BulatanKami
This is an example of a HTML caption with a link.

Sejarah Sambutan Maulid Nabi SAW

Assalamualaikum..

Jom ketahui tentang sejarah Maulid Nabi.. Bila sebenarnya terjadinya Sambutan Maulid Nabi?

Ikuti penerangan di bawah.

Maulid nabi memang berlaku. Maulid maksudnya kelahiran Nabi saw. Biasanya orang ni, bila lahir, kita tak tau jadi apa lagi pada masa depan dia. Orang tak tahu tempat kat mana n sapa dia. Cuma orang tahu ciri-ciri dia. Jadi bila dia besar, sebab bawa ajaran Islam, baginda jadi terkenal. Nabi kan menyampaikan. Sampaikan benda yang Allah suruh. Nabi akan sampaikan belaka iaitu akan dipanggil syariat. Jadi kalau nabi senyap, maksudnya ikut la nak buat ke tak buat. Jadi... nak sambut maulid, nabi ada suruh ke tak? Tak ada kan. Maknanya? Itu bermaksud bukan benda yang Allah suruh. Yang suruh selawat kepada Allah pun, Allah suruh Nabi selawat. Tapi benda ni Nabi tak suruh.  

Jadi...Zaman sahabat ada buat tak? Tak ada juga.. Jadi kalau orang nak buat juga? Ia bukan syarak, bukan ibadah (sebab nabi tak suruh). Walaupun memang kata sayang Nabi pun, tapi benda tu bukan yang Tuhan suruh. Tapi bukan yang dilarang. Jadi, ni hanya tabie manusia..cara manusia.. jadi, tak boleh cakap sambut benda ni dapat pahala..  

Tabiin pun tak sambut. Tabi' dan tabiin pun tak sambut.  

Orang/ Zaman Fatimiah dekat Afrika Utara yang mula-mula buat sebab orang masa tu dok sibuk aktiviti lain dan banyak melupakan ajaran Nabi. Kerajaan Abasiyah dah lemah ketika tu. Kerajaan Fatimiah adalah orang syiah yang memberontok dan kemudian membentuk kerajaan sendiri sampai dapat tawan Mekah dan Madinah.  

Kemudian Salahuddin Al ayubi takluk kembali kerajaan Fatimiah. Jadi Salahuddin Al Ayubi nampak sambutan Maulid Nabi tu bagus sebab dia memperingati kembali tentang ajaran Islam. Salahuddin ni orang Sunnah. Jadi dia pun teruskan. Ni adalah sejarah Maulid. Depa buat ni bukan sebab  nak merayakan dan membuat acara tertentu pada tarikh kelahiran Nabi. TAPI depa buat ni sebab nak memperingati perjuangan Nabi dan nak bagi faham perjuangan Nabi &bagi semangat.. Tak ada sesiapa pun faham pada masa tu yang wajib dibuat upacara tertentu.. tarikh tu sebenarnya digunakan untuk tujuan politik oleh kerajaan Fatimiah..  

Apa yang salahnya mengenai Maulid Nabi yang dibuat sekarang? Yang salahnya ialah dengan mewajibkan upacara tertentu yang mesti dibuat pada hari kelahiran Nabi iaitu 12 Rabiul Awal. Tapi sebenarnya tarikh kelahiran Nabi yang lebih sahih adalah 9 Rabiul Awal.  

Point yang utama yang nak cakap tu ialah tentang sejarah bermulanya Maulid. Jangan lah mempergunakan atau mengambil kesempatan atas tarikh kelahiran Nabi untuk kepentingan diri sendiri. Kita sepatutnya mengambil kesempatan ini supaya mengembalikan manusia kepada semangat Nabi dan Islam.

READ MORE

Berpegang Sumber yang Lapuk?

Assalamualaikum,

Kali ni, saya ingin mengulas perkara ini. Pernahkah bergerak difikiran kalian, kenapa  kita guna sumber-sumber terdahulu dan cara(style) lama yang mungkin macam ketinggalan zaman.

Huraian:
Teknik menjawab apa-apa persoalan adalah salah satunya dengan membuat persoalan kembali. Jadi, kita perlu mengetahui dahulu apakah yang dimaksudkan dengan sumber lama? Apakah contoh sumber lama?

Kalau sumber Quran &Sunnah, itu adalah kerana Nabi Saw yang memerintahkan kita supaya mengikuti sumber tersebut. Nabi pernah berkata yang sesiapa yang mengikuti Aku, maka dia tidak akan sesat. Maka wajiblah kita mengikut dua sumber tersebut.

