dunia dan seisinya”
Hadis riwayat at tabrani

Wah..besar bukan pahala mengajak dan manusia lain kearah kebaikkan. Ini tawaran yang sangat lumayan dari Allah. Tak nak ke? Dan bayangkan apabila manusia itu beramal dan melakukan kebaikan atas apa yang kita serukan itu setiap kali dia beramal hingga akhir hayatnya maka pahala akan terus dapat kepada kita juga. Lihat kepada kisah Abu Bakar pada awalnya masuk islam sangat bersungguh-sungguh mengajak manusia ke arah kebenaran islam. Sungguh hanya kalimah tauhid  sahaja yang disampaikan ketika itu,namun telah merubah segala kehidupan. Refleksi kepada kita hari ini,apakah apa yang kita dapat dalam bulatan itu merubah kita? Dan kita sampaikan kepada yang lain? sampaikanlah kebaikan dan kebenaran walau dengan hanya satu kalimah.

Semoga ini menjadi pengajaran dan semangat untuk anda dan saya





















Kita menyeru hanya kepada-Dia (Nya)
0 Comments
Comments
Tweets

0 comments:

Catat Ulasan