Bagaimana pula dengan sumber-sumber lain seperti yang tercatat dalam sejarah? Kalau sumber seperti ajaran IHAB contohnya, anda diberi peluang untuk turut serta atau tidak turut serta. Jika kita rasakan cara yang dilaksanakan oleh orang terdahulu lapuk dan tidak sesuai dipakai untuk masa kini, maka ada cadangan lain yang sesuai untuk menggantikannya? Kalau ada, anda dialu-alukan untuk menyuarakan di sini kerana kami amat berbesar hati untuk mengetahuinya. Tapi ingat, kita bukan mengikut IHAB. Kita mengikut ajaran yang Islam yang disusun mengikut kaedah dakwah IHAB kerana percaya itu adalah yang paling hampir dengan cara yang dibawa oleh Rasulullah.

Lain pula halnya jika bab ibadah. Kita memang kena ikut apa yg disuruh. Semua ibadah adalah haram kecuali jika ada nas. Tapi kalau bab dunia, boleh ikut cara apa sekalipun asalkan baik &ikut undang2 dunia. Maksudnya, semua benda keduniaan adalah harus dibuat kecuali ada nas yang mengharamkannya.

Jazakallahu khayr. Moga manfaatkan cuti sebaiknya bagi sesiapa yang bercuti. Kita sentiasa memakai baju para daie dan baju itu hanya terlucut apabila maut menjelma. Jadi, selagi ada peluang dan ruang, gunakan masa anda sebaiknya untuk mengejar kebahagiaan yang kekal abadi.. insyallah.

READ MORE

Mukmin itu bersaudara

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”
[al-Hujurat, ayat 10]

Bila berbicara perihal ukhuwah, yang terbayang di minda pastilah hubungan persahabatan antara dua manusia sahaja. Dua manusia yang saling mengenali, dan berada dalam kelompok atau komuniti yang sama. Mungkin sahaja sama course, sama batch, sama negeri asal kelahiran atau yang punya minat yang sama!

Ukhuwah yang sebenar ; adalah gugusan perasaan saling hormat-menghormati, saling mempercayai, resapan kasih dan mahabbah antara sesama individu, atas dasar aqidah Islamiyyah, iman dan taqwa.

Subhanallah, hebat kan?

Bila menyemak kembali makna sebenar ‘ukhuwah’, tidak dapat tidak untuk kita mengaitkan dengan asas ukhuwah yang baik dibina dari keimanan yang benar kepada Allah S.W.T. Lihat sahaja tingkatan terendah dalam berukhuwah, yakni ‘salamatus sadr’ atau berlapang dada dengan sahabat kita. Hal ini tidak akan sesekali kita capai, melainkan dengan keimanan yang mantap kepada Allah. Dengan wujudnya rasa Allah Maha Mengetahui walaupun yang tersirat di dalam hati, maka kita sendiri tidak akan cuba untuk bersangka buruk (su’uzhon) dengan sahabat kita.

Kita lihat pula pada tingkatan tertinggi ukhuwah ; ‘ithar’ yang bermaksud melebihkan sahabat berbanding diri sendiri. Perkara ini jika dilihat dengan pandangan kasar seorang manusia, tidak mudah untuk dilakukan kerana ‘ithar’ berkait rapat dengan pengorbanan. Dan menjadi sifat manusia biasa untuk tidak mudah melakukan pengorbanan melainkan diberikan jua balasan setimpal. Tanpa keimanan yang kukuh di hati, perkara ini pasti dianggap mustahil. Tetapi tidak bagi manusia yang berukhuwah dengan ukhuwah yang benar, kerana Allah Azza Wajalla.

 Pernahkah kita merenung peristiwa saat Rasullullah SAW mempersaudarakan Abdul Rahman Bin Auf dengan Sa’ad Bin Ar-Rabi? Ketika itu Saad berkata kepada Abdul Rahman:
“Aku termasuk orang Ansar yang mempunyai banyak harta kekayaan dan kekayaanku itu akan kubagi dua, separuh untuk kau dan separuh untukku. Aku juga mempunyai 2 orang isteri, lihatlah mana yang kau berkenan. Sebutkan namanya, ia akan aku segera kucerai dan sehabis masa iddahnya kau kupersilakan nikah dengannya.”.

Lihatlah bagaimana ikatan ini terjalin, padahal sebelum itu Saad dan Abdul Rahman terpisah dek jarak yang jauh; seorang di Mekah dan seorang lagi di Madinah. Inilah antara peristiwa menarik berkaitan indahnya ukhuwah yang terpupuk sesama mukmin semasa peristiwa hijrah Nabi dari Makkah ke Madinah.

Maksud ukhuwah menurut Imam Hasan al-Banna, “Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah ithar (mengutamakan saudaranya). “Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung”. (QS Al-Hasyr : 9)

Elemen ukhuwah sangat penting dalam penyatuan umat Islam. Hanya dengan ukhuwah yang mantap sesame Muslim dapat menjamin kebersamaan kita dalam menegakkan ad-Deen dan menentang kemungkaran. Pudarnya  elemen ukhuwah merupakan antara faktor kelemahan umat pada hari ini. Masakan ada pepatah Melayu yang menyebut, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

Di saat saudara Muslim kita dibedil dengan zalimnya di Palestin dan Syria, apakah kita sama-sama turut merasai kesakitannya? Apabila saudara seaqidah kita ditembak secara rambang di masjid di Selatan Thailand, adakah kita cakna mengenainya? Tepuk dada, tanya iman kita. Sedangkan Rasulullah S.A.W bersabda, “Perumpamaan kaum mukmin dalam kasih sayang dan belas kasih serta cinta adalah seperti satu tubuh. Jika satu bagian anggota tubuh sakit maka akan merasa sakit seluruh tubuh dengan tidak bisa tidur dan merasa demam.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Mari kita muhasabah diri kita kembali. Persahabatan kita, persaudaraan kita. Ukhuwah fillah kita, adakah sekadar ucapan manis di bibir, atau kita benar-benar mengimani makna ukhuwah fillah itu. Allahua’lam.
READ MORE

Nikmat menjadi murabbi

Tahukah kita bahwa halaqah tarbiyah adalah salah satu taman syurga di dunia. Ianya perlu diketahui bagi mereka yang belum pernah merasakannya.

Di dunia ini banyak taman-taman syurga yang Allah hamparkan di antaranya :

a.       Majlis tarbiyah.
b.      Majlis ilmu.
c.       Majlis zikir.
d.      Majlis yang di dalamnya orang-orang berkumpul untuk mengingati Allah.

Taman syurga juga ada di dalam rumahtangga kita apabila di dalamnya berkumpul orang-orang yang berniat suci untuk lebih mensucikan diri dalam ikatan perkahwinan Islam.

Maka, marilah kita hadirkan suasana syurga di dalam hati dan dada kita dengan menjalani aktiviti kita dengan penuh kegembiraan.

Salah satu cara untuk menghadirkan suasana syurga itu serta kehidupan yang akan menjadi bahagia adalah dengan menjadi :

1.      Murabbi yang dinanti.
2.      Guru yang dirindui.
3.      Sahabat yang bermanfaat.

Menjadi murabbi adalah sebuah pilihan. Mungkin di permulaannya kita akan merasakan keterpaksaan kerana tiada yang lain melainkan ianya :

a.       Sebuah tugas.
b.      Suatu bebanan.
c.       Suatu kewajiban.

Namun, akhirnya kitalah yang akan merasakannya sebagai :

1.      Suatu keperluan.
2.      Sebuah kerinduan.
3.      Sebuah ‘syurga’ di dunia.

Kitalah yang lebih mengetahui dan merasakan di tingkatan manakah kita melaksanakan peranan itu.

MAKNA MENJADI MURABBI

Menjadi murabbi bererti :

a.       Berusaha untuk membentuk generasi Rabbani Al Qur’an.
b.      Menjadi orang yang belajar saat mengajarkan kepada orang lain.
c.       Menambah ilmu di saat kita menyampaikannya.
d.      Mendidik diri di saat kita menasihatkan kepada orang lain kerana telinga kita lebih dekat mendengar kata-kata kita daripada orang lain.

Firman Allah swt :

“Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.” (QS Ali Imran : 79)

Kita menjadi bahagia kerana inilah pekerjaan mulia yang memuliakan dan mengangkat darjat kita.
Ini bersesuaian dengan firman Allah swt :

“Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.” (QS Al Mujadilah : 11)

Tugas ini memang suatu tugas yang berat dan sukar namun hasilnya elok dan terjamin kerana kita berusaha untuk :

1.      Mengajak orang untuk berubah dari jahiliah kepada ma’rifah.
2.      Mendidik orang dari tidak mengenal ibadah kepada rajin beribadah.

Jika hasil dari usaha-usaha kita itu menyebabkan orang yang dididik tadi juga melaksanakan apa yang kita ajar dan seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan mereka. Maka betapa besar royalti pahala yang bakal kita dapatkan.

Ini sebagaimana kata-kata seorang murabbi :

“Jika engkau mampu menulis buku dan buku itu dibaca ribuan orang maka betapa cepatnya perluasan dakwah dan betapa besar pahala yang akan diperolehi.”

Justeru itu menjadi murabbi juga bererti menerima aliran pahala yang terus menerus meskipun kita sudah meninggal dunia.

Ini sebagaimana khabar gembira yang diceritakan oleh Rasulullah saw :

“Barangsiapa yang mengajarkan kebaikan, ia akan mendapatkan pahala selama mana orang yang diajarkan mengamalkan ajarannya.”

Dalam riwayat yang lain diceritakan :

“Barangsiapa menunjuki jalan kebaikan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutinya.”

Bahagialah kita meskipun hanya seorang sahaja anak didik kita menjadi murabbi yang berkualiti atau minimumnya menjadi muslim yang lebih baik dalam keislamannya.

Murabbi bolehlah dianggap sebagai sebuah buku di mana ia adalah sebuah buku hidup dan menghidupkan aktivis-aktvis dakwah yang lain.

Inilah di antara alasan mengapa Imam Hasan Al Banna lebih memberi fokus kepada pembinaan aktivis-aktivis dakwah kerana ia akan menghasilkan murabbi dan murabbiyah daripada sibuk mencetak buku.

Beliau begitu fokus untuk mencetak aktivis-aktivis dakwah kerana mereka inilah nanti yang akan mencetak aktivis-aktivis baru dan buku.

Ini adalah kerana dari mereka itulah dakwah akan sentiasa hidup tanpa redup di samping perjuangannya menjadi penawar keletihan pemikul dakwah.

Ia terserlah dalam kehidupan Abdullah Azzam yang sentiasa memberikan tarbiyah jihadiyah terus menerus selama tempoh kehidupannya.

Senyuman juga boleh menjadi motivasi yang optimis bagi orang-orang yang telah kehilangan orientasi sebagaimana Syed Qutb yang tersenyum menuju tali gantung merindui kesyahidan menjadi pintu yang membuka hidayah keimanan bagi penjaga penjara.

Begitu juga dengan diamnya yang mententeramkan para mutarabbinya sepertimana Syeikh Ahmad Yaasin yang menggerakkan intifadhah dari kerusi rodanya. Kelumpuhan fizikalnya tidak sedikitpun melemahkan semangat penentangannya hingga roket zionis menghantarkannya ke gerbang kerinduan dan istirehat penuh nikmat di syurga Allah swt, insyaAllah.

Tidak lupa juga kita kepada murabbi yang lampau seperti Ibnul Jauzi yang menawarkan kesegaran dari kata-kata bijaknya dalam “Shaidul Khathir” umpama oasis pencerahan generasi dakwah dalam mengembangkan lintasan pemikiran.

PERJALANAN HIDUP MURABBI

Ibnu Athaillah As Sakandari berkata :

“Ketahuilah bahwa para ulama’ dan ahli hikmah mengajarkan kepadamu bagaimana untuk masuk menghadap Allah swt. Pernahkah engkau melihat seorang hamba yang ketika dibeli pertama kali terus bersedia untuk melaksanakan tugas kepada tuannya?

Terlebih dahulu ia hendaklah diserahkan kepada orang yang dapat mendidik dan mengajarkannya adab. Jika sudah layak dan mengenal adab, barulah diserahkan kepada raja.

Begitu pula tugas murabbi di mana para mutarabbi berguru kepada mereka sehingga mereka boleh naik menuju ke hadhrat Allah swt. Seorang ahli berenang yang mengajarkan anak kecil akan terus mendampingi anak tersebut sampai ia dapat berenang sendiri. Jika sudah mahir, barulah ia melepaskannya mengharungi ombak.”

Oleh yang demikian, tugas seorang murabbi yang tulus kepada Allah adalah menjelaskan kepada mutarabbi tentang aib-aib diri mutarabbi lalu ia menerangkan hakikat keadaannya serta berjalan bersamanya menuju ke hadhrat Allah.

Murabbi tidak akan berhasil melakukan semua perkara itu sebelum keadaannya sendiri :

1.      Lebih baik daripada mutarabbi.
2.      Lebih tulus kepada Allah.
3.      Lebih beradab.
4.      Lebih kuat imannya.

yang ikhlas dan tulus.

Murabbi adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam membimbing. Ia mestilah seorang yang memahami syariat Islam kerana syariat Islam menjadi asas kepada seluruh perilaku dan perbuatannya.

Ia juga mestilah mengosongkan hatinya dari kecintaan kepada dunia sehingga ia bersikap zuhud dan dapat mengendalikan kesenangan serta nafsunya.

Perhatiannya tidak tertumpu kepada usaha untuk mendapatkan harta, kedudukan dan kemasyhuran di tengah-tengah manusia.

Semua itu tidak terlintas dalam pemikirannya, namun semua perhatiannya tertumpu untuk amal perbuatan yang diridhai oleh Allah swt.

Murabbi adalah orang yang memandang sama antara pujian dan celaan manusia kerana pusat perhatiannya adalah bagaimana menjaga hubungan yang baik dengan Allah bukan dengan manusia sehingga satu-satunya yang ia harapkan adalah ridha Allah bukan keridhaan atau pujian manusia.

FALSAFAH PERANAN MURABBI PILIHAN

Ada beberapa falsafah murabbi untuk membuka hati kita agar lebih bersemangat untuk segera menghasilkan prestasi yang menakjubkan.

PERTAMA : MURABBI MERUPAKAN MAGNET KEBAIKAN

Murabbi itu mestilah mempunyai kualiti magnet seumpama besi yang mengejar magnet. Maka para mutarabbi justeru akan beramai-ramai mengejar para murabbi dan meminta untuk dibina.

Sebagai medan magnet, tenaga positif murabbi mampu menarik orang-orang yang ada di sekelilingnya.

Jika tenaga dari medan magnet itu berkurang, maka dia pun tidak mampu memberikan daya tarik di sekelilingnya sehingga dia sendiri memerlukan tenaga baru untuk dapat kembali memiliki kekuatan dan daya tarik.

KEDUA : MURABBI IBARAT PUSAT TENAGA ELEKTRIK

Tugasnya menebarkan sinar kepada pemancar dan lampu-lampu elektrik di seluruh struktur masyarakat sehingga jika ia tidak mampu memancarkan sinar, maka akan redup pula semua aktiviti amal para mutarabbinya.

Sebagai pusat penjana tenaga elektrik, murabbi :

a.       Menjadi sumber kebangkitan umat.
b.      Menyalakan mentol hati para mutarabbi yang meredup.
c.       Mengalirkan arus elektrik di hati yang mati tertimpa debu maksiat mahupun racun syahwat akibat gempa penyakit “cinta dunia dan takut mati” di banyak tempat.

Imam Hasan Al-Banna dalam memberikan "taujih" (pengarahan) tentang tugas murabbi, telah  memberikan perumpamaan dengan perkataannya :

"Di setiap bandar terdapat pusat penjana tenaga elektrik. Para pegawai memasang peralatan-peralatan, tiang dan kabel di seluruh penjuru bandar dan selepas itu aliran tenaga elektrik masuk ke kilang-kilang, rumah-rumah dan tempat-tempat lain. Jika aliran tenaga elektrik tersebut kita matikan dari pusat penjanaannya, nescaya seluruh penjuru bandar akan menjadi gelap gulita. Padahal pada ketika itu, tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat penjana elektrik, hanya sahaja tenaga elektrik yang ada itu tidak dialirkan dan tidak dimanfaatkan."

Dalam kesempatan lain beliau mengatakan :

“Kami bukanlah pencari kekuasaan, kami bukan penyeru revolusi tetapi kami adalah murabbi-murabbi dakwah, penyebar fikrah serta pengarah hati dan ruhani manusia.”

Allah swt berfirman :

"Dan apakah orang yang sudah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu ia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan keadaan orang yang berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya?" (QS Al-An'am : 122)

Wahai murabbi penyala lampu! Nyalakanlah kebangkitanmu agar aktivis dakwah yang :

1.      Tidak memiliki tenaga.
2.      Miskin empati.
3.      Kurang percaya diri.
4.      Kurang idea.

akan segera mendapat inspirasi.

Wahai murabbi! Naikkan voltan kerohanianmu agar anak-anak generasi :

a.       Yang malas.
b.      Yang enggan membaca buku apalagi mengkaji rujukan-rujukan.
c.       Yang terbelenggu dengan segala jenis “permainan”.
d.      Yang tersihir dengan televisyen dan teknologi komunikasi.

akan segera mendapat inspirasi dan terubat.

KETIGA : MURABBI ADALAH PROFESYEN DAKWAH

Ia adalah satu profesyen yang :

1.      Menyenangkan semua orang.
2.      Membahagiakan diri dengan sumbangan terbaik.
3.      Membahagiakan orang lain dengan menggerakkan inspirasi yang terdetik setiap saat.

Ini sebagaimana sikap Sayyidina Abu Bakar ra yang terus bergerak apabila hidayah iman yang beliau dapatkan tanpa perlu menunggu esok jika malam itu juga ia perlu melaksanakan usaha dakwah. 

KEEMPAT : MURABBI ADALAH GURU YANG DIRINDUI

Murabbi adalah guru yang :

a.       Keteladanannya menjadi cermin.
b.      Kedatangannya dirindukan.
c.       Senyumnya didambakan.
d.      Nasihatnya dinanti-nantikan.
e.       Sentuhan ruhiyahnya menjadi kekuatan.
f.       Menyentuh hati tanpa memerintah.
g.      Menjadi tempat bersandar umat dari keletihan dan kelemahan.
h.      Menjadi teman tempat curahan rasa hati yang tepat dan aman.
i.        Menjadi oasis yang segar dan menyegarkan.

Subhanallah! Di manakah dirimu wahai murabbi?

KELIMA : MURABBI ITU SEPERTI AIR YANG SEGAR

Murabbi umpama air yang sentiasa menyegarkan dan itulah kekuatan tenaga air. Ia :

1.      Mengalirkan ikhlas.
2.      Menggerakkan hati.
3.      Meningkatkan potensi.
4.      Mendorong dengan kuat pagar pembatas yang menghalang perubahan.
5.      Melompat ke atas ketika dihalang oleh badai kesulitan.
6.      Menyebar benih kebaikan dan menyiramnya dengan kesegaran.
7.      Menumbuh dan membiakkan kebaikan di tengah himpitan.

Sentiasa ada jalan keluar dan itulah ruh murabbi.

KEENAM : MURABBI IBARAT AIR YANG TERUS MENGALIR

Murabbi ibarat air yang terus menerus mengalir sehingga ia :

a.       Membersihkan majlis dari mengumpat dan mengadu domba.
b.      Memperluaskan ukhuwah ke setiap arah.
c.       Menghapuskan kemungkaran dengan kebersihan perkataan dan kejernihan mata hati.
d.      Menggerakkan enjin-enjin aktivis dakwah yang telah berhenti agar kembali berpusing mengaliri sawah-sawah umat yang gelisah agar kembali bersemangat dan ada harapan untuk menuai pahala kebaikan setiap saat.

KETUJUH : MURABBI ITU IBARAT POHON PISANG

Ia tidak akan mati sebelum berbuah :

1.      Mencetak generasi demi generasi.
2.      Mewariskan nilai kepada setiap anak zaman.

Boleh jadi jasadnya telah terkubur namun keteladanannya tetap hidup subur di hati umat.

KELAPAN : MURABBI ITU IBARAT SEBUAH ALMARI PAKAIAN YANG SENTIASA DIKELUARKAN ISINYA

Apabila dikeluarkan pakaian dari almari itu, maka bergantilah ia dengan pakaian-pakaian yang baru.
Murabbi tidak takut untuk mengeluarkan semua ilmu kerana sentiasa rajin menuntut ilmu. Ia tidak khuatir para mutarabbinya menggunakan ilmunya lalu mengunggulinya.

Baginya sentiasa ada yang baru kerana apabila ilmu diberikan dan disalurkan ternyata segera ada gantinya yang lebih baik lagi.

MEDAN AMAL MURABBI

Semua kesempatan adalah menjadi medan amal murabbi di mana :

a.       Waktu malam digunakan untuk beribadah.
b.      Perjalanan dan musafirnya digunakan untuk membaca ayat-ayat Qauliyah dan Kauniyah.
c.       Jaulah dakwahnya digunakan untuk menyebarkan fikrah.
d.      Usaha dalam harakahnya untuk mewarnai dunia dengan keadilan dan keamanan.

Dari keterbatasan itulah murabbi hadir iaitu :

1.      Dari sawah menebar benih dakwah.
2.      Dari pusat madrasah ia bergerak.
3.      Dari masjid ia bangkit.
4.      Dari rumah ia mentarbiyah.
5.      Di medan parlimen suara dakwah digemakan, kalimah tauhid dikumandangkan serta perjuangan Islam dan kemanusiaan digelorakan.
6.      Dalam pemerintahan, Islam ditegakkan.

Murabbi menekuni cara Nabi untuk mendidik peribadi dan mengurus potensi dalam amal jamai’e. Ia menyusuri keharuman sirah nabawi untuk menyirami hati serta meniti jejak Nabi untuk meneladani.

Murabbi hadir dari ruang kemudi tarbiyah serta bergerak dengan pasti untuk menyongsong kemenangan agama ini.

Musibah, derita dan air mata di jalan dakwah dihapuskan dengan :

a.       Amal.
b.      Ibadah.
c.       Doa.

Setiap amal adalah tarbiyah dan ia merupakan tempat yang paling nikmat bagi murabbi.
Ibnu Rajab Al Hanbali berkata :

“Bukan seorang faqih yang tidak memandang musibah sebagai kenikmatan dan kelapangan sebagai musibah.”

Murabbi sangat berhati-hati dengan jerat kesenangan, ruang kemewahan dan kemudahan yang melenakan.
Umar Al Khattab memberi makna taqwa umpama berjalan dengan teliti di antara duri dan Ubai bin Ka’ab pun mengaminkannya.

Banyak kegagalan berlaku bukan disebabkan kerana tidak sabar dalam kemiskinan namun kerana liar tanpa kendali dalam kekayaan.

DI MANAKAH KITA BERADA WAHAI MURABBI

"Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya.” (QS Taha : 75)

Sayyidina Ali ra memberi pesanan seperti berikut :

“Aku khuatir terhadap suatu masa yang rodanya dapat menggilis iman. Keyakinan hanya tinggal pemikiran yang tidak berbekas.

Ramai orang baik tapi tidak berakal. Ada yang berakal tapi tidak beriman.

Ada yang lidahnya fasih tapi hatinya lalai. Ada yang khusyu’ namun sibuk dalam bersendirian. Ada ahli ibadah, namun mewarisi kesombongan iblis.

Ada ahli maksiat yang rendah hati bagaikan sufi. Ada yang banyak tertawa hingga hatinya berkarat dan ada yang banyak menangis kerana kufur nikmat.

Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat. Ada yang berhati tulus tapi wajahnya masam.

Ada yang berlisan bijak tapi tidak memberi teladan dan ada penzina yang tampil menjadi pemimpin.

Ada orang yang memiliki ilmu tapi tidak faham dalam melaksanakannya. Ada yang pintar tapi membodohi dirinya dan ada yang bodoh tapi tidak sedar diri.

Ada orang yang beragama tapi tidak berakhlak. Ada yang berakhlak tapi tidak bertuhan.
Lalu di antara semua itu, aku ada di mana?”

Wahai murabbi :

1.      Tabahkan hatimu.
2.      Sabarkan perananmu.
3.      Sebarkan salammu.
4.      Lebarkan senyummu.
5.      Kukuhkan niatmu.
6.      Jangan sakiti hatimu dengan keburukan orang lain padamu.
7.      Jangan mahu dipengaruhi oleh sikap buruk orang lain.
8.      Jangan diprovokasi untuk balas dendam.
9.      Bangkitkan dirimu.
10.  Bangkitkan negerimu dengan pekerjaan besar untuk perubahan besar.

Seorang murabbi besar, Syeikh Abdul Halim Mahmud di saat beliau sakit tenat sehingga tidak mampu berjalan di mana para ikhwah disusun untuk berjaga dan menemani beliau di hospital.

Beliau lalu berkata :

“Wahai Ikhwah, jangan tinggalkan aku di sini. Bawalah aku dalam usrah kamu, dalam katibah kamu. Jangan-jangan aku mati di sini bersendirian.

Aku ingin mati di dalam usrah, dalam katibah agar kamu menjadi saksi atas kematianku.”

Ya Allah, sebagaimana Engkau melindungi wajah kami dari bersujud kepada selain-Mu, maka lindungilah kami agar jangan memohon kepada selain-Mu. Jadikanlah kami murabbi-murabbi yang sentiasa melaksanakan tugas pentarbiyahan agar iman kami akan bertambah kukuh, amal kami akan menjadi lebih ikhlas serta akhlak kami akan lebih terserlah.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

Dipetik daripada

http://tinta-perjalananku.blogspot.com/2013/06/nikmat-menjadi-murabbi.html?spref=fb&m=1

READ MORE

Kualiti atau Kuantiti?

Assalamualaikum,

Kali ni, jom sama-sama hayati satu kisah berikut. Apa point yang anda dapat daripada kisah di bawah? Apa kaitan kisah dibawah dengan tajuk?

Abu & kawan2 telah menyertai kelab rekreasi. Tapi setiap kali ada prog rekreasi, abu & the gang tak dapat join kerana selalu ada komitmen lain. Jadi, setiap kali itu jugalah program rekreasi terpaksa cancel. Supervisor kelab tu suatu hari jumpa &slow talk dgn mereka. Supervisor tu memberi nasihat dengan kata2 yang pendek &padat,

"kalau kita sebagai ahli kelab tak usaha nk tolong kelab kita sendiri, kepada siapa lagi kita nak harap untuk bangunkan kelab kita? Mahu harapkan ahli kelab chess.?"

Kata2 terakhir beliau untuk pelajar kesayangan,

"pastikan kita melakukan kerja dgn kualiti, amanah terutamanya, tanpa perlu terlalu mengejar kuantiti. Apa guna kalau kita ada banyak ilmu tentang rekreasi, tapi kita tak menyumbang kepada kelab sendiri?"

Kisah berikut adalah rekaan semata2. *peace*

Cuba senaraikan point yang anda dapat.

#Disclaimer: Penulis tidak bermaksud yang kita tak boleh mengejar kuantiti. Cuma kualiti mesti diutamakan. :)

READ MORE

Talk: Egypt Beyond Borders

Talk by Dr Hafidzi Mohd Noor, Chairman of Aqsa Syarif.
All are invited!



READ MORE

[INFAQ] MIPHC Pahang 2013 - 27 Julai 2013

MAJLIS IFTAR PERDANA
HIDAYAH CENTRE PAHANG 2013


COUNTDOWN : 22 Hari Lagi!

Tarikh : 27 Julai 2013 bersamaan 18 Ramadhan 1434 (Sabtu)
Tempat : Dewan Utama Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan


ANDA BOLEH MENYUMBANG DENGAN MENAJA KERUSI/MEJA UNTUK SAUDARA BARU HADIR KE IFTAR INI.

Pastinya dengan sumbangan dan tajaan anda akan memberikan keriangan dan kegembiraan kepada saudara baru kita pada bulan yang penuh keberkatan ini kerana mereka dihargai dan diingati oleh saudara semuslim yang lain.

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi,Agar Allah menyempurnakan pahalanya kepada mereka, dan menambah kurniaNya. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun, Maha Mensyukuri. [Fathir 35: 29-30]

APA TUNGGU LAGI?
AYUH MENJADI PENAJA!!

PAKEJ MEJA /KERUSI : 
RM 3,000 (1 Meja=10 kerusi) | RM 300 (1 kerusi)
RM 2,000 (1 Meja=10 kerusi) | RM 200 (1 kerusi)
RM 1,000 (1 Meja=10 kerusi) | RM 100 (1 kerusi)


sila emelkan ke hidayahcentrepahang@gmail.com setelah pembayaran dibuat untuk tujuan rekod kami. Tuan/puan juga bolehlah menyumbang untuk saudara baru dengan menggunakan e-banking atau pindahan atau tunai ke akaun berikut :

BIMB - "Hidayah Centre" - 1211 3010 0494 33

Jom persiapkan diri menambah amal di bulan Ramadhan yang mulia ini! Ajak keluarga dan kawan-kawan untuk berkongsi , jemput saudara baru untuk diraikan nanti. Hubungi kami untuk tempahan meja/kerusi dan sumbangan.

SEKRETARIAT PROGRAM

Dr Razak 019 986 6498
En Shahid 013 628 1168
Cik Sakinah 013 403 2187

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Facebook Hidayah Centre Pahang:http://www.facebook.com/hidayahcentrepahang
Facebook MIPHC Pahang: https://www.facebook.com/MIPHCPahang


READ MORE